"Maaf encik. Encik tak dibenarkan msuk pejabat ni."
Ikmal mengerutkan dahinya.Gadis yang berumur 20-an itu dipandang bersama kerutan di dahi.
"Kenapa? Saya pun majikan dekat syarikat ni.Awak siapa yang nak halang saya masuk pejabat sendiri?"soal Ikmal.Dia memandang perempuan tersebut dari atas hingga bawah.Begitu biadap pandangannya terhadap seorang perempuan.
"Maaf Encik Ikmal. Ni arahan dari Tuan Danial sendiri. Mulai hari ni,Encik Ikmal diharamkan masuk ke pejabat ni. Ni surat daripada Tuan Danial sendiri."
Sepucuk sampul surat dihulurkan pada Ikmal.Ikmal merengus. Apa pula yang Danial buat kali ni?
Surat yang diterimanya dibaca dengan penuh teliti. Berkerut-kerut dahinya dan tidak ketinggalan,hatinya semakin panas. Danial memang dah melampau! Sesuka hati nak pecat orang.Dia ingat,dia bagus sangat?
Surat tersebut dikoyaknya.Ikmal merengus kasar.
"Kenapa koyak surat tu? Dah baca sampai habis?"
Danial berdiri di belakang Ikmal.Segak dia berpakaian orang koporat. Dengan wajahnya yang iras-iras mat saleh,sudah pasti ramai perempuan akan jatuh hatinya dengannya.
Itu yang membuatkan Ikmal cemburu.
"Kau dah kenapa,Danial? Sesuka hati nak pecat aku.Aku buat kerja kan? Bukannya aku goyang kaki,"kata Ikmal.Dia merenung tajam pada sepupunya. Kalau ikutkan hati yang panas ni,memang lebam biji mata Danial!
"Aku kagum dengan kau,Ikmal. Kerja kau semua bagus.Tak ada cacat cela. Tapi,sayang." Danial mendekatkan jarak mereka berdua. Bahu Ikmal diraihnya.
"Kau tak cukup bijak dalam percintaan. Aku tahu,kau sukakan Rosalinda. Kalau betul kau sukakan dia,kenapa kau ada hubungan sulit dengan Nayra?"
Ikmal tersentak. Mulutnya terkunci. Jadi,Danial dah tahu?
"Aku tak terkejut pun kalau Nayra tu ada tidur dengan lelaki lain. Aku tahu sebab sebelum kahwin pun aku yang rela jadi pak sanggup.Aku buta dengan cinta dia. Aku sanggup jadi bodoh semata-mata nak selamatkan Nayra daripada malu. Aku tahu,malam yang aku kena perangkap tu.. Kau tidur dengan dia. Kan?
Nak dijadikan cerita,aku yang dah mabuk tu korang jadikan kambing hitam.Ikmal.. Ikmal. Aku ingatkan kau dah cukup bijak.Rupanya,tak.Kau lagi tak matang daripada aku.Tak pandai nak bertanggungjawab atas apa yang kau dah buat." Panjang lebar Danial membuka semula cerita lama. Bibirnya sentiasa terukir senyuman. Senyuman sinis buat Ikmal.
"Itu kisah lama.Lagipun,kau dah kahwin dengan Nayra kan? Dia dah mengandungkan anak kau pun.Jadi,sekarang ni aku bolehlah dapatkan Ros balik.Dia dah jadi janda.Betul?" Ikmal cuba memulangkan paku keras namun tak berjaya.Danial hanya ketawa sehingga mendapat perhatian daripada pekerja-pekerja di pejabatnya.
"Kau nak dapatkan Ros balik? Ikmal,sedarlah! Kau tu dah main kotor. Bukan setakat tu je,hati kau pun kotor. Kau ingat,Ros nak dengan lelaki macam kau ke? Tak! Dia tak pandang kau sebelah mata pun. Jadi,jangan mimpilah kau boleh dapat dia. "
Ikmal mengetap giginya menahan geram. Hatinya betul-betul membara.
"Kau dengar sini,Ikmal."
Danial merapatkan mulutnya di sebelah telinga Ikmal.Ikmal berdiri kaku.
"Aku akan tebus balik kesalahan aku dekat Ros. Aku akan dapatkan balik cinta Ros walaupun nyawa aku jadi galang gantinya,"bisik Danial. Bahu Ikmal ditepuk perlahan. Dia menjauhkan semula jarak mereka.
"Aku akan jaga dan sayang Nayra sampai anak kami lahir. Lepas tu,kalau kau nak kutip dia balik.. Aku tak kisah sebab tu yang sepatutnya kau buat dari dulu. Be a gentleman,bro."
Danial tersenyum mengejek dan berlalu pergi. Ikmal memandang Danial yang berlalu pergi masuk ke pejabatnya. Penumbuknya digenggam.
"Kau nasihat orang,tapi diri kau sendiri? Cerminkan dulu diri kau sebelum kau nak nasihat orang."
Ikmal melangkah pergi meninggalkan pejabat syarikat Evanian Sdn. Bhd. Setiap langkahnya dia mengira detik waktu. Waktu untuk Danial mendapatkan balasannya.
Balasan kerana membuang dirinya seperti kucing kurap. Dipecat begitu sahaja tanpa apa-apa amaran. Ikmal terasa maruah dirinya dipijak-pijak.
Kau tunggu,Danial Evans. Kau tunggu. Waktu kau akan tiba!
TEPAT jam lapan malam,Danial tiba di rumahnya. Badannya terasa letih kerana bekerja seharian. Dia lebih rela bekerja pergi melawat tapak projek daripada duduk di pejabat dari pagi hingga ke petang.Asyik duduk saja membuatkan pinggangnya terasa lenguh.
"Lambatnya abang balik.." Nayra muncul dari dapur dan bibirnya sudah muncung sedepa.
"Tadi banyak kerja.Esok ada mesyuarat.Terpaksa siapkan hari ni juga.." Danial hanya membalas pelukan Nayra tatkala Nayra memeluknya.
"Anak abang macam mana? Okey?" Danial mengusap perut Nayra.Dia tersenyum apabila terasa anaknya bergerak-gerak.
"Okey.Tadi,mummy ada belikan bihun tomyam.Kenyang baby,"kata Nayra.Dia tersenyum-senyum.
"Ye ke? Mana mummy?"
"Dekat dalam bilik.Dia rehat sekejap.Petang tadi dia temankan Nayra pergi pasar malam.Teringin nak makan kebab."
Senyuman Danial perlahan-lahan mati.Kebab.
Danial teringat semula memorinya bersama Rosalinda dulu.Rosalinda pernah mengidam kebab dan sanggup menunggu sehingga pagi semata-mata nak tunggu kedai buka dan mahu membeli kebab.
Hanya mampu terkenang saja. Danial tersenyum pendek.
"Abang? Okey tak? Penat ya? Nak Nayra urutkan?" Lembut suara Nayra bertanya. Memang berbezalah Nayra yang dulu dengan yang sekarang.Macam langit dengan bumi.
"Tak apa,abang okey. Biasalah,letih sikit.Nanti abang tidur,okeylah. Jom teman abang makan." Danial meleraikan pelukan mereka.
"Okey.Saya ada belikan abang ayam golek.Saya panaskan eh? Tunggu sekejap tau,"ujar Nayra.Dia tersenyum.
Danial perasan,sejak dirinya berpisah dengan Rosalinda,Nayra asyik tersenyum saja. Di jauh sudut hatinya dia tahu. Nayra memang mahukan ini. Dia mahukan gelaran isteri kepada Danial Evans hanya untuk dirinya seorang. Dia tak mahu ada pesaing mahu pun berkongsi suami.
Tak apalah,buat masa sekarang biarlah Danial menjaganya sebaik mungkin. Demi anak di dalam kandungan Nayra.
Lepas saja anaknya lahir,biarlah takdir yang tentukan. Sama ada jodohnya bersama Nayra berpanjangan atau pun dia akan kembali bersama bidadarinya yang dulu.
Hye! Korang tak expect ya Danial dengan Ros bercerai? Hahahhahaa😂 Well,sis rasa kalau sis teruskan juga cerita ni.. Sis rasa,boleh jadi sinetron kot😂 so nak elakkan daripada jadi bosan nanti,sis akan pertimbangkan untuk Kerana Dia 2. Kalau sis confirm nak buat Kerana Dia 2, in Shaa Allah,dalam masa terdekat ni juga akan di publish ❤️✨ please support me and this story❤️ thank u and luv u guys❤️
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...