Pemandangan yang cantik di Rialto Bridge di malam hari mampu memukau sesiapa sahaja yang datang melawatinya. Kedai-kedai makan yang berada di situ turut menarik perhatian dengan makanan mereka dan boleh menikmati makanan sambil memandang pemandangan yang cantik.
Setelah berehat untuk beberapa jam,Danial dan Rosalinda keluar untuk berjalan sekitar di hotel mereka. Nasib mereka baik kerana hampir dengan Rialto Bridge,tempat yang menjadi kegemaran ramai pelancong.
Rosalinda tidak lekang dengan senyuman sambil mulutnya asyik bercakap sendiri. Sesekali dia menarik Danial masuk ke dalam kedai cenderahati.
"Awak,kita tak boleh naik bot tu ke? Cantiklah. Mesti seronok.kalau dapat naik bot tu,"kata Rosalinda. Dia berjalan mendahului Danial. Matanya memandang di sekelilingnya. Danial pula menjadi pembantu Rosalinda untuk membawa beg kertas yang berisi cenderahati yang dibeli oleh mereka.
"Kau ni tak penat ke,Ros? Aku ni dah penat berjalan. Perut pun dah lapar ni,"rungut Danial.
"Tak penat pun. Kenapa? Dah penat ke? Ala,baru jalan sikit. Saya nak tengok lagi dekat depan sana. Nanti saya nak naik jambatan tu,awak ambilkan gambar saya eh? Saya nak tunjuk dekat mama dengan ayah. " Rosalinda sempat tersengih.
Danial menarik nafas sedalam-dalamnya. Haih,nasib baiklah bini!
"Baiklah puan Rosalinda. Kanda akan turuti permintaan dinda."
Rosalinda tersengih lagi. Disebabkan terlampau seronok,dia memeluk lengan Danial tanpa disedarinya dan berjalan seperti tiada apa yang berlaku.
Danial hanya mendiamkan diri dan tidak pula dia menolaknya. Malah,dia lebih menghulur tangannya agar dipegang oleh Rosalinda. Terlebih sudi.
"Awak,tunggu sini sekejap boleh?"soal Rosalinda,tiba-tiba menghentikan langkahnya.
"Kenapa? Kau nak pergi mana?"
"Pergi kedai makan tu sekejap. Tunggu tau! Saya nampak makanan sedap tadi.Saya nak beli. Kita kongsi sama-sama okey."
"Kenapa tak makan dalam tu je?"soal Danial lagi.
"Taknak. Saya nak bungkus je. Tunggu okey!" Rosalinda melepaskan pelukannya daripada memeluk lengan Danial dan berlari anak pergi ke kedai tersebut.
Danial menggelengkan kepalanya perlahan.
"Boleh tahan aktif dia ni. Susah aku nak kawal dia,"kata Danial sendirian.
Setelah menunggu beberapa minit,Rosalinda kembali bersama makanan yang dibelinya. Seperti biasa,mulut Rosalinda melakar sengihan seperti tiada pengakhirannya.
"Apa ni?"soal Danial,melihat makanan tersebut.
"Falafel sandwich. Saya ada buat research dekat google. Kedai SKK ni terkenal. Saya ternampak,jadi saya masuklah. Ramai yang suggest falafel ni tau."
"Wow,kau buat research eh? Mahal tak? Ingat sikit,kita ni kena berjimat juga. Nanti habis duit,naya." Danial sempat memesan kepada isterinya.
"Ye,saya ingat. Jangan risau,harga falafel ni tak adalah mahal sangat. Nak rasa?" Rosalinda menghulur falafel tersebut ke arah Danial.
Danial memandang Rosalinda.Gadis itu mengalu-alukannya untuk mencuba makanan tersebut.
Danial akhirnya mencuba falafel tersebut dengan satu gigitan.
"Macam mana? Sedap tak?"soal Rosalinda,memandang wajah Danial untuk mengetahui hasilnya.
Danial mengunyah dan mengangguk.
"Sedap."
Senyuman Rosalinda makin melebar.Dia turut mencuba falafel tersebut dengan satu gigitan.
"Ey,rasa macam nak duduk sini terus!"
Danial menggelengkan kepalanya perlahan. "Dari duduk sini,baik duduk Los Angeles.."
"Asyik Los Angeles je. Seronok sangat ke dekat sana?"soal Rosalinda.
"Mestilah seronok.Zaman childhood aku dekat sana. Sejak kecil,aku dah belajar main piano,main bola keranjang dengan bola baling.Lepas tu,aku ada belajar berenang dengan swimming club dekat sana. Seronok,"kata Danial sambil tersenyum. Rindu dengan suasana di tempat lahirnya.
"Wah,betul-betul berbeza dengan saya. Zaman childhood saya pula,saya asyik main basikal,panjat pokok,main masak-masak.. Orang kaya memang jauh beza dengan orang kampung macam saya kan?"
Danial mencubit perlahan pipi isterinya.Dia tersenyum memandang wajah Rosalinda yang sedang enak menikmati falafel.
"Orang kaya dengan orang kampung semuanya sama. Tak ada beza walau sikit pun sebab kita semua manusia. Kita semua ada akal,ada fikiran. Yang bezanya cuma rezeki.Rezeki masing-masing berbeza. Mungkin rezeki aku lebih sebab dapat lahir dalam keluarga yang berada. Walaupun kau orang kampung,kau bukannya orang susah kan? Kau still dapat makan minum yang cukup. Kau dapat merasa pakai telefon canggih.Jadi,kita ni tak ada beza,okey? Jangan rasa malu. Just act normally."
Rosalinda terkelu lidahnya. Betul ke ni Danial? Kenapa kedengarannya matang sangat ni?
"Faham tak,puan?"
Rosalinda menganggukkan kepalanya. Dia mengumam bibirnya. Malunya terasa apabila Danial tersenyum manis dan mengusap perlahan kepalanya.
Tudungnya dibetulkan sedikit oleh Danial membuatkan dia bertambah segan. Haih,kenapa sejak dua menjak ni Danial suka buat dia tak tentu arah?
"Dah macam makcik aku tengok."
"Kalau saya makcik,awak pakciklah. Baru adil dan saksama."
Kening Danial terangkat. Dia ketawa kecil membuatkan Rosalinda bingung.
"Kenapa gelak?"soalnya.
"Walaupun kita jadi atuk nenek,aku tetap sayang kau." Danial berbisik di sebelah telinga Rosalinda kemudian dia berjalan meninggalkan Rosalinda di belakang. Dia tersenyum.
Rosalinda kaku buat sementara. Matanya terkebil-kebil. Apa yang dia dengar tadi?
"Cepatlah! Aku nak balik hotel ni!"teriak Danial yang sudah jauh di hadapan.
Rosalinda yang menyedari dirinya ditinggal,segera dia mengejar langkah Danial.Dalam diam,hatinya terasa bahagia. Bahagia di sisi Danial.
"ASSALAMUALAIKUM!"
Mikail memberi salam. Pintu rumah terbuka dan wajah Datin Sophea muncul di muka pintu.
"Waalaikumussalam. Ya,dik? Cari siapa?"soal Datin Sophea.
"Makcik,Ros ada?"
"Ros? Dia tak ada.. Kenapa ya? Kamu siapa?"soal Datin Sophea lagi.
"Saya kawan dia. Em,dia pergi mana makcik?"
"Dia.."
Datin Sophea teragak-agak mahu memberitahu. Patut ke dia bagitahu yang Rosalinda pergi bercuti dengan Danial?
"Dia pergi bercuti.."
Mikail terdiam sekejap.Bercuti? Dengan Danial? Berdua?
"Oh.. Tak apalah makcik.Maaf mengganggu. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Mikail terus beredar tanpa sempat Datin Sophea bersuara.
Mikail mendengus. Dia menahan geram terhadap Danial yang tidak pernah gagal membuatnya berasa sakit hati.
"Bercuti ya? Bulan madu? Sedar sikit tahun ni korang SPM. Tak guna betul,Danial. Ambil kesempatan!" Mikail bergumam sendiri. Kakinya pantas mengorak langkah pulang ke rumah.
Kalau dia dapat tahu Rosalinda dengan Danial mahu pergi bercuti,sudah lama dia sabotaj! Biar mereka berdua tak dapat pergi bercuti.
Mikail menyepak batu kecil yang berada di laluannya. Geram!
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...