BAB 18

6.3K 335 0
                                    

Riuh suasana dengan suara pelajar-pelajar tingkatan lima SMK Kg. Kayu Jati di kawasan perkhemahan di Air Terjun Sungai Sendat. Mereka tiba di tapak perkhemahan sejak satu jam yang lalu. Suara gelak ketawa pelajar perempuan menambahkan lagi seri suasana pekhemahan.

Rosalinda duduk seorang diri di bawah sepohon pokok yang rendang sambil membaca novel. Bukan dia tak mahu menolong yang lain memasang khemah mahupun mencari kayu,namun semua itu telah dibuat oleh pelajar lelaki. Pelajar perempuan hanya perlu mengemas tempat mereka untuk berkhemah.

"Tengoklah tu. Mentang-mentanglah dia anak pengetua,dia boleh duduk senang-lenang. Nak je aku sound dia. Ingat dia tu puteri?" Telinga Rosalinda menangkap satu suara pelajar perempuan.

"Biarlah dia. Asalkan dia tak ganggu hidup kita sudahlah. Lagipun,kita kena bersihkan tempat ni je. Bukannya buat kerja berat. Biarlah dia tu.Jangan ambil peduli."

Rosalinda hanya membuat tidak tahu. Dia memekakkan telinga dan berpura-pura tidak mendengar semua kutukan pelajar perempuan kepadanya. Dah biasa kena kutuk. Biarlah. Dapat juga pahal percuma dari hasil kutukan tu.

"Ros." Mikail mendekati Rosalinda. Dia tersenyum.

"Saya dapat air kotak oren ni lebih tadi. Ambillah." Mikail menghulur air kotak oren kepada Rosalinda.Senyuman tidak lekang dari bibir dan dia tidak dapat mengalihkan pandangannya daripada gadis itu.Seperti yang dia pernah cakap pada Danial dulu, Rosalinda terlalu cantik untuk dipandang.

"Eh,tak apa. Saya dah ada. Terima kasih.." Rosalinda menolak lembut pelawaan Mikail. Pelajar perempuan yang berada disitu hanya menayang wajah meluat.

"Kalau macam tu,ambillah coklat ni. Saya bawa banyak coklat. Ambillah,"pelawa Mikail lagi. Coklat daim pula diberinya.

"Eh,coklat daim! " Fadil muncul bersama Danial dari belakang Mikail. Fadil mengambil coklat dari tangan Mikail. Dia tersengih.

"Kau memang tak pernah mengecewakan,Mike!" Fadil menepuk bahu Mikail. Dia sengaja buat macam tu kerana dia sedar,wajah rakannya sudah berubah apabila melihat Mikail cuba mendekati Rosalinda. Siapa lagi kalau bukan Danial?

"Mike?" Danial memandang Fadil,kebingungan. Bukan ke nama Mikail?

"La,kau tak tahu lagi ke? Nama popular dia Mike. Ceh,nama Mikail. Tapi,nak nama ala-ala orang putih. "

Mikail hanya tersenyum. "Bagi la aku peluang merasa jadi orang putih,Danial.. Lepas ni,panggil aku Mike. Tak payah panggil Mikail."

"Apa-apa je lah.Mike ke,Mickey Mouse ke.. Sukahati kaulah." Danial memandang Rosalinda. Gadis itu tenang membaca novelnya walaupun disekelilingnya bising. Novel isterinya dirampas dan tajuk novel tersebut dibaca. Dia ketawa sinis.

"Layan juga kau dengan novel cinta macam ni? Perempuan.. Tak habis-habis novel. Patutlah suka berangan." Danial membelek novel milik Rosalinda.

"Ey,bagilah balik! Saya nak bacalah. Awak pergilah buat kerja. Jangan curi tulang,"kata Rosalinda. Dia mahu mengambil semua novelnya tetapi tak dapat.

"Kau curi tulang boleh pula? Orang lain sibuk kemas tempat ni,kau senang je baca novel. Aku nak kau pergi buat kerja dengan budak lain. Pergi. " Danial mengarahkan Rosalinda untuk pergi menyertai pelajar perempuan yang lain.

"Tapi,bagi balik novel saya tu. Saya nak simpan dalam beg." Rosalinda masih mencuba untuk mendapatkan novelnya. Danial mengangkat novel tersebut di awang-awangan.

"Tak boleh! Biar aku simpan. Kau pergi buat kerja sekarang."

"Janganlah buli dia,Danial. Marah buah hati dia nanti,"kata Mikail. Macam biasa,mestilah dia membela Rosalinda.

"Buah hati dia nak marah? Bagus juga. Aku lagi suka. Dah,kau pergi buat kerja. Macam mana nak jadi bini orang kalau macam ni? Pemalas!"kutuk Danial. Kemudian,dia pergi mendapatkan begnya dan menyimpan novel Rosalinda.

Rosalinda yang sudah tercebik itu hanya mampu melihat novelnya dibawa pergi. Cis,kacau betullah mamat ni!

"Sabar je lah,Ros. Perangai Danial tu makin pelik. Aku yang jadi tablemate dia ni dah nak gila hadap perangai pelik dia. Nasib baik kawan.." Fadil menggelengkan kepalanya kemudian dia pergi menyambung tugasnya untuk memasang khemah.

"Ros.." Mikail memandang Rosalinda.

"Saya tahu,esok hari lahir awak. Jadi,saya bagi hadiah awal-awal. Ambillah. Ni je saya mampu.." Sebuah kotak kecil dihulur. Rosalinda memandang kotak tersebut kemudian pandangannya dialihkan pada Mikail.

"Eh,susah-susah je.. Saya dah besar. Tak perlu pun bagi hadiah.."

"Tak apq. Saya ikhlas. Ambillah." Mikail tetap menghulurkan kotak tersebut. Nak tak nak,Rosalinda terpaksa menerimanya. Dia mengukir senyuman kekok.

"Terima kasih."

Mikail tersenyum. "Saya pergi dulu. Nanti cikgu marah pula. Jangan buka sekarang tau? Buka bila awak dah balik rumah nanti."

Rosalinda hanya membalas dengan anggukan. Mikail meminta diri dan Rosalinda memandang kotak yang dipegangnya.

Ada juga orang ingat hari lahir dia. Ingatkan tak ada. Rosalinda pergi mendapatkan begnya dan menyimpan kotak hadiah tersebut.

Kemudian,dia pergi menyertai pelajar perempuan membersihkan tempat perkhemahan.


DATIN Sophea berjalan masuk ke dalam bilik tidur bersama sedulang makanan. Dia meletakkan dulang di tepi katil kemudian dia mengejutkan Dato' Azraff.

"Abang.. Bangun. Saya ada bawa bubur ni."

Dato' Azraff mencelikkan matanya. Dia memandang wajah isterinya. Matanya dicelikkan beberapa kali. Pandangannya masih kabur.

"Abang makan sikit ya? Kejap lagi,abang ada appointment lagi dengan doktor. " Datin Sophea mencapai semangkuk bubur yang baru dimasaknya.

"Awak ada telefon Danial?"soal Dato' Azraff. Dia memejamkan matanya.

"Saya ada telefon kaklong.. Katanya,Danial okey je dekat sana. Cuma.." Ayat Datin Sophea dijeda.

"Cuma apa? Dia layan Ros baik kan?"

Datin Sophea tersenyum pendek. "Ya,abang. Dia okey je dengan Ros.. Kakloglng cakap,diorang tak pernah bergaduh buat masa ni.Mungkin diorang dah boleh terima diri masing-masing."

"Alhamdulillah.." Dato' Azraff menarik nafas sedalam-dalamnya kemudiam dia terbatuk. Pantas Datin Sophea mengusap dada suaminya. Air suam dicapai dan diberikan pada suaminya.

"Abang jangan risau pasal Danial. Kaklong dengan Idris ada pantau budak-budak tu.Abang fokus je pada chemotherapy abang ya?"ujar Datin Sophea. Risau hatinya melihat keadaan suaminya. Dulu,Dato' Azraff masih boleh berjalan seperti biasa. Tetapi,sekarang Dato' Azraff memerlukan bantuan untuk berjalan. Mukanya juga semakin cengkung. Dulu,dia tak seteruk ini. Setelah doktor mulakam chemotherapy terhadap Dato' Azraff,keadaannya semakin teruk.

Dia tak mahu menambahkan beban pada suaminya dengan memberi tahu tentang keadaan anak lelaki mereka di Malaysia. Kalau Dato' Azraff tahu Danial bekerja separuh masa di Malaysia,pasti Dato' Azraff risau.Dia tak mahu suaminya terbeban dengan apa-apa masalah. Nanti bertambah teruk pula keadaannya.

Dato' Azraff hanya akur dengan kata-kata Datin Sophea. Walaupun penglihatannya tidak berapa jelas,namun dia tetap kuatkan dirinya.

Biarlah dia lawan penyakit ini demi keluarganya. Penyakit kanser mata dan kanser tulang ini perlu dirawat secepat mungkin sebelum anak lelakinya di Malaysia dapat tahu.




Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now