Danial duduk di luar wad bertemankan Syafiq. Wajahnya kelihatan kusut. Sejak tadi,dia hanya mendiamkan diri. Rasa marah dan bengang mulai membuak-buak pada Mikail.
"Kau taknak masuk ke,Danial?"soal Syafiq.
"Apa aku nak jawab dekat Ros? Apa yang aku nak jawab dengan mertua aku nanti? Aku sepatutnya jaga Ros,bukannya biarkan dia jadi macam ni,"balas Danial. Dia meraup wajahnya.
"Benda dah jadi,nak buat macam mana? Kau bukannya minta semua ni jadi. Lagipun,benda ni di luar jangkaan kau kan? Kau pun tak tahu. Tak boleh buat apa lah."
Kedengaran suara Danial mengeluh. Hatinya menjadi susah.
"Apa-apa pun,thank you sebab tolong Ros.Kalau kau tak nampak Mikail lari dari rumah aku,aku tak tahulah apa jadi dekat Ros. Thank you,Syaf."
Syafiq menganggukkan kepalanya.
"Nasib baik kita berjiran je. Lepas ni,waktu kau pergi kerja.. Kau suruh Ros duduk dengan mak aku. Tak adalah bahaya untuk dia."
Danial mengangguk setuju.
"Danial,Ros dah sedar tu. Pergilah jumpa dia,"kata maklong Azza. Dia keluar dari wad Rosalinda. Danial memandangnya kemudian dia mengangguk.Dia meminta diri untuk masuk ke dalam wad.
Rosalinda yang sudah sedarkan diri dipandangnya. Lega hatinya apabila melihat mata bundar gadis itu kembali mencelik setelah enam jam dia tidak sedarkan diri.
"Danial.." Suara Rosalinda bagai tidak terkeluar. Sungguh,dia berasa begitu lemah saat itu. Bibirnya turut menjadi kering dan pucat. Satu badannya terasa sakit.
"Shh,sayang jangan banyak bercakap.Rehat okey?" Danial duduk di sebelah katil.Dia memegang tangan isterinya dan mengucupnya sekilas.
Melihat wajah isterinya yang pucat,dia bertambah susah hati.
Macam mana dia nak berterus-terang?
Rosalinda perasan wajah suaminya keruh semacam. Seperti ada yang mengganggu fikiran suaminya.
"Ros.." Danial mengemam bibirnya.Dia tak mampu memandang wajah Rosalinda. Tangan gadis itu terus diusap perlahan.
"Abang minta maaf ya sebab tak dapat lindung Ros dari Mike.Abang minta maaf sebab buat Ros jadi macam ni."
"Apa abang cakap ni? Ros yang salah sebab tak kunci pintu.."jawab Rosalinda perlahan. Wajah Danial dipandang. Dia yakin,pasti Danial sudah tahu tentang Mikail menceroboh masuk ke dalam rumah mereka.
"Abang minta maaf tapi abang terpaksa juga bagitahu Ros. Abang tak berani nak rahsiakan daripada Ros."
Rosalinda hanya menanti kata-kata Danial yang terjeda.
"Ros mengandung."
Rosalinda memandang wajah Danial lama. Dia seakan tak percaya dengan apa yang didengarinya. Nak gembira atau tak? Mengandung pada waktu muda bukanlah mudah. Lagi-lagi dia adalah seorang pelajar sekolah. Betul-betul banyak cabarannya nanti.
"R-Ros mengandung?"soal Rosalinda.Danial mengangguk.
"Tapi.."
Danial menggigit bibir bawahnya. Dia betul-betul serba salah mahu menyebutnya. Macam mana kalau Ros marah?
"Tapi,Ros gugur." Danial memandang Rosalinda.
"Gugur sebab Ros jatuh terhentak. Doktor kata,kandungan Ros baru satu minggu. Kandungan masih terlalu lemah,jadi kandungan sayang terus gugur.." Semakin perlahan suara Danial apabila menyebut tentang itu. Dia menunduk.
Rosalinda tidak bersuara lagi.Wajahnya kosong. Tidak menunjukkan sebarang ekspresi.
"Abang minta maaf. Semua yang jadi disebabkan abang. Abang tak sangka semua ni boleh jadi.."
Danial memandang Rosalinda. Risau pula isterimya tidak memberi sebarang respon.
"Sayang jangan risau. Abang akan pastikan tak ada siapa yang tahu pasal ni. Abang akan jumpa Mikail secara berdepan. Abang akan selesaikan semua ni secepat mungkin,okey?"
Rosalinda masih mendiamkan diri. Rosalinda yang tidak memberi apa-apa respon membuatkan Danial susah hati.
MIKAIL berjalan mundar-mandir sejak tadi. Aina yang sedang enak menikmati air kelapa memandang Mikail.Dahinya berkerut-kerut.
"Kau ni kenapa? Aku rimas tahu tak?Tak reti ke nak duduk diam?"soal Aina.
"Aku tengah serabut ni.." Mikail meraup wajahnya.Fikirannya asyik teringat pada Rosalinda. Agak-agak,Rosalinda selamat tak? Ala,jatuh tangga je kan? Tak mati pun kan?
Ah,entahlah! Mikail serabut. Dia menjadi serba salah.
"Serabut? Kau ada masalah apa? Cuba bagitahu.Manalah tahu,aku boleh tolong."
"Ros jatuh tangga. A-aku nampak ada darah. Tak mungkinlah dia mengandung kan? Dia muda lagi.Tak,dia tak mengandung." Mikail melabuhkan punggungnya di sebelah Aina yang sudah tercengang mendengar kata-katanya.
"Apa kau merepek ni,Mike? Mengandung?"soal Aina. Ni yang dia nak korek rahsia ni.Berita hangat!
Mikail memandang Aina.Alamak,dia dah terlepas cakap!
"M-mengandung? Eh,kau salah dengar ni. Aku cakap lain. Kau ni,tak korek telinga ke?" Mikail cuba berselindung.
Aina memandang Mikail. Dia mengecilkan matanya. Dia merenung wajah Mikail lama.
"Baik kau cakap betul-betul. Apa maksud kau,Ros mengandung? Kau buat dia mengandung ke?"
Terbeliak mata Mikail apabila mendengarnya. Mulut Aina ni memang mulut tak ada insurans betul!
"Kau gila ke? Takkan aku nak buat macam tu?" Mikail meneguk airliur yang terasa kelat.
Bila fikirkan semula,memang dia pernah cuba untuk mencabuli Rosalinda namun tak sempat kerana tragedi Rosalinda terjatuh tangga berlaku dulu.
Ah,apa yang aku dah buat? Gila! Kalau Danial dapat tahu,mati aku.Desis hati Mikail.
"Kau jangan buat hal,Mike. Dia anak pengetua kita.Silap sikit,habis kau. " Aina memberi amaran.
"Aku tahulah.Aku tak gila lagi nak buat macam tu."
Mikail memalingkan wajahnya,mengelak daripada bertentangan mata dengan Aina. Takut kantoi!
Aduhai,Mike. Kenapa kau mulakan kerja gila tu? Sekarang,macam mana kau nak hadap Danial?
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...