BAB 70

7.9K 279 17
                                    

"Eh,abang."

Rosalinda menyapa suamimya mesra. Wajahnya dimaniskan dengan senyuman. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Tuan Idris.

Ayah tak boleh tahu pasal ni. Kalau tak,habis Danial  nanti.Bisik hati Rosalinda.

"Eh,Nayra pun ada? Jemputlah duduk. Mana suami Nayra?" Rosalinda tersenyum.Dia cuba mengawal riak wajahnya daripada kelihatan terlalu ketara.

Nayra kebingungan untuk seketika. Dia memandang Danial dan Rosalinda bersilih ganti.

"S-Suami Nayra tak dapat datang. Abang terserempak dengan Nayra dekat hujung lorong sana. Alang-alang tu,abang tumpangkan dia. Kesian pula dia berjalan daripada bus stop. " Danial turut mengikuti jejak Rosalinda yang mahu menyembunyikan perkara sebenar.

"Nayra selalu ke datang sini?" Tuan Idris pula bertanya. Dia memandang Nayra.

Nayra tiba-tiba menjadi gugup.

"Selalu.. Juga.."  Nayra mengemam bibirnya. Dia tak tahu mahu memberi reaksi yang sepatutnya.

"Oh,Nayra datang ni nak jenguk Ros lah ya? Dah tengok anak dia?" Tuan Idris bermesra dengan Nayra yang dianggap tetamu itu.

"S-Saya baru nak tengoklah ni.." Nayra tersenyum pahit.

Jadi,mak ayah Ros tak tahu yang aku dah kahwin dengan Danial? Sekarang,aku terpaksa jadi tetamu? Wah,hebat betul permainan kau Ros! Nayra merungut di dalam hatinya.

"Jemputlah duduk.Penat pula kamu." Tuan Idris menjemput Nayra. Sebaik mungkin dia melayan Nayra sebagai tetamunya.

Nayra hanya akur.Dia duduk di sofa sambil matanya merenung ke arah Rosalinda.

Rosalinda hanya buat tidak endah.

"Mana mama?"soal Tuan Idris.

"Dia tolong tengokkan Hariz sekejap.Tadi Hariz baru nak tertidur."

"Oh. Biarlah dulu.Kejap lagi baru panggil dia. Ayah buatkan air untuk tetamu sekejap." Tuan Idris beredar ke dapur.

Melihat bayangan Tuan Idris menghilang dari pandangan,renungan Nayra pada Rosalinda semakin tajam.

"Apa motif kau sebenarnya? Kenapa tak cerita hal sebenar dekat mak ayah kau?"soal Nayra. Dia mengetap giginya.

"Nayra,rileks. Jangan bergaduh. Nanti ayah dengan mama tahu pula pasal ni,"tegur Danial.Dia memperlahankan suaranya.

"Kenapa nak sorok? Nayra ni orang luar ke? Tak kan? Nayra ni isteri abang kan? Anak dalam perut Nayra ni pun anak abang.Perlu ke buat Nayra macam ni? Hina sangat ke jadi isteri kedua?" Bertubi-tubi Nayra ajukan soalan pada suaminya.

"Apa maksud Nayra,anak dalam kandungan Nayra tu anak Danial?"

Tuan Idris berdiri di sebelah Rosalinda. Lebih teruk lagi,Puan Zahrah turut ada sama. Rosalinda terdiam seribu kata. Jantungnya berdetak hebat. Takut dengan apa yang bakal terjadi.

Nayra dan Danial menoleh ke tepi. Berubah riak wajah mereka berdua.

"Makcik nak tanya. Kenapa awak cakap yang awak tu isteri kedua? Siapa madu awak? Siapa suami awak?" Puan Zahrah pula bersuara.

Suasana menjadi hening. Danial sudah seperti cacing kepanasan.Dia menjadi panas punggung. Buntu untuk berikan jawapan pada ibubapa mertuanya.

"Danial,ada apa-apa yang patut ayah dengan mama tahu ke?"

Danial cuba untuk bertenang.Rasanya,inilah masa yang sesuai untuk beritahu. Memandangkan ibubapa mertuanya dah terdengar,dia harus beritahu perkara sebenar.Bahaya kalau dia terus menipu.

"Sebenarnya.. " Suara Danial bergetar,terasa berdebar dan takut.

"Sebenarnya Nayra madu Ros.Ros berkongsi suami dengan Nayra."

Terbeliak mata Danial di buatnya. Dia memandang Rosalinda yang beriak tenang.Nayra turut terkejut dengan pengakuannya. Apatah lagi dengan Tuan Idris dan Puan Zahrah.

"Apa yang Ros merepek ni?" Puan Zahrah memandang anak perempuannya. Jelas riak wajahnya menunjukkan dia tak percaya dengan kata-kata Rosalinda.

"Ya,mama. Ros ada madu. Danial beristeri dua."

"Ya Allah!" Berderau darah Puan Zahrah. Tuan Idris mengucap panjang. Dia mengusap dadanya berkali-kali. Seperti tak percaya anak kesayangan mereka telah dimadukan.

"Danial,apa semua ni? Kenapa buat anak ayah macam ni?"soal Tuan Idris.

"Ayah.. Danial tahu,Danial salah. D-Dnial dah curang dengan Ros.. Tapi,Danial masih sayangkan Ros,ayah. Danial tak sanggup nak berpisah dengan dia.Maafkan Danial,ayah." Danial mencapai tangan  bapa mertuanya.

"Ayah kahwinkan Danial dengan Ros sebab ayah nak Danial jaga dia.Bimbing dia. Bukan buat dia macam ni. Ayah tahu,perempuan mana yang suka dimadukan?" Suara Tuan Idris menjadi kendur. Kecewa di sudut hatinya kerana menantunya telah membuat hati anak perempuannya sakit.

"Danial minta maaf,ayah.Danial tahu,Danial salah. Hukumlah Danial.Pukullah Danial kalau perlu. Tapi tolonglah.. Danial tak sanggup berpisah dengan Ros.Danial tak sanggup berpisah dengan Hariz.."rayu Danial.

Rosalinda dipandang. Tangan Rosalinda pula diraih.

"Sayang takkan tinggalkan abang kan? Ros sayangkan abang kan? Abang minta maaf sayang. Abang minta maaf sebab pernah sakitkan hati sayang,pernah abaikan sayang. Abang jahil,sayang. Maafkan abang."  Bersungguh-sungguh Danial memohon kemaafan. Dia sedar,dia telah banyak buat salah ada keluarga ini. Menipu,khianati isteri sendiri,abaikan isteri.. Terlalu banyak salahnya.

Rosalinda memalingkan wajahnya.Dia menahan airmata yang mahu mengalir. Dia dapat rasakan,hubungan mereka bakal tamat disini.  Melihat ibubapanya yang kecewa membuatkan dia semakin yakin. Dia dan Danial bakal berpisah.

"Mama.. Maafkan,Danial. Bagi Danial peluang kedua.." Danial hampir mengeluarkan airmatanya. Melihat rayuannya tidak diendahkan,dia semakin takut.

"Ayah rasa,Rosalinda mesti dah banyak bagi peluang pada Danial.Kan? Ayah taknak buat apa-apa keputusan. Ayah serahkan pada Ros. Ayah cuma nak cakap.."

Tuan Idris memandang menantunya.

"Ayah kecewa dengan Danial."

Airmata Danial sudah bertakung.Rasa bersalahnya semakin menggunung.

Ya Allah,berdosanya aku pada keluarga isteriku. Danial merintih dalam hatinya.

"Saya minta maaf,abang. Mama dengan ayah dah tahu pasal ni.Ayah dengan mama kecewa. Saya hanya boleh cakap.. "

Rosalinda masih tidak memandang suaminya walaupun airmatanya sudah memgalir deras di pipi.

"Abang boleh jumpa Hariz bila-bila masa. Saya akan failkan perceraian kita.Betul cakap ayah. Tak ada perempuan yang suka dimadukan. Saya tahu,abang sukakan Nayra. Abang dah sayangkan dia lebih daripada abang sayangkan saya. Jadi,ni waktunya untuk saya undur diri.Tempoh saya untuk jaga abang dah tamat."

Danial tersentak. Mulutnya terkunci.Airmata lelakinya akhirnya keluar juga menuruni pipi. Hancur hatinya apabila mendengar perkataan cerai.

Rosalinda lantas berjalan masuk ke bilik. Dia tak dapat menahan lagi airmatanya. Dia terus menghamburkan rasa sedih dan kecewanya di dalam bilik.

"Mama maafkan Danial."

Puan Zahrah memandang menantunya.

"Mama pun tak suka anak menantu mama bercerai berai. Tapi,untuk pengetahuan Danial.. Sekali Danial dah mula mainkan perasaan Ros,dia akan ingat sampai bila-bila. Kalau perempuan dah tawar hati,susah. Susah untuk pujuk hati dia. Mungkin takkan dapat pujuk lagi dah kalau dia dah pendam terlalu lama."

Danial menangis.Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Danial sayangkan Ros,mama.."

Puan Zahrah hanya tersenyum nipis dan menepuk bahu menantunya perlahan. Tuan Idris pula berlalu keluar dari rumah.

Tinggallah Danial dan Nayra berdua di ruangtamu yang kini menjadi sepi.

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now