Jam menunjukkan pukul tujuh pagi.Tidur Danial menjadi terganggu dengan bunyi orang yang sedang muntah di dalam tandas. Danial mencelikkn matanya dan bangun untuk mengenal pasti apa yang telah berlaku.
Melihat Nayra yang keluar dari tandas,Danial kebingungan.
"Kenapa? Tak sihat ke?"soal Danial. Nayra mengangguk.Dia duduk di birai katil dan memeluk suaminya dengan manja.
"Dari tadi asyik rasa nak muntah. Badan pun rasa tak sedap. Tak tahu kenapa.."adu Nayra. Danial meletakkan tangannya di atas dahi Nayra.
"Tak panas. Awak salah makan ke?"
"Tak tahu.." Nayra memejamkan matanya.
Danial mendiamkan dirinya buat sementara. Memikirkan tentang keadaan Nayra,tiba-tiba dia terasa gementar.
Selalunya kalau perempuan muntah-muntah waktu pagi ni..
"Awak ada datang bulan?"soal Danial.
"Tak.Kenapa? Haid saya tak menentu." Nayra mendongak memandang wajah suaminya. Namun,buat seketika,dia dapat tangkap apa yang Danial fikir.
Nayra sudah tersenyum lebar.
"Abang,nak saya buat pregnancy test tak? Mana tahu,rezeki kita." Nayra teruja.
Danial kelihatan ragu-ragu.Perlu ke Nayra buat ujian tu?
"Saya ada beli. Abang tunggu sekejap.Saya pergi buat ya." Nayra pergi mendapatkan pregnancy test kit yang baru dibelinya baru-baru ni. Walaupun kepalanya terasa berat namun dia tidak mengendahkan.Apa yang penting sekarang,keputusan untuk ujian kehamilan ni!
Danial meraup wajahnya. Dia buntu. Dia dilanda dilema.
Kalau Nayra mengandung,dia perlu gembira ke seperti mana dia gembira semasa mendapat tahu Rosalinda mengandung dahulu?
Tanpa berfikir panjang,Danial melangkah keluar dari bilik. Dia tidak bersedia mahu mengetahui keputusan untuk ujian kehamilan tersebut.
Dia paling takut kalau Nayra mengandung.Takut akan mengecewakan hati Rosalinda. Dia sendiri tak sanggup mahu menduakan Rosalinda tapi sekarang dia sudah pun lakukannya.
Walaupun Rosalinda mengukir senyuman dan mengatakan dia okey,tapi sebenarnya Danial tahu.Jauh di lubuk hati Rosalinda,dia kecewa. Perempuan mana yang suka bermadu kan?
Tapi,kalau Nayra mengandung,mestilah anaknya juga.Takkan dia nak benci anaknya dengan Nayra? Tak adil pula. Itu juga darah dagingnya.
Danial membuka pintu bilik tidur Rosalinda perlahan-lahan.Melihat Rosalinda yang lena,Danial tahu pasti isterinya itu penat. Maklumlah,kandungannya juga makin sarat. Rosalinda juga pasti cepat penat.
Cepat sahaja masa berlalu.Pejam celik,pejam celik, sudah hampir sebulan dia membina masjid dengan Nayra. Kandungan Rosalinda turut membesar.
Semalam Rosalinda ada mengadu padanya tentang bahagian belakang badan isterinya sering terasa sakit. Kasihan Danial melihatnya. Hanya Datin Sophea yang mampu melayan Rosalinda dan mengurutnya. Bukan Danial tak mahu lakukan,tapi Rosalinda yang menghalang.Katanya,sakit sikit saja. Tapi,bila di hadapan Datin Sophea,Rosalinda sampai menangis menahan sakit apabila diurut.
Perlahan-lahan,Danial melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.Dia mengatur langkah ke arah isterinya dengan berhati-hati.Dia nekad,dia mahu menemani Rosalinda lebih masa kerana Rosalinda pasti memerlukannya di sisi pada waktu malam.
Kepala Rosalinda diusap dengan penuh kasih.Setiap hari,tidak pernah kurang kasihnya pada Rosalinda.Malah,makin bertambah. Bukan senang mahu berdepan dengan rumahtangga berpoligami.
Danial mahu membawa Nayra pindah dari rumah tersebut,tapi urusan pembayaran rumah mereka masih belum selesai. Ia mengambil masa yang agak lama untuk selesai.Nayra? Sudah pastilah dia suka. Lebih-lebih lagi duduk di kondominium.Memang terujalah Nayra tu.
Danial merenung lama wajah Rosalinda yang sedang lena tidur.Tenang saja wajah isterinya. Danial tersenyum sendirian. Perlahan-lahan,tangannya mengusap perut Rosalinda.
Tak sabar rasanya mahu menimang cahaya mata sulung mereka.
"Abang?"suara Nayra kedengaran.
Ah sudah.Jangan dia masuk bilik ni sudah.
"Abang? La,dekat sini rupanya.Buat apa kacau Ros? Dia tengah tidur. " Nayra melangkah masuk.
"Nayra,awak tak sepatutnya masuk bilik ni.Kita cakap dekat luar. Ros tengah tidur,"kata Danial dalam nada separuh berbisik.
"Abang,mesti abang terkejut dnegan keputusan tu.Saya pasti,abang mesti suka." Nayra tidak mengendahkan kata-kata Danial.Malah,dia menunjukkan kit ujian kehamilan pada Danial.
Dua garis merah.
Mata Danial membulat. Kemudian,dia memandamg Nayra dengan sebuah pandangan yang sukar ditafsirkan.
"A-awak mengandung? " Danial gugup.
Nayra mengangguk.Dia terjerit keriangan lantas memeluk Danial.
"Kita nak jadi mama dengan papa!"
Dalam rasa keriangan,ada juga terasa sedih. Rosalinda yang sejak tadi sudah terjaga hanya terus memejamkan matanya.Dia hanya mendengar perbualan dua orang suami isteri tersebut. Menahan airmata yang mahu mengalir sebaik mungkin.
"Tak sabar nak bagitahu mummy.Mesti mummy suka!" Nayra tersengih.
Bibir Danial terukir senyuman walaupun dia berasa ragu-ragu. Takut pada masa yang sama gembira kerana dapat meniman cahaya mata dua orang sekali gus. Hanya beza beberapa bulan sahaja.
"Abang,lepas ni abang kena bersiap sedia. Kena jaga saya dengan baby.." Nayra meletakkan tangan Danial pada perutnya yang masih kempis.
"Y-Ya.."
Nayra tersenyum kemudian membawa kit ujian kehamilan tersebut pergi.Dia mahu bertemu dengan ibu mertuanya. Hm,tak sabar nak jadi menantu kesayangan!
Danial meraup wajahnya.Dia mengalihkan pandangannya pada Rosalinda.Rosalinda memandang ke arahnya bersatu senyuman. Senyuman untuk menutup rasa pedih di hati.
"Tahniah,abang."
"Ros.." Danial duduk di sebelah isterinya.Tangan Rosalinda dicapai. Dia berasa serba salah.
"Abang sepatutnya gembira dengan berita yang Nayra bagitahu tu. Kenapa abang macam tak suka ni?"tegur Rosalinda.
"Abang janji,abang takkan abaikan sayang.Okey?"
Pipi Danial diusap lembut. Redup pandangan mata Rosalinda memandang mata suaminya.
"Ros percayakan abang. Jangan risau."
Pada waktu ini juga,anak yang berada di dalam perut Rosalinda bergerak. Danial memandamg dan mengusapnya perlahan.Dia tersenyum.
"Babah sayang anak babah dengan ibu."
"Babah?" Rosalinda memandang suaminya. Danial tersenyum dan memgangguk.
"Babah. Kitakan orang Malaysia. Abng nak rasa jadi macam abah sikit."
Rosalinda tergelak kecil.Dia turut mengusap perutnya. Anaknya bergerak-gerak bagaikan boleh baca isi hati ibunya.
Sabarlah,baby.Ibu tak apa-apa. Ibu okey. Baby kena rasa seronok sebab nak dapat adik beradik juga. Teman bermain.. Kan baby? Bisik hati Rosalinda.
Danial memeluk erat isterinya. Tak tahulah apa akan jadi kalau Rosalinda tak ada. Dia berjanji pada dirinya sendiri,dia tak akan sesekali mengabaikan Rosalinda walaupun dia sudah beristeri dua.Adil tetap adil.
Itu janjinya sejak dia bernikah dengan Nayra.
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...