Surat kebenaran untuk pergi ke perkhemahan di Air Terjun Sungai Sendat,Hulu Selangor dipandang. Kemudian,kerusi Rosalinda ditendang agar gadis itu menoleh ke arahnya.
"Awak nak apa? Boleh patah kerusi saya kalau awak asyik tendang,"rungut Rosalinda. Berkerut-kerut wajahnya memandang Danial yang sentiasa dengan wajah selambanya.
"Kalau kerusi kau patah,kau ambik je kerusi dia,Ros. Dia ni kan pemusnah harta benda sekolah. Tengoklah meja dia. Penuh dia conteng,"selit Fadil. Dia mengetuk meja Danial menggunakan pen,menunjukkan 'seni' yang dilukis oleh Danial.
"Tak kisah pun. Aku panggil kau sebab aku nak tanya ni." Surat yang diberi oleh cikgu sebentar tadi ditunjukkan.
"Kenapa dengan kem tu?"
"Aku nak pergi kem ni. Maklumlah,aku tak pernah lagi jelajah dunia Malaysia ni." Danial mengeluarkan gula-gula getah dan masukkan ke dalam mulutnya. Rosalinda menggelengkan kepalanya. Nak tegur pun tak ada guna. Danial buat sekolah ni macam dia punya.
"Kalau awak nak pergi,pergi je lah. Tak ada siapa yang halang. " Rosalinda kembali menumpukan perhatiannya pada buku.
"Kau pergi tak?"soal Danial.
"Tak,"jawab Rosalinda. Fadil menepuk bahu rakannya.
"Kalau dia tak pergi,aku pergi. Jangan risau kawan. Aku teman kau. " Fadil tersengih.
"Eh,siapa nak pergi dengan kau? Aku nak pergi dengan Ros. Ros,kau kena pergi. Takkan aku je yang pergi?"
"Saya taknaklah. Saya tak suka pergi tempat macam tu."
"Pergi je lah. Kau kena ada dekat sisi aku. Aku nak kau jadi penjaga aku dekat sana,"kata Danial,selamba. Langsung tak mempedulikan rakan sekelasnya.
Rosalinda menahan geram. Dia ni sengaja nak rahsia diorang bocor ke apa? Cari nahas betul!
"Saya taknak." Rosalinda tetap berkeras.
"Kau kena pergi."
Fadil sudah terbatuk. Memberi isyarat tentang kehadiran Aina. Kehadiran bala!
Danial menoleh ke tepi. Bau wangian yang dipakai oleh Aina mampu menyakitkan tekak dan hidungnya. Bau minyak wangi kuat sangat! Dari jauh dah boleh bau!
"Danial,awak pergi kem tu? Ros? Pergi tak? Jomlah. Seronok! Air terjun dekat situ memang best!"kata Aina. Dia mengambil tempat di sebelah Rosalinda. Dia tersenyum manis.
"Saya tak pergi,"jawab Rosalinda. Aina hanya mengangguk. Biarlah dia taknak pergi. Semak je!
"Danial? Awak pergi kan? Nanti saya boleh tunjukkan awak tempat yang best dekat situ. Saya pernah pergi. Memang seronok!" Aina tiba-tiba menjadi teruja. Teruja dapat bersama dengan lelaki idamannya. Lebih-lebih lagi Rosalinda tak pergi. Memang tepat pada masanya!
"I'm sorry,but i'm not interested. Ros,you better join this champ. Or else.." Danial melakar senyuman sinis. Karakternya bertukar menjadi Danial yang dahulu. Yang suka speaking.Yang suka berlagak seperti orang Los Angeles.
"Apa? Awak nak buli saya? Memang taklah. Awak bukan sesiapa nk buli saya. Baik awak buli Aina. Kan Aina? Awak rela kan kalau dia buli awak?"soal Rosalinda. Matanya memandang Aina. Aina pula terkebil-kebil,kemudian dia tersenyum lagi.
"Setakat buli,saya tak kisah pun. Saya tahu,Danial bukannya kaki pukul. Kan? Okeylah,saya minta diri dulu. Danial,nanti saya bawa awak jelajah dunia Malaysia ni. Okey?" Aina mengenyitkan matanya membuatkan Fadil pula yang terasa geli-geleman. Danial pula tidak beriak apa-apa. Dia bukannya tergugat pun dengan Aina. Rosalinda lagi cantik. Aina? Boleh blah!
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...