BAB 19

6.1K 337 1
                                    

"Saya akan bahagikan kumpulan. Tak ada bantahan kerana pembahagian kumpulan ni dibahagikan sendiri oleh cikgu." Fasilitator kem memegang dua helai kertas yang tersenarai nama pelajar dalam bentuk kumpulan.

"Aku harap,aku dapat satu kumpulan dengan Ros." Mikail sudah teruja. Danial yang berdiri di belakangnya menayang wajah kelat. Kalaulah boleh ketuk kepala mamat ni,kan bagus! Biar amnesia! Tak payah nak ingat bini orang.

"Kumpulan satu yang diketuai oleh fasi Aimin. Ahlinya, Adam Mikail,Aidil Jauhar,Bella Atikah,Fara Natasya dan Zarra Aqilah."

Danial menahan tawa. Padan muka! Awal-awal dah kena campak dalam kumpulan satu. Nasib baik Mikail tak dapat sekumpulan dengan isterinya. Kalau tak,dia nekad,dia nak bantah dekat situ juga! Biarlah orang nak kata apa pun!

"Ala,aku tak dapat sekumpulan dengan dia.." Mikail memuncungkan bibirnya. Jeles riak wajahnya kecewa.

"Tak ada jodoh.. Sedarlah." Berbisa kata-kata Danial pada Mikail. Mikail hanya mendiamkan diri. Kalau bercakap dengan Danial ni memang sakit hati je dapat. Suka patahkan semangat orang.

"Kumpulan dua yang diketuai oleh fasi Johan.Ahlinya,Danial Evans,Syafiq Rizal,Siti Aisyah,Raina Syamimie dan Aina Maizatul."

Rahang Danial terbuka luas. Telinganya seakan-akan berdesing tatkala mendegar nama yang terakhir.

"Mati-mati aku ingat kita sekumpulan dengan Ros.Rupanya Aisyah. Tapi.. Kita sekumpulan dengan peminat-peminat kaulah,Danial." Syafiq yang turut sama menyertai kem tersebut mencelah. Dia memandang sepupunya yang sudah masam mencuka.

Mata Syafiq terpandang ke arah Aina yang tidak jauh dari mereka. Aina sudah tersenyum sampai ke telinga. Mulutnya kecoh bercakap dengan rakan-rakannya. Teruja dapat sekumpulan dengan lelaki idamanlah tu!

"Ala,aku tak dapat sekumpulan degan korang.." Fadil mengeluh.

"Bagus juga. Tak adalah kecoh kumpulan kita. Kan Danial?" Syafiq mengenakan Fadil. Dia ketawa sambil menjelir lidah pada Fadil. Fadil menjadi panas hati.

"Aku tumbuk muka kau nanti.."

"Kumpulan tiga yang diketuai oleh fasi Asyraf. Ahlinya,Aidan Haiqal,Fadil Adzim,Siti Nur Rosalinda,Afiqah Aulia dan Qasih Maisarah. "

Fadil terjerit keriangan. Apabila tersedar banyak mata yang memandangnya,dia menekup mulut. Wajah Danial disebelahnya dipandang. Danial seperti sudah bersedia mahu mencekiknya.

"Seronok ya?" Danial mengangkat kening.

Fadil tidak berkata apa-apa. Dia hanya tersengih bagai kerang busuk.
Rosalinda yang mendengar namanya disebut sebagai ahli kumpulan tiga hanya mengangguk kecil. Dia memandang Danial yang berdiri bersama rakan-rakannya. Kemudian,dia memandang Aina yang sudah bergelak ketawa dengan rakan-rakannya. Bahagia la tu!

"So.. Ada yang buat babak dramatik la tu nanti.. Manja tak bertempat,bermesra.. " Rosalinda berkata sendirian,seolah-olah dapat membaca fikiran Aina.Memang Aina nak buat semua tu pun. Dia nak tunjuk pada semua orang yang Danial hanya miliknya seorang. Eww,terdesak betul.

Danial memandang Rosalinda yang termenung dan berkhayal di alamnya sendiri.  Haih,dia tak dapat sekumpulan dengan isteri sendiri. Ish,ni yang susah hati.

"Fad,kau tolong aku boleh?"pintanya.

Fadil terus mengukir senyuman senget. Dia memeluk bahu Danial dan memandang Rosalinda.

"Kau kena bagi aku upah kalau kau nak aku jagakan dia,"kata Fadil seolah-olah tahu apa yang mahu diminta oleh Danial.

"Ish,tak ikhlas betul. Yelah,aku bagi upah nanti. Kau tolong tengokkan dia.Pantau dia je,bukannya tackle or mengintai dia. Faham?"

Fadil dan Syafiq tergelak. Boleh tahan cemburu juga mat saleh ni."Ye,aku tahu.Jangan risau,aku bantu kau."

Danial menghela nafas lega. Nasib baik juga ada kawannya yang menjadi sekumpulan dengan Rosalinda. Boleh juga dia pantau dari jauh. Sekurang-kurangnya,ada yang tolong pantaukan keadaan untuknya.


WAKTU berlalu begitu pantas. Malam mula membuka tirai dan cahaya bulan membantu menerangi kawasan perkhemahan mereka.

Semua peserta berkumpulan membuat satu bulatan besar dan ditengah-tengah bulatan mereka mempunyai dua buah unggun api untuk memberi haba pada tubuh badan dan boleh juga digunakan untuk memanggang sesuatu makanan.

Memandangkan malam itu mereka adakan malam kebudayaan,semua kumpulan dikehendaki membuat satu persembahan.

Kumpulan satu selesai mempersembahkan persembahan tarian ala-ala tarian hawaii. Entah dari mana mereka dapat inspirasi,mereka terus melakukan tarian tersebut tanpa ragu-ragu dan rasa malu.

"Kumpulan dua dah bersedia ke?"

"Dah!" Syafiq sudah bersedia dengan gitar yang dipinjamnya dari fasilitator mereka. Mereka akan membuat persembahan nyanyian yang akan dinyanyikan oleh Danial sendiri. Biasalah,Danial memang suka bernyanyi. Dia sudah biasa dengan bersosial di Los Angeles,jadi sekadar bernyanyi di dalam kem apa lah sangat. Celah gigi je!

"Menyanyi solo ke duet?"soal Fadil,tiba-tiba mengangkat tangannya ke udara. Dia menjadi teruja. Kalau tak hyperactive,bukan Fadil namanya!

"So-"

"Duet!" Aina sudah tersengih. Dia memandang Danial dan mengangkat ibu jarinya. Danial mahu bersuara tetapi rakan-rakan yang lain sudah bersorak. Hm,ramai pula yang sokong! Aduhai!

Rosalinda hanya memerhati.Dia tidak bersuara malah tidak berminat untuk bercampur. Kalau dia bersuara,pasti ada saja yang membantah. Baik tak payah bersuara.

Syafiq memandang Danial.Kemudian,dia memandang Aina.

"Aina,kau pandai main gitar kan? Nah,mainkan untuk Danial. " Gitar diserahkan kepada gadis itu.

"Eh,kau macam mana? Aku nak menyanyi."

"Tak payahlah menyanyi. Simpan suara kau. Suara tu aurat. Biar Danial je menyanyi. Aku boleh jadi penyanyi latar. Jangan risau. "

Aina sudah mencebikkan bibir tanda tidak puas hati. Dia terpaksa mengambil juga huluran Syafiq. Danial menghela nafas lega. Nasib baik!

"Kami akan persembahkan lagu You Are The Reason by Calum Scott."

Aina memandang Danial. Aww,so sweet! Nasib baik dia tahu lagu ni. Jadi,tiada masalah untuk dia mainkan gitar.

Danial mula bernyanyi. Saat suaranya mula menyanyikan lagu tersebut,matanya terus memandang ke arah Rosalinda. Rosalinda yang turut memandangnya bagaikan terkunci. Mata mereka tidak dapat dilepaskan dari terus memandang antara satu sama lain.

Aina memandang Danial. Kemudian,Rosalinda pula dipandangnya. Hatinya yakin. Ada sesuatu di antara Ros dan Danial. Hatinya mula mendongkol geram. 

Mikail turut memandang mereka berdua. Dia dapat merasakan Danial dan Ros sedang dalam hubungan percintaan. Mikail mengeluh.Sedaya upaya dia menenangkan hatinya.

I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
'Cause I need you to see
That you are the reason.

Saat rangkap itu dituturkan dan dinyanyikan dari bibir Danial,dia tersenyum tanpa sedar.Danial tersenyum sambil memandang ke arah Rosalinda. Entah mengapa,dia merasakan malam itu hanya ada dirinya dan juga Rosalinda.
Setiap kali dia memandang wajah Rosalinda,satu perasaan yang masuk ke dalam jiwanya yang membuatkan tidurnya tidak lena. Satu perasaan yang kuat yang mampu mempengaruhi mimpinya.

Saat itu,Danial tertanya pada dirinya sendiri.

Adakah dia sudah membiarkan Rosalinda menakluki hatinya?

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now