BAB 10

7.3K 360 0
                                    

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Rosalinda berjalan masuk ke dalam kelas dengan perut yang kurang kenyang. Seleranya mati apabila teringatkan hal semalam.

Melihat tempat duduk Danial yang kosong membuatkan hatinya serba sedikit menjadi lega. Lebih bagus kalau lelaki tu tak ada. Senang hati!

Senanglah hati kau sekarang Ros. Hujung minggu nanti kau dah tak boleh tenang sebab mulai hari Sabtu ni,dia akan jadi suami kau. Mertua kau pula akan berangkat ke Los Angeles keesokkan harinya. Bagus! Bagus sangat!

Rosalinda menghela nafas berat. Buku latihan milik Danial yang dipinjamnya tempoh hari masih belum dipulangkan.Haih!

Rosalinda menjadi seakan-akan batu apabila Danial tiba-tiba masuk kelas. Lelaki itu langsung tidak memandang apatah lagi mahu menegurnya seperti selalu. Seperti dirinya,Danial turut terkesan dengan tindakan ibubapa mereka.

Malah,Danial lebih terkesan kerana ibubapanya bakal meninggalkannya hujung minggu ni. Marah benar Danial dengan ibubapanya sehinggakan dia tak mahu bercakap dan makan bersama-sama dengan ibubapanya. Dia lebih rela makan mee segera!

Dalam diam,Danial ada cuba mencuba mencari kerja. Dia mahu membuktikan pada ibubapanya bahawa anak lelaki mereka ini mampu menguruskan diri dan berdikari. Tidak seperti mereka sangkakan.

Tapi,dia belum habis SPM jadi sedikit sebanyak itu menyukarkan dirinya untuk mencari kerja. Setakat kerja di kebun atau kandang kambing bolehlah. Kerja yang tak memerlukan sijil SPM. Kerja di kedai runcit pun boleh asalkan dia dapat kerja.

"Eh,Danial. Kau pergi mana tadi? Kau datang lambat ke? Tak kena tahan?"soal Syafiq yang muncul di sebelah Fadil. Fadil hanya memandang Danial. Dia tahu masalah Danial. Danial sudah menceritakan padanya waktu rehat tadi.

"Danial,semalam mak aku datang rumah kau kenapa? Ramai yang datang. Aku nak datang jenguk,tak berani pula,"kata Syafiq lagi. Wajah kusut Daniak dipandang. Rosalinda yang berada di tempatnya hanya mendiamkan diri.

"Syaf,kau tahu tak dekat mana ada kerja kosong yang tak perlukan sijil SPM? Aku nak kerja. "

Ternganga Syafiq dibuatnya. Fadil memandang Danial. Ish,budak ni degil betul. Aku dah nasihat,jangan. Dibuatnya juga! Degil! Bisik hati Fadil.

"Kenapa nak kerja? Duit kau kan dah banyak. "

"Aku taknak duit mak bapak aku. Aku nak kerja. Aku nak ada duit sendiri. Kalau kau ada tahu mana-mana tempat yang perlukan pekerja,bagitahu aku." Danial meletakkan kakinya di atas meja.Dia sempat mengering ke arah Rosalinda sebelum dia melelapkan matanya.

Syafiq kebingungan. Dah kenapa pula ni? Dia memandang Fadil. Fadil hanya mengangkat bahu.

PULANG saja dari sekolah,hati Danial sudah menjadi berang. Namun,dia menyabarkan hati. Kalau ikutkan,baju melayu yang tergantung di almarinya itu mahu saja dia membakarnya. Puas hati!

"Nampak sangat tak sabar nak kahwinkan aku. Tak sabar nak buang aku dari hidup! Tak sabar nak tinggalkan anak pungut ni!"bentaknya. Baju melayu berwarna krim itu dipandang.

"Danial.." Pintu bilik diketuk. Datin Sophea melangkah masuk ke dalam biliknya. Kelihatan jelas anak lelakinya tertekan. Dia tak mahu menjejaskan kesihatan anak lelakinya.

"Danial.. Kamu masih marahkan mommy dengan daddy?"soal Datin Sophea.

Danial hanya mendiamkan diri. dia memalingkan wajahnya.

"Sayang.. Mommy dengan daddy terpaksa pergi. Daddy taknak Danial ikut sebab Danial kena belajar. Daddy taknak jejaskan pelajaran Danial.. Okey?"pujuk Datin Sophea lagi.

"Mommy tak sayang Dani. Dani sedar,Dani anak pungut. Mommy pergilah degan daddy tu. Jangan pedulikan Dani dekat sini. Dani tahu jaga diri Dani. Dani takkan menyusahkan sesiapa. " Jelas kedukaan di wajah Danial.Sedih hati Datin Sophea mendengarnya. Mahu luruh airmatanya jika Danial tahu kebenarannnya. Ada sebab mengapa Dato' Azraff berkeras tak mahu Danial ikut mereka. 'Tugas' yang belum diselesaikan itu belum diketahui Danial. Apa pula tanggapan Danial kalau dia tahu perkara sebenar?

"Danial.. Mommy sayangkan Danial. Sayang kena jaga diri dekat sini. Jaga Ros baik-baik. Hanya dia je yang akan tinggal dengan Danial nanti. Okey?"

"See? I told you. Mommy dengan daddy tak sayangkan Dani. Tu sebab mommy dengan daddy nak tinggalkan Dani. Dahlah,Dani taknak dengar lagi. Hati Dani ni terluka tahu? Pergilah,mommy. Dani nak mandi. Dani nak rehat. Dani penat. " Danial menolak perlahan tangan ibunya yang mengusap pipinya. Dia berlalu pergi meninggalkan ibunya di dalam bilik.

Datin Sophea mengeluh.Dia segera mengesat airmata yang mahu keluar dari tubir mata. Tak apalah,Danial belum tahu kebenarannya. Kalau dia tahu,pasti dia akan faham jua.

Maafkan mommy degan daddy,sayang.

ROSALINDA hanya duduk di dalam bilik. Dia turut tak terkecuali menunjukkan protes. Apabila diajak makan,dia tak mahu. Protes!

"Dia dah besar. Kenapa aku juga nak jadi penjaga dia? Tak faham betul!"rungut Rosalinda. Baju kurung yang tergantung cantik di almari dipandang.

"Ey,tak suka betul! Aku ni patung ke? Ingat aku ni boleh diarahkan sesuka hati? Kalau aku boleh lari,sekarang aku nak lari! Siapa je sanggup jadi bini mamat tu? Mati hidup balik pun aku taknak jadi isteri dia! Menempah maut! "

Rosalinda mendengus. Lukisna wajah Danial dioandang. Dia  mencapai kemudian dia menumbuk lukisan itu. Nasib baiklah tak terkoyak!

"Ni baru lukisan tau! Kalau kau ada depan aku,memang lebam biji mata kau! Disebabkan kau,aku jadi mangsa! Macam tak ada orang lain! "

Rosalinda merenung lama lukisannya. Ey sebal betul hati!

"Ya Allah,kau sedarkan aku dari mimpi buruk ni! Aku taknak kahwin dengan dia! Jauhkan aku dari dia!" Rosalinda mengerutkan wajahnya. Dia betul-betul rasa macam nak menangis!

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now