BAB 26

6.3K 333 7
                                    

Lauk-pauk yang dimasak oleh Rosalinda sudah terhidang di atas meja makan.Aroma nasi lemak yang wangi mula menusuk ke dalam hidung.

Danial yang baru selesai mandi melangkah menuju ke arah dapur. Perutnya yang berkeroncong diusap perlahan.

"Awak,jom makan. Saya masak nasi lemak. " Rosalinda menjemput suaminya makan.Dia menuang air sirap ke dalam gelas.

"Kata nak masak sambal ikan keli tu?"

Danial mengambil tempat di meja makan. Dia memandang nasi lemak yang terhidang di hadapannya. Bau yang wangi membuatkan perutnya terasa lapar.

"Nantilah.Kita makan nasi lemak ni dulu. Awak makan kan nasi lemak?" Rosalinda menyedukkan nasi untuk Danial.

"Kalau ikutkan,aku tak suka. Tapi,tak apalah. Kau dah masak,aku makan je lah. Lagipun,aku dah lapar. "

Rosalinda tersenyum. "Yelah. Habiskan okey? Jangan membazir. Oh ya,nanti saya nak pergi kedai buku. Nak cari buku latihan bahasa inggeris."

"Tak payah." Danial mencapai gelas dan meneguk minumannya.

"Bolehlah.. Buku latihan saya dah habis."

"Tak payah. Aku boleh ajar kau.Tak payah sibuk nak buat latihan. Kau berlatih dengan aku je." Danial mula menjamu selera.

"Kalau speaking,saya pun pandai. Ingat awak je pandai? Saya pun pandai okey. Jangan ingat awak je yang mix."

"Maksud kau? Kau pun mix ke? Mix apa? Thailand?"

Rosalinda menggeleng.Dia duduk berhadapan dengan Danial.

"Taklah. Saya mix Itali. Mama saya orang sana,"kata Rosalinda. Dia menceduk nasi untuk dirinya.

"Ye ke? Patutlah muka mama kau cantik,comel."

"Saya tahu,saya comel macam mama saya.Kan?" Rosalinda bergurau.

"Isteri aku memang comel. Tak sangka pula ada mix. Anak kita mesti cantik,kacak nanti kan?"

Rosalinda memandang Danial. Dia terdiam untuk seketika. Hm,anak?

"Kenapa pandang aku macam tu? Salah ke apa yang aku cakap?"

"T-tak,cuma.." Rosalinda gugup. Aduh,dia baru 17 tahun! Dah kenapa sebut pasal anak?

"Kalau boleh,aku nak anak kembar sepasang. Kalau anak perempuan,aku nak letak nama dia Rossa. Kalau anak lelaki,aku nak nama Hariz."

"Kenapa Hariz? Ambillah nama Danish.Kan lebih kurang sama nama dengan awak,"ujar Rosalinda.

"Sukahati akulah. Anak aku. Aku suka nama tu. Muhd Hariz Evans. Kan moden nama tu,"ujar Danial. Dia sudah tersengih.

"Tapi awak,kita baru 17 tahun. Tak sepatutnya kita sebut pasal anak buat masa sekarang."

"Aku tak cakap pun nak sekarang. Gila ke? Aku terlalu muda nak jadi papa. Kau pun muda lagi nak jadi mama. Kau dah sedia ke? Mesti tak kan?"

Mama? Rosalinda pantas menggeleng. Ish,muda sangat!

"Tapi kalau nak cuba pun apa salahnya." Danial menayang wajah selamba. Tersedak Rosalinda dibuatnya.

"Ey Danial! Depan rezeki ni!" Pipi Rosalinda merona kemerahan. Danial sudah mengekek ketawa.

Tak guna betul.Nasib baik suami! Kalau tak,dah lama kena pelangkung!



"DAH puas ke meronda dekat kampung ni? Ingat lagi ke jalan dekat sini?"

Nayra yang baru melangkah masuk ke dalam rumah,menoleh memandang adik perempuannya yang sedang menonton televisyen. Nayra menjeling adiknya yang sudah menayang senyuman senget.

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now