BAB 41

5.4K 273 5
                                    

"Kau tengok tu. Danial tak main-main rupanya. Biar betul diorang suami isteri? Muda lagi kot!"

"Tapi tak pelik pun kalau diorang dah kahwin. Sekarang kan trending kahwin muda."

Banyak mulut mula berbisik-bisik apabila ternampak Danial dan Rosalinda berjalan berdua memasuki kawasan sekolah. Rosalinda hanya menunduk kerana dia tahu,pasti ramai orang akan menyoal dirinya dengan Danial.

Melihat tangannya yang digenggam erat oleh Danial,dia semakin takut. Danial ni pula boleh buat selamba.Orang dah pandang pun muka masih beku. Rosalinda yang melihatnya pula berasa geram.

"Wah,pengantin dah sampai! Pelik aku. Kenapa korang berdua tetap berseri ni? Cemburu betul aku tengok.Syaf,jom kahwin." Fadil menyiku Syafiq.

"Gila? Aku nak jodoh aku seorang perempuan.Bukan lelaki. Kalau kau nak mengunyit,mohon pergi jauh-jauh,okey?" Syafiq menjegilkan biji matanya. Danial tergelak. Dia meletakkan begnya.

"Siapa cakap aku nak kahwin dengan kau? Aku ajak kahwin dengan calon masing-masinglah."

"Apa-apa je lah,Fad.."

Danial memandang Rosalinda. Kemudian,dia memandang rakan sekelasnya yang lain.

"Ros,awak nampak berseri harini."

Danial memandang Syafiq. Hai sepupu. Lain macam kau punya puji?

"Syaf,Danial dah warning tu.Hati-hati.Aku taknak kehilangan kau,kawan.Nanti kena serang dengan harimau." Fadil memandang Danial dan Syafiq bersilih ganti.

"Chill. Aku puji je. Lagi pun,betul apa aku cakap? Takkan aku nak kutuk isteri kau pula? Nanti aku pula kau tetak." Syafiq tergelak memandang wajah Danial yang sudah cemberut itu.Amboi,boleh tahan cemburu.

"Siapa je tak cemburu orang lain puji isteri sendiri?"

Rosalinda yang mendengar hanya tersenyum.Tak berani pula nak bersuara.

Aina yang baru tiba di kelas terpandang Rosalinda dan Danial. Ceria saja wajah Danial dimatanya. Bibirnya dicebikkan.

Rosalinda ternampak Aina. Kemudian,dia memandang Danial. Takkan dia dah tahu? Danial dah bagitahu ke?

Aina terdengar Danial asyik memanggil nama Ros. Berdesing telinganya!

"Aku tengok,Aina tengah panas tu.Kesian dia. Mesti frust menonggeng tengok lelaki idaman dah taken." Fadil masih bergosip.

"Asalkan dia tak kacau sudahlah. Biarlah dia nak panas ke,sejuk ke. Orang macam tu memang kena bagi sedar." Danial membuka buku latihannya. Sebelum cikgu masuk,baik dia siapkan kerja.

"Kau taknak try dia ke,Fad?"soal Syafiq.

"Aku try Aina? Banyak kali dah kena friendzone,kawan.Aku pun dah jemu dengar ayat dia yang sama. ‘Sorrylah Fad. Saya nak belajar dulu.’ Belajar tenuk dia. Aku tengok,asyik berkepit dengan jantan juga dekat pekan." Beria Fadil mengutuk Aina sampai tercebik-cebik bibirnya.

"Biasalah,nak attention je tu."

Rosalinda hanya memasang telinga sejak tadi.Kemudian,dia memandang Danial di sebelahnya.Danial tidak memberi apa-apa respon.

Buat apa nak bagi respon? Aina bukan sesiapa pun.

Rosalinda sudah tersenyum. Lega hatinya melihat Danial. Alhamdulillah,Danial setia!


AINA melihat Rosalinda yang sedang sibuk mmebetulkan tudungnya di hadapan cermin di dalam tandas pelajar perempuan. Bibirnya terukir senyuman sinis. Langkahnya diatur ke arah Rosalinda.

"Dah dapat pun masih lagi sibuk nak cantik-cantik? Oh ya,takut suami lari kalau nampak selekeh." Aina memberi sindiran sambil mmebasuh tangannya. Dia tidak memandamg Rosalinda.

Rosalinda menoleh ke tepi.

"Apa kau merepek ni,Aina?" Rosalinda masih cuba berselindung.

"Tak payah nak rahsia. Satu sekolah dah tahu kau dah kahwin." Aina mengelap tangannya menggunakan tisu. Kemudian,dia berdiri di hadapan Rosalinda yang sudah ketara riak wajahnya.

"Patutlah aku tak dapat peluang nak dapatkan Danial.Rupanya,kau dah masuk barisan dulu ya? Kau guna cara apa untuk kahwin dengan dia? Umur muda lagi dah kahwin. Sama ada kau gatal atau ada benda tak elok dah jadi?" Kata-kata Aina membuatkan Rosalinda panas hati.

"Kalau kau tak tahu apa-apa,kau diam. Jangan nak tabur fitnah dekat aku. "

Aina ketawa sinis. Bahu Rosalinda ditepuk perlahan.

"Aku kesian tengok keadaan kau ni. Boleh pula kau gugur ya? Kau kena berterima kasih dekat Mikail sebab tolong kau gugurkan kandungan tu. Kalau kau tak gugur,mesti perut kau dah mula nampak waktu SPM nanti. Habislah kantoi semuanya kan?"

"Lagi satu,aku nak pesan. Tak perlu tunjuk kemesraan kau dengan Danial dekat sekolah ni.  Kalau kau nak tahu,ramai busuk hati tengok kau. Jaga diri tu. Dulu,gugur.Jangan sampai kau jadi mandul terus pula nanti.Kesian ayah kau kena tengok anak dia ni bermadu nanti. Tak pun,jadi janda. Maklumlah,dah tak boleh pakai."

Serta merta pipi Aina ditamparnya. Rosalinda mengetap gigi menahan marah. Geram yang dipendam selama ini tak boleh ditahan lagi.Mulut macam Aina ni memang patut ditampar. Kalau boleh,disagat-sagat guna berus dawai!

"Jaga mulut kau,Aina. Kau tak ada hak nak mengata orang macam ni.Sabar aku ada hadnya." Rosalinda merenung Aina.

Aina masih tersenyum. Dia langsung tidak ralat dengan tamparan dari Rosalinda.

"Aku tak kacau suami kau dah lepas ni. Tapi,aku nak tengok.Selama mana kau boleh bertahan jadi isteri dia. Selalunya orang kahwin muda ni cepat bercerai. Hati-hati ya,Ros.Jangan pikul nama janda pula nanti."

Aina memandang Rosalinda dari atas hingga bawah. Gayanya seperti melihat Ros tidak bermaruah saja. Biadap!

Aina beredar dari tandas tersebut bersama senyuman. Pelajar lain nak dengar? Biarkan! Ada dia kisah? Biar pelajar yang lain nampak dia ditampar oleh Rosalinda.

Biar gadis itu terus di benci.

Rosalinda memandang dirinya sendiri di dalam cermin. Kemudian,dia mengeluh. Sampai bila dia nak kena kecam? Orang duduk diam pun kena kecam apatah lagi kalau bersuara.

Kali ni,dia nekad. Habis sekolah,dia nak ikut Danial duduk di KL. Duduk dekat kampung ni bakal buat dirinya sakit jiwa. Asyik kena mengata je!

Bila dah kahwin,dikatanya ada benda tak elok yang terjadi. Bila tak kahwin,dituduhnya pula berduaan,berzina. Mulut orang memang tak boleh ditutup.


Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now