"Huarghhhh!!"
Humaira menggeliat sambil menegangkan badannya di atas katil. Selepas pulang dari kelas dan selesai solat Asar tadi barulah dia ada masa untuk berehat.
Aysha Humaira merupakan seorang pelajar tahun dua jurusan Psikologi di sebuah universiti awam. Lebih senang dipanggil Humaira kerana sejak sekolah rendah lebih ramai orang bernama Aishah, Aisha, A'isyah dan banyak lagi ejaan yang seangkatan dengan nama pertamanya.
Humaira melihat sekilas apa yang dilakukan kawan-kawan sebiliknya pada petang begini.
Airin, rakannya yang dari sekolah yang sama dan seorang pelajar jurusan Farmasi sedang membelek kertas-kertas di atas meja. Boleh dikatakan Airinlah yang paling rajin belajar dalam bilik ini. Namun, Airin bukanlah seorang yang 'skema' hingga tidak buat perkara lain selain mengulangkaji. Ada masanya mereka outing, makan dan menonton movie bersama.
Humaira menoleh pula ke arah Eleena yang sedang berbaring di atas katil. Eleena yang merupakan pelajar jurusan Undang-undang itu sedang berbual di phone sambil memintal-mintal rambutnya yang perang. Eleena lebih kelihatan moden. Dia sendiri dari keluarga yang berada dan 'open minded'. Dia jarang berada di bilik kerana lebih suka meluangkan masa bersama kawan-kawan yang 'sejiwa' dengannya. Namun dia merupakan kawan sebilik yang baik dan tidaklah sombong seperti mereka sangkakan pada kali pertama berjumpa.
"Airin, buat apa tu?" Humaira menyoal perlahan.
"Aku tengah susun kertas untuk fotostet nanti." Jawab Airin.
"Ooh. Okay okay tak nak kacau." Balas Humaira. Dia tahu pada masa ini wakil kelas seperti Airin akan sibuk untuk membuat salinan nota-nota kelas untuk ahli kelasnya.
Kurang sebulan lagi peperiksaan pertengahan semester akan bermula. Pada masa inilah kemuncak kelas dan banyak assignments perlu dihantar. Dalam tempoh ini semua pelajar mula sibuk menyiapkan pelbagai tugasan disamping membuat persiapan untuk peperiksaan.
"Hahah tak kacau lah, Maira. Kejap lagi setel la ni."
Humaira hanya tersenyum. Dia kemudian mencapai phone dari dalam begnya. Dia membuka Whatsapp untuk melihat jika ada mesej untuknya. Selepas membalas beberapa mesej penting, dia membuka Instagram dan terus membuka bahagian Story.
Tap! Tap! Tap!
Dia hanya melihat sekali lalu story kawan-kawannya di Instagram. Seperti biasa, gambar makanan, video di dalam kereta dan boomerang selfie itulah content yang sering dipamerkan dalam hidup orang lain.
Hinggalah muncul satu story dari salah seorang rakan sekolahnya. Gambar rakan-rakan sekolah mereka yang berjumpa di satu kafe. Mereka berkumpul kurang dari 10 orang kerana universiti mereka saling berdekatan. Dia memerhatikan setiap seorang dari mereka. Saat matanya terpandang satu wajah, air muka Humaira berubah. Bibirnya diketap dan dia menelan air liur. Hatinya mula panas memandang wajah yang dibencinya.
Knock! Knock!
"Assalamualaikum semua! I'm back." Muncul Firzanah yang baru pulang dari kelas. Riuh suaranya memecah kesunyian tadi.
Humaira dan Airin serentak menoleh ke arah pintu.
"Waalaikumsalam. Shhh!" Humaira menjawab salam lalu meletakkan jari telunjuknya di bibir sebagai tanda isyarat untuk Firzanah memperlahankan suara kerana Eleena masih berbual di phone.
"Oops sorry!" Firzanah mula memperlahankan suaranya.
Humaira tersenyum melihat reaksi Firzanah. Firzanah pula pelajar jurusan Matematik. Dialah penyeri bilik ini kerana tanpa Firzanah bilik ini terasa sunyi. Ada saja benda yang kecoh diceritakan dari mulutnya.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...