50

4.4K 145 40
                                    

Humaira tergamam melihat Iqram berada di depannya. Iqram bersama seorang kawan lelaki di sebelah. Rupanya mereka berdua yang sedang berjalan di laluan ini tadi.

"Kau buat apa kat sini?" Iqram menyoal. Matanya memandang sekeliling kerana memikirkan mall ini yang telah tutup dan Humaira berada di sini seorang diri.

"Err...tunggu suami aku. Aku keluar dengan kawan tadi. So aku tunggu suami aku ambik." Jawab Humaira kekok.

"Ooh."

"Kau buat apa kat sini?" Humaira menyoal. Sebenarnya dia sedang menyorok rasa takut.

"Aku ada training tiga hari kat hotel sebelah ni. Tidur sini lah senang cerita. So tadi kitorang baru balik makan. Kejap Maira, kau tunggu sorang je?"

"As u can see." Humaira cuba berlagak tenang. Padahal rasa cuak mula menebal.

Iqram mengangguk perlahan. Dia melihat jalan raya di depan mereka. Ada juga dua buah teksi di bahagian tempat menunggu teksi bersama pemandunya. Dia menoleh pada Humaira sekilas. Malam-malam begini, beraninya tunggu seorang diri?

"Ijat, kau gerak dulu. Nanti aku naik." Iqram memberitahu kawannya itu.

"Okay." Kawannya mula meninggalkan mereka.

Humaira mula tidak selesa kerana hanya mereka berdua di situ.

"Nak aku hantarkan?"

"Eh takpe! Suami aku on the way." Humaira pantas menolak.

Iqram mengangguk faham. Ya lah, kawan lama tak jumpa. Berani ke nak ikut naik kereta?

"Dah 10.30 ni. Ada orang lalu lalang je. Hmm tak apa lah, aku temankan."

'Temankan?! Ishh tak payah la!' Getus Humaira. Sungguh dia tak selesa.

"Eh tak apa la, Iqram. Kejap lagi suami aku sampai."

"Aku....aku risau tengok kau duduk sini sorang-sorang. Teksi depan ni dari tadi tunggu kau. Tambah sini bukan ramai orang pun."

"Kenapa? Takut ada orang jahat? Macam mana aku nak yakin dengan kau pulak?" Selamba Humaira menyoal.

Iqram terkedu. Namun bibirnya cuba mengukir senyuman.

"Okay kau mesej suami kau siap-siap. Cakap aku tunggu dengan kau. Kalau jadi apa-apa, at least dia dah tahu aku orang terakhir dengan kau." Tenang Iqram membalas.

Humaira terdiam. Gila ke apa nak bagitahu suami sendiri dia ada dengan ex? Humaira hanya mengeluh. Dia tidak selesa bersama Iqram tetapi kata-kata Iqram tadi sedikit sebanyak membuatkan dia sedar Iqram tidak akan melakukan apa-apa padanya. Kalau betul Iqram mahu temankan dia, bagus juga. Sekurang-kurangnya tidaklah dia seorang diri saja di sini. Cuma Humaira risau jika nanti Harris lihat Iqram bersamanya.

"Thank you Iqram. Tapi aku tak nak susahkan kau. Esok kau ada training kan?" Humaira menolak dengan cara baik.

"Tak susah pun. Hotel sebelah ni je. Maira, aku tahu kau tak selesa dengan aku kan?" Iqram meneka sambil ketawa kecil.

"Don't worry. Aku berdiri 2 meter dari kau."

Iqram terus melangkah beberapa tapak menjauhi kerusi Humaira. Humaira hanya mendiamkan diri melihat tindakan Iqram. Nak halau tapi takut juga ditinggalkan seorang diri di sini.

"Aku tak nak biar kau sorang-sorang kat sini. Bukan nak kacau kau pun. Aku tak lupa la kau ni isteri orang."

"Okay thank you." Humaira cuba tersenyum nipis.

Iqram merenung Humaira yang hanya memandang skrin telefon. Hatinya ingin sangat mengetahui isi hati perempuan itu. Sebenarnya Iqram sudah tahu tentang perkahwinan Harris dengan perempuan lain. Tidak semua kawan-kawan sekolah mereka tahu tentang hal ini. Dia sendiri terkejut dengar berita itu.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now