11

5K 225 11
                                    

Sejak situasi tegang yang berlaku antara Humaira dan Harris, mereka tidak lagi berjumpa. Tidak pernah sekali pun mereka tertembung di universiti itu. Harris juga sudah terasa hati dengan Humaira. Setiap kali kejadian tempoh hari terlintas dalam fikiran, rasa malu dan bengang menyelubungi dirinya. Dia tidak sangka Humaira akan bertindak hingga tahap memalukannya sebegitu di depan orang lain.

Pada masa yang sama, Humaira pula tidak mahu lagi bertemu dengan lelaki itu. Nombor Harris sudah dipadam. Dia terlalu sakit hati dan kecewa dengan tindakan Harris dalam board meeting kedua. Dua tiga hari ini air matanya tidak berhenti mengalir mengenangkan keputusan ibubapa mereka yang tidak dapat diubah. Puas dia merayu pada ibu dan ayah. Hingga tiada air mata yang keluar ketika dia memujuk ayah. Namun, semuanya hanya sia-sia. Dia sendiri tidak faham mengapa mereka perlu membuat keputusan hingga ke tahap ini.

.

"Nak duduk sini boleh?" Satu suara menegur.

Humaira yang sedang termenung di atas sejadah tersentak. Dia terus menoleh ke arah suara itu.

"Eh Airin. Kau kat sini?" Humaira menyoal Airin yang muncul di sebelahnya.

"Aah. Tadi aku baru habis hospital visit lepas tu ada discussion. Takut lambat nak solat kat bilik, tu yang aku singgah solat kat masjid ni je."

Humaira mengangguk. Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama dia berada di masjid universiti mereka. Dia sering mahu bersendirian sejak kejadian pergaduhannya dengan Harris. Dia merasakan semua perkara yang berlaku ini terlalu berat. Dadanya sering berasa sempit dan dia rasakan di masjid inilah tempat yang paling tenang untuk dia melarikan diri dari masalah itu.

"Kau okay?" Airin mula menyoal.

Dia tersentuh melihat wajah suram Humaira. Matanya bengkak. Kini, mereka sebilik merasai semula suasana suram sama seperti selepas keputusan board meeting pertama kes Humaira. Cuma kali ini keputusan itu sudah diputuskan dan tiada harapan lagi untuk kes itu dibicara semula.

Humaira hanya tersenyum nipis. Cuma menyorok perasaan sebenar.

"What a stupid question, right? Aku tahu kau tak okay. Ada anything new from Prof Zahir?" Airin menyoal.

Humaira menggeleng.

"Parents kau masih sama?" Airin menyoal lagi.

Humaira mengangguk.

"Harris ada cakap apa-apa?" Airin menyoal dengan berhati-hati.

Humaira menggeleng.

"Takkan dia marah lagi pasal haritu?"

"Kalau betul dia marah, dia patut tahu yang aku lagi marah." Humaira membalas.

Airin tahu hati kawannya itu masih terluka. Dia membatalkan niatnya untuk terus menyoal tentang Harris lagi.

"Maira."

Humaira menoleh memandang Airin.

"Aku tahu benda ni berat sangat untuk kau. Tapi aku nak tanya, apa keputusan kau sekarang ni?"

Humaira melepaskan nafas berat. Dia hanya tersenyum senget.

"Apa je aku boleh buat, Airin. Akhirnya mungkin aku terpaksa mengalah. Aku terpaksa ikut cakap parents aku."

Airin mengangguk faham.

"Maira, aku yakin kau dah banyak berdoa, minta Allah beri petunjuk pada kau. Jadi, bila kau buat keputusan ni, aku harap kau betul-betul redha."

"Aku redha? Maksud kau?" Humaira merenung mata Airin cuba memahami apa yang mahu disampaikan.

"It is unfair for you if I ask you to accept everything. It's sound like forcing you to give up. Tapi aku nak cakap yang kalau kau betul-betul akur dengan keputusan parents kau, aku harap kau sendiri pun redha dan ikhlaskan hati kau untuk terima apa yang Allah dah susun semua ni untuk kau. Kau faham kan apa aku cuba sampaikan?"

HUMAIRAWhere stories live. Discover now