64

5.8K 229 35
                                    

Dua hari kemudian...

Tok! Tok!

"Assalamualaikum." Kepala Harris terjengul.

Humaira yang mengintai sedikit terus masam mencuka.

"Harris. Awak ni tak faham ke yang saya dah tak nak jumpa awak?" Humaira terus melepaskan kemarahannya.

Sejak dia mengetahui Harris yang melanggarnya dalam kemalangan itu, hatinya terlalu sakit dan masih belum dapat memaafkan Harris. Dia tidak mahu melihat wajah itu. Tetapi tidak bagi Harris. Lelaki itu masih tidak putus asa dan terus berjumpa dengannya setiap hari. Dan setiap kali Humaira menghambur kemarahannya, setiap kali itulah Harris hanya memekakkan telinganya seolah tiada apa yang berlaku.

"Awak macam mana hari ni?" Soal Harris.

"Awak tak payah tahu lah!"

"Saya kena la tahu. Awak kan isteri saya." Balas Harris selamba.

"Kisah pulak awak. Dulu saya ingat awak dah lupa saya ni isteri awak." Sindir Humaira. Kini, tiada kata manis pun keluar dari Humaira. Setiap katanya sengaja hendak menikam hati Harris agar lelaki itu pergi dari hidupnya.

"Nampak la awak makin sihat kan. Nah saya bawakkan makanan untuk awak." Harris meletakkan sebuah mangkuk tingkat berwarna pastel dan sebuah beg kertas di atas meja pesakit.

Humaira hanya menjeling Harris. Awalnya dia tidak langsung menyentuh semua makanan yang dibawa oleh Harris. Semuanya Airin yang makan. Tapi lama kelamaan dia mula teringin kerana bosan dengan makanan hospital. Harris pula memang pandai memasak. Dia sediakan sendiri semua makanan untuk Humaira yang masih berpantang. Namun, dia perasan Harris seperti tahu dia menunggu makanannya.

'Ish mesti Airin yang report kat dia! Ingat aku nak bagi muka?' Getus Humaira.

Krukk krukk

Tiba-tiba perut Humaira berbunyi. Terbeliak mata Humaira mendengar bunyi itu. Tangannya terus memegang perutnya.

"Wow. What a very good timing. Awak lapar ya? Biar saya hidang makanan ni untuk awak." Harris tersenyum suka mula membuka mangkuk tingkat itu.

"Saya tak nak!"

"Tapi awak lapar kan? Tak elok biar perut awak lapar. Awak tu kena jaga makan." Bebel Harris.

"Tak payah la. Lepas ni pun awak tak payah bawak semua makanan ni."

"Assalamualaikum. Ya Allah sedapnya bau!" Suara Airin muncul.

"Waalaikumsalam."

Airin terkedu seketika melihat Harris di situ. Patutnya dia biarkan mereka berdua seketika. Bonding time kan. Airin terus menapak ke arah katil Humaira. Dia lihat Harris sedang menghidang nasi dan lauk yang dibawanya di atas meja.

"Sedapnya rupa lauk ni."

"Elok la kau sampai Airin. Kau makan la makanan dia bawak ni." Humaira terus bersandar lalu bermain telefonnya.

"Weh rugi kau tak makan, Maira. Sedapnya rupa ayam bakar kau bawak hari ni Harris. Eh memang kau masak ke semua makanan kau bawak hari-hari untuk Maira?"

"Yup. Tapi yang hari ni special sikit."

"MashaAllah pandainya kau masak. Rare lelaki pandai masak ni." Airin tak henti memuji.

Humaira yang mendengar mengetap giginya. Panas betul hatinya selagi Harris di sini.

"Maira, Harris bawak untuk kau ni. Makan la sikit. Nanti ada lebih aku habiskan. Hehe." Airin tersengih.

"Aku tak nak. Kau makan la. Suruh dia balik sekali."

Airin terus terdiam melihat kelakuan Humaira. Wajahnya berubah. Airin tahu Humaira tidak suka Harris senang hati berjumpa dengannya. Airin tahu Humaira terluka selama ini. Tetapi kini dia hanya mahu mereka berdua bersemuka secara baik.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now