19

5.1K 225 17
                                    

Humaira menghempas badannya ke atas katil dengan telekung di kepala. Dia masih tidak percaya dia akan tinggal bersama Harris tiga bulan ini. Kepalanya dinaikkan untuk mengintai ibu dan ayah yang sedang solat di bilik utama ini. Kakinya digerak-gerakkan kerana resah sambil cuba membayangkan hidupnya untuk cuti kali ini.

'Nope. Nope. Impossible thing is about to happen.' Dia menggeleng.

Humaira melihat semula ibu dan ayah. Saat mereka selesai berdoa dia terus bergegas duduk di tepi mereka.

"Please la ayah, ibu. Tidur la sini. Pleaseee." Humaira merengek. Wajahnya benar-benar terdesak saat ini. Dari tadi dia cuba memujuk ibu dan ayah untuk menemaninya tidur di sini.

"Apa Maira ni? Semalam dah janji kan. No. Ayah dengan ibu balik rumah. Maira tidur kat sini dengan Harris." Ayah bertegas. Kalau ikutkan kasihan pada satu-satunya anak perempuannya itu, sebolehnya dia tidak mahu tinggalkan Humaira. Tetapi dia tidak mahu Humaira terus menerus menjauhkan diri dari Harris.

"Itu semalam ayah. Hari ni Maira rasa tak nak tinggal sini. Tengok muka Harris lagi la Maira tak nak tinggal sini." Humaira berterus terang sambil membuat muka.

"Maira tak baik cakap macam tu." Ibu pantas menegur.

"Ibu, ibu tak kesian ke Maira kena tinggal kat sini?"

"Tak. Harris kan ada jaga Maira. Apa guna Harris jadi suami." Ibu sengaja memandang ke arah lain.

"Ibu! Sampai hati cakap macam tu." Humaira menepuk paha ibunya.

"Maira, dengar sini. Ibu ayah kan ada dekat Shah Alam. Apa yang Maira risaukan? Kalau perlukan apa-apa, Maira boleh bagitahu kami. Sekarang ni kami mintak Humaira jalankan tanggungjawab pada Harris je. Kenal antara satu sama lain. Lepas tu belajar hidup bersama." Lembut ibu memujuk.

"Lepas tu bina keluarga bersama. Tambahkan ahli keluarga." Ayah sengaja mencelah. Garang-garang ayah, dia masih suka menyakat anak-anaknya. Dia juga mahu cucu baru!

"Ayah! Tak lawak okay." Humaira menjeling.

Tetapi Humaira akui saat ini dia mula memikir kata-kata ayah. Sejauh mana rumahtangganya dengan Harris akan bertahan? Bolehkah mereka mempunyai hubungan yang baik hingga mempunyai anak?

'Eh kau Maira tak payah pikir jauh. Nak hadap muka Harris pun sakit hati sekarang ni. Suka dia pun tak, inikan nak bina keluarga.' Humaira menepis fikirannya.

"Back to what I was saying, please la stay satu malam. Lagipun tak kesian ke kat kitorang tiba-tiba tinggal sendiri. Nak makan apa, dah la tak ada transport sendiri. Ayah pun tak nak bagi pinjam kereta." Humaira masih merengek. Pelbagai alasan keluar dari mulutnya.

"Harris tu kan ada. Bincang la dengan dia. Dia tu suami." Ayah membalas.

"Dia tu kena paksa jadi suami. Alaa nanti dah la ibu dengan ayah nak pergi rumah Mak Long 2 minggu. Nak teman Maira satu malam pun tak nak." Humaira melawan.

"Maira, jangan risau. Ibu yakin Harris tu suami bertanggungjawab. Semua ni kamu berdua kena belajar sama-sama. Maira jangan la cakap macam kami ni buang Maira." Ibu membalas.

"Maira merayu sangat. Maira masih awkward la dengan Harris tu." Mata Humaira jelas terdesak dengan keadaan ini.

"No." Ayah masih membantah lalu mula bangun dari sejadah.

Humaira mengetap bibirnya. Dia geram dengan ibu dan ayah. Dah paksa dia berkahwin tapi dia terdesak begini tiada siapa mahu menolong.

"Fine." Humaira menjawab.

"Kalau ibu dengan ayah tak nak teman Maira malam ni, it's okay. Ramai je kawan-kawan Maira kat KL ni." Dia menyambung sambil memandang kukunya. Dia cuba mengugut ibubapanya.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now