21

5K 232 11
                                    

Sejak pertengkaran pada malam tempoh hari, hubungan Humaira dan Harris bertambah renggang. Rancangan ibubapa mereka yang mahu mereka tinggal bersama agar hubungan mereka semakin baik nampaknya tidak menjadi. Humaira lebih banyak berkurung di dalam bilik. Sesekali Harris cuba bercakap dengannya tetapi Humaira hanya mendiamkan diri. Hatinya masih tertutup dengan Harris.

Kadang apabila timbul rasa bersalah dalam diri, Humaira tolong masakkan makanan mereka. Sedar juga dirinya kerana takut berdosa pada suami. Tetapi mereka tidak pernah makan bersama. Hari demi hari berlalu. Keadaan semakin janggal dan tegang. Kalau ada orang ketiga di dalam rumah ini, pasti akan berpindah keluar kerana keadaan pasangan tuan rumah ini sendiri.

Hinggalah satu pagi, jam sudah menghampiri 11 pagi. Humaira yang sedang membaca buku keluar ke dapur untuk mengambil air. Dia terlihat sarapan di atas meja yang disediakannya pagi tadi. Sarapan itu masih belum disentuh oleh Harris.

'Dia tak bangun lagi ke? Pelik.' Humaira berkerut.

Biasanya Harris akan keluar awal pagi untuk berjoging di sekitar kawasan taman ini. Tetapi Humaira yakin tiada bunyi seseorang keluar dari pintu rumah pagi ini.

Humaira menoleh ke arah pintu bilik Harris. Dia cuba meneka sama ada Harris sudah keluar bilik atau belum. Dia yakin Harris masih berada di dalam rumah kerana walaupun mereka tidak bercakap, Harris tetap akan menghantar mesej padanya jika dia keluar.

"Tak sedap ke breakfast aku buat?" Humaira berkata perlahan. Tangannya terus mengangkat bihun goreng yang dimasaknya tadi. Dia cuba menghidu bihun goreng itu.

"Sedap je bau." Dia memuji diri sendiri.

'Dia ni mogok ke? Ah lantaklah. Tak nak makan sudah.' Humaira mencebik. Dia terus masuk ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian Humaira keluar semula ke ruang tamu. Dia memilih untuk mengisi masa dengan menonton filem. Hingga tamat satu episod Beyond Evil ditonton, Humaira mula teringat tentang Harris yang masih belum keluar dari biliknya. Humaira bangun dari sofa dan perlahan dia melangkah menghampiri pintu bilik Harris. Telinganya dilekap pada pintu. Senyap sunyi di dalam bilik dan hanya kedengaran bunyi kipas yang berpusing.

'Dia ni ada ke tak kat dalam? Senyap je. Tidur ke?' Humaira mula berteka-teki. Tetapi masih tidak berani mengetuk pintu.

Humaira menoleh pada jam di dinding. Tidak lama lagi akan masuk waktu Zuhur. Sejak tinggal dengan Harris, dia kenal Harris sebagai orang yang menunaikan solat di awal waktu. Jadi pasti Harris akan keluar dari biliknya untuk ke bilik air.

'Okay. Aku tunggu masuk Zuhur sikit lagi. Kalau dia tak keluar jugak, aku....aku....aku nak buat apa?'

Humaira menepis fikirannya lalu menuju ke dapur. Dia mula memasak nasi dan menyediakan bahan masakan untuk makan tengah hari. Dia rancang untuk mula memasak selepas solat nanti.

Humaira hanya bermain phone hinggalah masuk waktu Zuhur. Dia tunggu lagi untuk memastikan Harris keluar dari biliknya. Hampir 20minit dia menunggu, Humaira tekad untuk pergi menunaikan solat Zuhur dahulu. Sepanjang itu dia tidak mendengar pintu bilik Harris terbuka atau bunyi orang memasuki bilik air. Hati Humaira mula tidak sedap.

'Dia ni dah lari dari rumah tinggalkan aku ke?' Humaira mula mengarang cerita sendiri.

Sejurus selesai berdoa, Humaira terus keluar dari bilik. Dia sempat menoleh pada bihun goreng di atas meja. Perlahan kakinya melangkah ke pintu bilik Harris.

'It's okay. Aku just nak make sure dia ada dalam ni.' Hatinya berdebar hendak memanggil Harris.

Tok! Tok! Tok!

Tiada jawapan dari Harris. Bilik itu masih sunyi.

"Harris." Humaira memanggil sambil tangannya masih mengetuk.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now