Firzanah menggenggam tangannya sekuat hati. Peluh halus mula keluar di dahi. Bibirnya diketap lama.
"Okay fine. Aku undi kau berpisah dengan Harris." Akhirnya dia bersuara.
"What?" Airin terus berkerut menoleh pada Firzanah.
"No, aku rasa jangan." Airin pula memberi pendapat.
"Me! Me! I object the divorce. U patut stay dengan Harris, Maira." Tiba-tiba suara Eleena dari telefon Airin turut mencelah. Dia yang berada di UK turut mahu berada dalam perbualan mereka.
"Ni lagi sorang. Rajin sangat korang video call dia dah kenapa? Kau kat sana bukan waktu tidur ke, Eleena?" Humaira menjeling.
"Tak apa, demi u i sanggup tak tidur."
"Eleh padahal nak call boyfriend." Firzanah mencebik.
"Okay good Eleena. Dah ada dua votes pilih jangan bercerai." Kata Airin yakin.
Hari minggu kali ini Humaira sengaja berjumpa dengan kawan-kawan baiknya. Akhirnya dia membongkar niatnya untuk meminta cerai daripada Harris. Tapi cerita selebihnya hanya disimpan terutamanya tentang Zaileen.
Humaira merenung tajam kawan-kawannya. Dia mengeluh panjang.
"Bila masa pulak aku suruh korang undi aku kena bercerai ke tak? Aku nak korang bagi pendapat je." Mata menjeling setiap dari mereka.
Dia terus menoleh pada Akeef di sebelah Firzanah. Geram betul hari ini Firzanah angkut sekali si Akeef ni. Eloklah! Ramai-ramai mereka berbincang untuk buat keputusan hubungan Humaira dan Harris. Padahal Humaira baru saja membuka cerita niatnya untuk bercerai dengan Harris. Dah kecoh restoran ini dengan suara mereka berdebat untuknya. Pening kepala!
Humaira menoleh pula pada bayi perempuan Firzanah dan Akeef yang baru sahaja lima bulan. Dia terus memegang tangannya yang sedang terbaring di dalam stroller.
"Alala kesian Aufa kan. Terpaksa join majlis debat makcik-makcik ni." Kata Humaira sambil mengagah Aufa.
"Aufa pun kena undi jugak!" Balas Firzanah selamba.
Mereka serentak ketawa.
"Okay why you want them to seperate, Fir?" Eleena menyoal.
"Sebab tengok la sendiri perjalanan hubungan diorang dari awal. Dah la kena fitnah teruk, kena kahwin paksa, pastu Harris tinggalkan Maira pergi Aussie. Bila dah elok bahagia, elok pulak Zaileen datang. Korang tak kesian ke dekat Maira?"
"Tapi bukan dulu kau bukan main kata setuju aku kahwin dengan Harris?" Soal Humaira.
"Err... tu dulu. Mana nak tahu Harris tu berubah." Firzanah terkedu.
'Sebenarnya Harris tak berubah. Aku yang tak mampu ubah hati dia untuk aku.' Bisik Humaira dalam hati.
"Tapi sekarang, aku paling heartbroken sebab Harris sendiri yang langgar kau. That's the point when I think enough is enough." Sambung Firzanah.
"Harris tak sengaja, Fir." Airin pula memotong.
Kepala mereka semua beralih pada Airin pula.
"Memang selama ni aku ada dengan Maira lepas dia lari dari Harris. Aku sendiri marah dengan apa yang jadi. Tapi bila aku tengok Harris kat hospital tu, seriously nampak sangat dia risaukan kau, Maira. Maksudnya apa? Harris still sayangkan kau." Airin mengeluarlan hujahnya.
"Sayang je tak guna kalau dia tak adil." Tepis Firzanah sambil mencebik.
Akeef terus memandang isterinya yang penuh semangat.
"I pulak tak nak u bercerai dengan Harris sebab, u all dah went through so many things. Takkan nak give up macam tu je. It hasn't been ten years. And kalau u all bercerai, nanti another history and rumours pulak kat alumni universiti kita. 'Couple kahwin paksa akhirnya berpisah jua'. Tak ke sedih?" Penuh perasaan Eleena memberi pendapatnya siap beri tajuk artikel.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...