Harris berjalan menuju ke wad di mana Zaileen berada. Jantungnya berdegup laju hendak berhadapan dengan Zaileen hari ini. Rahangnya jelas menahan ketap giginya. Sempat Harris ke kaunter jururawat memberi pesanan sesuatu.
"Assalamualaikum." Harris menolak daun pintu.
"Waalaikumsalam." Zaileen terus bangun dari katil.
Dia lihat wajah Harris hari ini berbeza. Sebelum ini sejak Humaira hilangkan diri, wajah Harris muram. Tetapi hari ini Harris kelihatan dingin.
Tap!
Zaileen terkedu melihat Harris mengunci pintu bilik itu. Namun, dia cuba berlagak tenang.
"How was it?" Zaileen menyoal tentang berita Humaira. Harris menggeleng sambil duduk di sebelah katil.
"Saya pergi cari Maira lepas lunch semalam. Tapi, Maira tak ada. Dah resign." Balas Harris bersahaja.
"Ooh." Riak wajah Zaileen berubah hampa.
Sekarang dia benar-benar mengharapkan Harris menjumpai Humaira. Kerana dia tidak tahu sampai bila hubungannya dengan Harris akan berpanjangan. Dan bila dia sudah tiada dalam hidup Harris, sekurang-kurangnya biarlah Harris dapat berada di sisi perempuan yang disayangi seperti Humaira.
Namun, nampaknya semua seperti telah terlambat. Humaira sudah tiada. Tetapi Zaileen tidak mahu menangguh lagi. Cukuplah dia melakukan kesilapan hingga merosakkan hubungan Harris dan Humaira.
"Emm doktor kata saya boleh discharge esok." Kata Zaileen.
"Really? Esok awak bagitahu saya dalam pukul berapa. Nanti saya ambik." Harris masih cuba menjaga nadanya.
"Tak apa. Mama kata mama nak ambik saya esok."
Harris mengangguk perlahan sambil merenung wajah Zaileen. Dia hanya bersetuju. Rasa panas masih disimpan dari rumah tadi.
"Harris." Bergetar suara Zaileen memanggil.
Harris memandang tepat pada mata Zaileen. Jarang sekali Zaileen menyebut namanya.
"Emm...."
"Keep your words for later. I nak tanya u dulu." Harris memotong.
"Doktor kat sini tak ada ke follow up your cancer? Memang la doktor u tak ada kat hospital ni. Tapi takkan takde langsung specialist lain datang tengok u?"
"Err tak ada pulak. Diorang tak refer kot sebab I tak nak kan."
"Ooh. I see. I thought it is not simple as that." Balas Harris. Tetapi seakan memerli.
"Ke memang tak perlu refer u pun?" Sambung Harris.
Tangan Harris terus melempar sekeping sampul surat coklat di tangannya ke depan Zaileen. Zaileen tersentak dengan kelakuan Harris. Wajahnya berubah. Hatinya terlalu berdebar. Dia takut jika Harris mengetahui dahulu apa yang dia mahu beritahu. Dengan tangan menggeletar Zaileen perlahan mengambil sampul surat itu.
"Apa ni?" Soal Zaileen berkerut.
"Baca la." Balas Harris. Wajahnya jelas dingin dengan bersandar pada kerusi.
Zaileen terus membuka sampul surat itu. Dikeluarkan kertas-kertas dokumen palsu rekod kesihatannya selama ini yang mendapat pengesahan Dr Syazwan. Bersama itu ada laporan polis tentang kes Dr Syazwan dan nama-nama pesakit yang terlibat bersama surat pengakuan Dr Syazwan. Wajah Zaileen serta merta berubah pucat. Melihat perubahan wajah itu, Harris tahu is kandungan surat yang diterimanya tadi adalah benar.
"Mana u dapat ni?" Soal Zaileen.
"Penting ke u nak tahu?"
Zaileen menelan air liur kesat. Semakin laju jantungnya berdegup apabila melihat mata Harris sudah penuh api kemarahan.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...