15

4.6K 223 27
                                    

Semester baru telah bermula. Kelas sudah diadakan sejak hari pertama lagi. Humaira juga menjalani hari-harinya seperti biasa.

Tahun ini mungkin akan lebih sibuk kerana terdapat beberapa assignment yang perlu dia lakukan di kawasan luar universiti. Namun, Humaira hanya mahu menjalani pengajiannya dengan tenang tahun ini kerana terlalu banyak masalah yang berlaku padanya semester lepas. Cukuplah semua memori pahit itu ditinggalkan dalam semester lalu.

Cuma kali ini statusnya sudah berbeza. Dia kini dikenali sebagai isteri Muhammad Adam Harris. Mungkin bagi sesetengah pelajar menganggap dia isteri 'terpaksa' dan mungkin ada yang menganggap dia isteri 'instant' kerana ada yang masih percaya tentang kejadian malam itu. Bukan mudah untuk dia hapuskan khabar angin buruk itu sekelip mata.

Petang itu, Humaira dan Airin meluangkan masa berdua di kafe. Mereka berdua terserempak ketika dalam berjalan pulang dari kelas masing-masing tadi.

Sambil menghirup Matcha ice blended, Airin memerhatikan Humaira yang leka memandang skrin phone. Dia teringat dari hari pertama sampai di bilik hostel, rakan-rakan sebiliknya sudah riuh bertanyakan tentang hubungan Humaira dan Harris. Mereka ingin tahu sejauh mana hubungan kawan mereka ini sebagai pengantin baru yang 'dipaksa'. Tetapi, Humaira hanya membalas jawapan yang samar-samar sahaja.

"Okay je lah. Semua okay."

Mereka tahu Humaira tidak mahu menceritakan semua perkara. Jadi mereka menghormati privasi Humaira dan menerima jawapannya yang semua baik-baik sahaja.

Tetapi tidak bagi Airin. Dia lebih kenal Humaira berbanding Firzanah dan Eleena.

"So Maira, kau ada jumpa Harris ke kat sini?" Soalan terpacul dari mulut Airin.

Air diteguk Humaira terus ditelan saat mendengar soalan Airin. Matanya memandang kawannya itu.

"Kenapa kau tanya?"

"Saja la tanya. Kau kata kau okay dengan dia. Mana tahu korang dah start nak reconcile, nak create hubungan husband and wife yang baik. Ke korang dah saling mengenali dah cuti hari tu?" Airin tersengih seperti ada makna.

"No way. Kenal dia pun tak, nak create hubungan suami isteri yang baik? Haha." Humaira ketawa sinis. Hatinya masih sama. Masih panas dengan lelaki itu. 

"So kau tak jumpa Harris kat sini?"

"Tak." Humaira membalas pendek.

'Tak payah jumpa lagi bagus.' Dia sempat mengomel dalam hati.

"Serious lah? So dua minggu ni korang tak pernah jumpa?" Airin seolah tidak percaya.

Humaira menggeleng.

"Whatsapp?"

Humaira menggeleng sambil menggigit straw di dalam cawan.

"Pening aku. Tak apa lah, sebab korang pun baru lagi kahwin kan, baru nak kenal. So apa korang buat cuti hari tu? Wait, I mean korang ada ke pergi mana-mana, atau buat apa-apa spend time together?" Hati-hati Airin meyoal, takut Humaira salah faham soalannya.

Humaira terdiam. Dia menggigit bibirnya dan akhirnya perlahan menggeleng.

"Aku....balik rumah aku lepas majlis rumah Harris."

"What? So kau jumpa Harris tiga hari je?" Airin mula meninggikan suaranya kerana terkejut.

Humaira cepat-cepat menoleh melihat sekeliling. Ada beberapa pasang mata memandang mereka.

"Shhh! Nanti orang lain dengar lepas tu sebar cerita macam mana? Kau ni jangan la terkejut sangat. Ya, aku tak nak duduk dengan Harris. Aku tak ready. Memang aku mintak kat parents aku yang aku nak balik rumah lepas majlis selesai."

HUMAIRAWhere stories live. Discover now