Epilog

12.1K 327 59
                                    

Setahun kemudian...

Ketika angin laut sedang meniup, kawan-kawan Humaira sedang berkumpul di tepi pantai. Masing-masing sibuk dengan tugas sendiri. Tangan Firzanah dan Airin laju menyusun pinggan dan bekas-bekas makanan di atas tikar. Raziq pula sedang membawa makanan lain dari kereta. Firhad dan Akeef juga bergegas menyusun belon-belon helium yang berwarna putih dan biru langit di sekeliling tikar.

"Okay nice! Sini sini, one bundle please." Suara Eleena memberi arahan memenuhi kawasan itu. Akeef terus meletakkan seikat belon helium di bucu tikar.

"Eh kau ni. Dari tadi jadi boss. Sini la susun bantal ni cepat!" Getus Firzanah pada Eleena. Geram pula dari tadi suara Eleena kecoh memberi arahan.

"Kejap la, baby. Diorang ni tak tahu pun nak susun balloon deco ni." Balas Eleena dengan kaca mata hitam besar pada wajahnya.

Akeef dan Firhad hanya menggaru kepala. Memang tak reti bab menghias ni. Dan ini semua idea Eleena hendak mengadakan parti di tepi pantai dengan tema beach picnic. Biasalah perempuan, kalau boleh semua benda nak bertema demi gambar yang cantik. Jadi semua sudah diberi tugas masing-masing untuk persiapan ini.

"Okay done. I'm coming!" Selepas selesai menyusun belon, Eleena terkedek-kedek menanggalkan kasutnya dan berpijak ke atas tikar. Dia terus menyusun bantal-bantal putih dan biru langit yang dibawa untuk melengkapkan lagi deko picnic mereka.

"Kek sudah, pinggan, cutleries and cawan sudah, makanan semua sudah." Firzanah memeriksa semula meja yang sudah disusun.

"Deco pun settled kan." Airin pula berkata.

"Yup. Phewww! Rasanya okay dah kan. Ishh sekarang ni, mana Harris ni?" Eleena berkerut. Jam di tangan dilihat sekali lagi.

"Tu lah. Kata dah sampai pulau. Tapi dah setengah jam tak ada respon pun." Balas Airin.

"Maybe dia tak boleh nak tengok phone kot. Maklumla nak jaga dua anak." Akeef selamba menyindir.

"Eleh. Awak nanti macam mana pulak? Baru anak sorang pun kadang tak reply mesej saya." Firzanah balas semula.

Akeef dan yang lain terus melepaskan ketawanya. Kena sebiji dari Firzanah. Bukan tak nak balas mesej. Kadang bila Akeef menjaga Aufa, dia sekali turut terlelap.

"Dah tepi sikit semua. Aku nak ambik gambar set up meja kita ni. Bukan senang nak buat parti jauh-jauh macam ni." Airin memberi arahan.

"Aah la. I want to take pictures too!" Eleena turut menekan skrin telefonnya.

"Eh, tu Harris." Firhad bersuara.

Semua mata menoleh ke arah Harris yang berjalan dari arah parkir kereta. Bibir mereka semua tersenyum melihat bapa kembar itu melangkah ke sini. Harris segak berkemeja putih bersama jeans biru cair. Kaca mata hitam pula menaikkan lagi aura maskulin Harris.

"Uuuu twin's hot daddy is coming." Kata Akeef.

Bayi kembar didukung di kiri dan kanan Harris. Pejam celik mereka pun sudah berumur setahun empat bulan. Dan paling seronok sekali, dapat pula kembar sepasang lelaki dan perempuan. Adam Hayder dan Aysha Haura. Adam Hayder turut segak mengenakan kemeja putih. Manakala Aysha Haura pula comel dalam embroidery dress bersama cekak riben berwarna biru cair.

"Ehhh! Jangan la tarik spec daddy." Tiba-tiba terdengar suara Harris menjerit.

Tindakan tangan kecil Adam Hayder merentap kaca mata hitam Harris sangat kena pada masanya. Semua mereka berdekah ketawa. Terus hilang aura macho Harris tadi. Namun, kerana tangannya penuh mendukung anak-anaknya, Harris hanya redha Hayder sudah merampas kaca matanya.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now