Hujung minggu itu, seperti yang dirancang Harris membawa Humaira dan Zaileen ke rumah mama. Mama sendiri tak habis bertanya bila mereka akan ke rumah.
Selepas selesai makan tengah hari, sambil mengemas mama memerhatikan gelagat dua menantu perempuannya di dapur. Kadang mama kagum dengan ketentuan Ilahi. Ada seorang anak lelaki, tapi merasa ada dua menantu perempuan. Mama menoleh pula pada Harris yang muncul dengan luggage yang baru hendak dibawa ke bilik.
Tiba-tiba mama terfikirkan sesuatu. Dia terus keluar dari dapur menuju ke arah Harris.
"Harris tidur dengan siapa malam ni?" Selamba mama menyoal. Nak tahu juga siapa yang dapat tidur dengan Harris di bilik tidur anak lelakinya ini.
"Haa?" Harris tercengang dengan soalan mama.
"Ya la mama saje je tanya." Mama tersenyum senget.
"Tidur dengan mama la."
"Eh. Apesal pulak? Awak tu ada dua isteri dah, nak tidur dengan mama pulak."
"Harris tidur dengan mama. Maira dengan Zaileen tidur kat bilik Harris." Harris selamba membalas lalu menuju ke arah tangga.
"Eeii tak nak mama!" Mama membuat muka.
Harris ketawa kecil sambil menaiki tangga. Namun, senyumannya mati apabila pandangan ditoleh ke depan. Dia kembali kusut dengan masalah itu.
Ikutkan malam ini memang gilirannya tidur dengan Humaira. Tetapi sejak di rumah tadi, Humaira sudah berpesan memintanya tidur dengan Zaileen di rumah mama. Mungkin Humaira masih dengan sikap keras kepalanya. Dan Humaira tahu Zaileen tidak mahu 'ditinggal' keseorangan di rumah mama. Biarlah dia rela tidur di bilik Hannani saja. Tambah adik iparnya itu tiada di rumah.
Harris hanya mengeluh panjang. Kalau Humaira asyik melarikan diri begini, sampai bila dia tidak dapat menyelesaikan ketegangan antara mereka.
.
Tok! Tok! Tok!
"Ya mama. Masuklah." Humaira menyahut.
Mama terus masuk ke dalam bilik Hannani di mana Humaira berada. Bibirnya tersenyum melihat Humaira bertelekung di atas sejadah. Telekung yang dipakai Humaira itu adalah pemberiannya sempena ulang tahun pertama perkahwinan Harris dan Humaira dulu. Hatinya tersentuh melihat Humaira.
"Aysha dah habis solat ke?"
"Dah mama. Baru habis ngaji sikit."
"Ooh. Tak apa ke mama masuk ni? Takut Aysha nak tidur dah." Mama mula duduk di atas katil.
"Eh mestilah tak apa! Ni rumah mama kan. Lagipun Aysha belum mengantuk lagi." Humaira ketawa kecil.
Mama hanya tersenyum.
"Harris dengan Zaileen kat depan ke?" Soal Humaira.
"Tak. Diorang dah masuk bilik dah." Mama membalas tenang.
"Ooh." Humaira mengangguk.
"Aysha."
"Ya mama." Mata Humaira terus bertentangan dengan kolam mata mama.
"Aysha....aysha okay ke dengan keadaan sekarang ni?" Mama teragak-agak hendak menyusun kata.
Bibir Humaira terkunci. Dia tahu apa maksud mama. Kini mama semakin ambil berat dengannya. Setiap kali pulang ke sini, mama sering bertanya keadaannya dengan Harris. Humaira tahu mama risaukan keadaannya. Mama sendiri sangat faham kerana pernah berada di kedudukan yang sama. Cuma Humaira tidak mahu mama risaukan dirinya.
"Okay je mama." Humaira tersenyum memandang ibu mentuanya.
"I hate that smile. Mama tahu Aysha sorok banyak benda. Betul tak? Mama faham sebab mama pernah ada kat tempat Aysha."
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...