61

6.4K 225 28
                                    

"Eehh!!"

Sekuat hati kakinya menekan brek apabila terlihat seorang kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan tiba-tiba muncul meluru di depan ke keretanya. Tangannya kuat menggenggam stereng untuk mengawal pergerakan kereta. Telinganya berdesing mendengar bunyi tayar yang bergesel.

Banggg!!!

Bunyi hentakan itu membuatkan Harris menutup matanya. Tangan masih erat di stereng. Tubuhnya mula menggeletar. Jantungnya berdegup laju kerana ketakutan. Nafasnya mula laju.

"Rayyan!!" Terdengar suara jeritan seorang wanita.

Harris mula membuka matanya. Dia lihat orang ramai mula berlari berkerumun di depannya.

"Allahuakbar! Rayyan!" Suara wanita itu menjerit lagi.

"Tolong! Akak ni tak sedar!!" Harris terlihat seorang lelaki menjerit berlari ke depan.

Semakin laju jantung Harris berdebar. Tangannya mula sejuk. Dia terlalu takut jika dia telah melanggar kanak-kanak yang tiba-tiba muncul berlari dari tepi jalan tadi. Semakin Harris takut apabila dia mendengar suara wanita yang menarik kanak-kanak itu meraung. Itu pasti ibunya.

'Ya Allah. Aku dah langgar budak tu ke?' Tubuh Harris semakin sejuk.

Dengan rasa berdebar, Harris mula membuka tali pinggang keledar lalu keluar dari kereta. Kakinya mula berjalan lemah ke depan kereta.

"Bang, perempuan tu kena kereta abang tadi." Kata seorang lelaki awam di tepi keretanya dengan wajah cemas.

"Perempuan?" Kata Harris.

Harris terus melangkah. Ketika itu telinganya mendengar tangisan kanak-kanak lelaki. Dia terus menoleh ke tepi jalan. Kanak-kanak itu sedang menangis dalam dakapan seorang wanita yang turut menangis. Tetapi wanita itu bukanlah yang merentap kanak-kanak lelaki itu di depan matanya tadi.

Semakin lemah tubuh Harris apabila matanya beralih ke arah kerumunan orang ramai. Mata mereka tertumpu pada dirinya yang telah melanggar mereka. Tubuh Harris menggeletar kerana hari ini dia seolah menjadi pesalah kerana melanggar orang.

Harris melihat perempuan yang menarik kanak-kanak lelaki itu tadi sudah terbaring di atas jalan raya. Di sisinya ada seorang lagi perempuan yang sudah dibanjiri air mata. Perlahan Harris berjalan menuju ke arah mereka.

"Maira....Maira...jangan tinggalkan aku! Mengucap Maira. Tolong panggil ambulans!" Jerit perempuan yang memeluk tubuh yang terbaring di atas ribanya.

Ketika itu, bulu roma Harris terus berdiri. Terdengar nama itu membuatkan jantungnya seolah terhenti.

"Saya dah call cik." Seorang lelaki awam di situ memberitahu.

"Maira! Please bukak mata kau! Tahan sikit Maira. Ambulans on the way."

Tangisan suara perempuan itu semakin dekat di telinga. Harris terus menapak menghampiri mereka berdua. Namun, langkahnya mati serta merta.

Nafas Harris rasa terhenti. Tubuhnya seolah mati. Matanya terkunci pada sekujur tubuh yang dipenuhi luka calar. Wajah perempuan itu ialah wajah yang nantikan selama ini. Tetapi Harris berharap semua ini satu mimpi.

"Harris?" Suara yang amat dia kenal menegurnya.

Jika benar yang menangis itu Airin, maka benarlah tubuh yang terkulai itu Humaira. Humaira yang dia tunggu kepulangannya hingga ke hari ini. Tetapi, hatinya hancur pertemuannya dengan Humaira dalam keadaan begini.

"Maira...." bibir Harris bergetar tidak mampu mengatakan apa-apa.

Kaki Harris terus melangkah mendekati Humaira. Airin sekilas melihat kereta yang melanggar Humaira. Baru dia sedar bahawa itu ialah kereta Harris. Jadi Harrislah yang melanggar Humaira tadi.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now