Harris tercegat di depan bangunan pejabatnya. Dia kini bekerja sementara di sebuah syarikat kecil yang menyediakan khidmat reka bentuk bangunan. Walaupun gajinya tidaklah seberapa tetapi dia rasakan kerja ini berguna untuk kemahirannya dan paling penting pejabat itu dekat dengan rumah sewa mereka.
Dari tadi Harris kelihatan resah sambil memegang phone di telinga. Jari Harris laju mematikan panggilan dan menekan semula untuk menghubungi Humaira. Namun, dia hampa Humaira tidak mengangkat panggilannya.
"Mana pulak dia ni?" Harris mengigit bibirnya.
Sekali lagi dia cuba menghubungi. Tetapi panggilan itu masih tidak diangkat. Dia memeriksa mesej di Whatsapp tadi pun masih tidak dibaca.
"Harris, tu Lukman dah sampai." Daniel yang berada di dalam kereta memanggil melalui tingkap. Memang mereka berjanji untuk jumpa di depan bangunan pejabat Harris selepas habis waktu kerjanya.
Harris menoleh pada Daniel lalu memandang Lukman yang sedang menuju ke arah mereka. Harris mengeluh kerana masih berdebar tetapi dia cuba tersenyum pada Lukman.
"Wei Lukman, sihat?" Harris menghulur tangannya dan mereka berpelukan.
"Sihat. Kau apa cerita?"
"Sihat lah. Alhamdulillah."
"Mestilah sihat. Ada isteri jaga kat rumah." Daniel mencelah. Lukman tergelak melihat Daniel menjengul kepala di tingkap.
"Kau dah kenapa dalam kereta?" Soal Lukman.
"Malas lah berdiri kat luar. Haish mana pulak Amirul ni?" Daniel merengek.
"Banyak bunyi lah kau ni. Kejap lagi dia sampai la. Dia dari Putrajaya kot."
Harris hanya mendiamkan diri. Kawan-kawan karate di universitinya dulu merancang untuk berjumpa malam ini. Tetapi apa yang buatkan dia resah apabila Daniel, Lukman dan Amirul tiba-tiba merancang hendak singgah ke rumahnya dan Humaira sementara mereka menunggu kawan-kawan lain. Alasan kata nak tumpang bertanggak tapi dia tahu perangai kawan-kawannya yang sengaja hendak mengunjungi rumah mereka. Harris tahu niat mereka hendak melihat hubungannya dan Humaira selepas berkahwin.
Tetapi dia sebagai kawan, tidak sampai hati hendak menolak. Tambah lagi mereka dari jauh. Jadi, dia terpaksa menerima kunjungan mereka.
Harris yang baru habis kerjanya hari ini, mula bimbang. Dari tadi dia memikirkan keadaan di rumahnya. Mana tak risau orang nak datang rumah secara mengejut, kantoilah dia dan Humaira tidur asing!
Jantungnya dari tadi berdegup laju. Jarinya pantas sekali lagi cuma menghubungi Humaira.
'Please please please angkat.'
"Hello." Suara mamai Humaira muncul.
Harris tersentak seketika. Dia sangat lega akhirnya Humaira mengangkat panggilan.
"Humaira." Harris memanggil dengan suara berbisik.
"Hmmm?" Humaira masih menutup mata. Suaranya serak baru terjaga dari tidur.
Harris berjalan beberapa langkah menjauhi kereta Daniel supaya tidak didengari kawan-kawannya.
"Awak tidur ke? Sorry. I have sent messages in Whatsapp but you haven't read them. Humaira, please listen. Kawan-kawan saya nak datang rumah."
"Haaa?!" Humaira yang berada di atas katil terus bangun terduduk. Matanya terbeliak kerana mula gelabah.
"Ya kawan-kawan saya kat U dulu nak datang."
"But why?" Humaira mula tidak senang.
"Kitorang memang nak jumpa malam ni. Tapi tiga orang kawan saya nak tumpang kejap sementara kawan-kawan lain sampai KL. And diorang nak solat Maghrib kat rumah. I'm so sorry for the late notice. Tapi dari tadi saya call awak tak angkat."
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...