17

5K 230 13
                                    

Humaira melihat jam di tangannya yang menunjukkan tepat jam 5 petang. Matanya sempat melihat gelang Pandora yang bersinar di sebelah jam tangannya. Dihujung gelang itu terdapat buah chamber berbentuk hati. Bibirnya mengukir senyuman mengingatkan gelang yang dihadiahkan oleh kawan-kawan sebiliknya dua bulan lepas. Puas dia mencari sebab hadiah itu diberikan tetapi alasan mereka hanya 'saja'. Dia hanya menganggap mungkin mereka sengaja mahu menceriakan dirinya yang sudah lama asyik ditemani kesedihan.

Humaira terus mengemas buku dan kertas-kertas di atas meja. Ralit dari tadi dia berada di perpustakaan universiti hingga tidak sedar sudah masuk waktu Asar.

Kakinya terus melangkah menuju ke lobi. Humaira singgah ke satu sudut untuk menggunakan mesin yang disediakan untuk meminjam buku. Kalau buku ini tidak penting untuk dibuat assignment, memang tak lah dia nak usung buku ini ke hostel.

"Okay siap." Humaira berkata perlahan sambil tersenyum puas hati.

Terus dia menuju ke pintu utama untuk keluar. Sementara itu tangannya yang memegang phone laju menaip mesej untuk dihantar kepada group kawan-kawan sebiliknya.

Humaira: Korang, dah habis kelas ke? Malam ni dinner kat kafe Student Center on tak?

"Hi. Ni mesti Aysha Humaira kan?" Ada satu suara menegur Humaira dari arah depan.

Humaira terus mengangkat mukanya kerana terkejut. Tapi dia tidak hairan kerana satu universiti ini sudah mengenalinya.

Langkah Humaira terhenti. Dia memandang wajah perempuan yang tepat memandangnya. Fikirannya ligat cuba mengingati perempuan ini. Tetapi tiada memori yang dia mengenali perempuan ini di mana-mana. Dia mula menganggap mungkin pelajar dari fakulti yang mengenalinya.

"So betul kau ni Aysha Humaira?" Suara itu mula tinggi.

Humaira terkedu. Pelajar lain lalu lalang di luar pintu perpustakaan turut memandang mereka. Pada masa ini pula peak hour pelajar pulang dari kelas.

Humaira merenung perempuan itu. Tinggi sedikit dari dia dan cantik orangnya. Wajahnya cerah dan mungkin orang akan menganggap dia ada keturunan Cina. Lama-lama dia perhatikan wajah perempuan ini, terus satu nama muncul dalam ingatannya. Ya, dialah orangnya.

Zaileen.

Jantung Humaira terasa seolah terhenti. Kenapa lambat sangat kau nak ingat sedangkan dulu Firzanah pernah tunjuk dekat kau gambar perempuan ni? Tidak pernah dia sangka perempuan ini akan muncul dan mahu berjumpa dengannya.

"Aku tanya kan?" Perempuan itu mula menghampiri Humaira dengan wajah angkuh.

Humaira berkerut. Dia mula tidak senang dengan nada Zaileen. Dia tidak sangka wajah Zaileen yang kelihatan lembut itu berkata sebegitu.

"Ya, saya Aysha Humaira. Ada apa ya?"

Zaileen mendengus sinis. Sudah lama dia tunggu saat ini dapat berdepan dengan Humaira, perempuan yang telah merampas cinta hatinya. Selama ini dia berdiam diri kerana tidak percaya Harris akan meninggalkannya dan malah berkahwin dengan perempuan yang dia sendiri tidak pernah dengar kewujudannya. Tetapi kini dia tidak akan berdiam diri dan sekurang-kurangnya dia mahu berjumpa sendiri dengan Humaira.

"Kau kenal aku siapa?" Soal Zaileen penuh sombong.

"Tak." Humaira membalas selamba tetapi masih cuba bermanis muka.

Riak wajah Zaileen berubah. Semakin menyampah dia melihat wajah Humaira. Dia tahu kekasihnya itu 'popular' di sini, takkan perempuan di depannya ini tidak kenal siapa teman wanita Harris.

"Lama aku tunggu masa ni nak jumpa kau. Aku nak tengok sendiri depan mata aku perempuan mana yang ambik Harris dari aku." Zaileen berkata sinis. Wajahnya jelas sedang menahan rasa marah.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now