46

3.5K 169 27
                                    

Harris menyuap perlahan sandwich tuna yang disediakan oleh Humaira pagi ini. Matanya sesekali memandang Humaira di kanannya dan Zaileen di kirinya. Keadaan sepi tiada yang mulakan perbualan. Kiranya sudah hampir seminggu Zaileen tinggal di rumah ini sejak Humaira bersetuju permintaannya tempoh hari. Hubungan mereka masih baik dan seperti biasa.

Tetapi Harris risaukan Humaira. Humaira ikhlas bersetuju dengan permintaan Harris dan dia masih jalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Dia turut membantu menjaga Zaileen. Bukanlah Humaira bermasam muka, cuma Humaira tidak lagi seperti dulu. Humaira tidak ceria dan kurang 'bermanja' dengannya. Atau lebih tepat, Humaira kini kelihatan matang. Mungkin prinsip Humaira mahu menjaga batasnya di depan Zaileen.

Tiba-tiba Humaira bangun. Dia terus ke dapur mencuci pinggan.

"Saya pergi dulu ya." Humaira menuju ke sebelah Harris untuk bersalaman.

"Sayang, saya hantar awak eh hari ni?"

"Eh tak payah la." Humaira berkerut. Jarang-jarang Harris nak hantarkan.

"Alaa saya awal lagi ni. Saya hantarkan eh?"

"No need, thank you. Tak apa awak sambung makan." Humaira menuju je meja ruang depan untuk mengemas barangnya yang hendak dibawa ke tempat kerja.

Wajah Harris berubah hampa. Humaira yang perasan terus rasa bersalah.

"Bukan saya tak nak, tapi nanti pukul 10 saya kena pergi visit program. Saya malas nak naik van rehab center tu takut ramai staf lain yang nak naik van tu jugak. Baik saya drive sendiri kan?" Terang Humaira lembut.

"Ooh i see. Okay kalau macam tu kita keluar sekali." Harris terus bangun. Humaira hanya mengangguk.

"Baby, it's okay. Saya basuhkan." Zaileen sempat menghalang apabila Harris mula mengangkat pinggan.

"Thank you." Harris tersenyum.

Zaileen turut bangun hendak menghantar Harris pergi ke pintu. Dia tercegat melihat mereka berdua bergegas untuk tempat kerja masing-masing. Terbit rasa kesal dengan keadaan dirinya. Dia sendiri rindu mahu ke tempat kerja.

Zaileen terus bersalaman dengan Harris sebelum Harris keluar pintu.

"Nanti kirim salam kat mama tau. And update me about your check up." Harris menyentuh kepala Zaileen.

Zaileen hanya tersenyum mengangguk. Hari ini dia dan mama akan berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatannya.

Zaileen hanya berdiri di pintu melihat mereka. Humaira pula terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta. Doa memulakan perjalanan tidak pernah lupa dibaca.

Tok! Tok!

Tiba-tiba, Harris muncul mengetuk cermin tingkapnya. Humaira terus menoleh hairan. Kenapa pulak ni?

"Open the door."

Humaira yang terpinga-pinga terus membuka lock kereta. Perlahan Harris membuka pintu.

"Kenapa awak?"

Chupp!

Terbeliak mata Humaira apabila Harris mengucup kepalanya.

"Sayang." Humaira cuba tidak menjerit. Dia panik.

Chupp! Chupp!

Dua kali kucupan lembut di pipi kanannya lebih mengejutkan Humaira. Matanya terus melihat Zaileen di pintu. Zaileen hanya tersenyum nipis melihat kemesraan mereka.

"Awak, malu la Zaileen tengok." Bisik Humaira.

"Biar la. Saya dah lama tak cium awak sebelum pergi kerja macam ni."

HUMAIRAWhere stories live. Discover now