Pagi itu Humaira bersiap-siap hendak ke tempat kerja. Setelah selesai menyiapkan selendang di kepala, matanya merenung wajahnya pada cermin. Pandangannya kaku pada wajahnya tetapi perasannya kosong. Fikirannya sesak dengan keadaan hubungannya dengan Harris.
Beberapa malam lepas, hatinya bagai dirobek mendengar perbualan Harris dan Zaileen di dapur. Ditambah dengan adegan romantis mereka. Semalam pula bertambah sakit hatinya apabila Harris memberitahunya yang dia perlu menemani Zaileen untuk seminggu ini.
Marah? Tentu sekali. Tapi untuk apa dia menahan Harris? Memang sebelum ini sudah banyak kali Zaileen memerlukan Harris di sisinya. Kerana rasa kasihan pada Zaileen yang mengandung dalam keadaan menderita penyakit barah itu, dia hanya turutkan. Dan dia bukan lagi yang pertama untuk Harris. Malah, dia sendiri mahukan Harris berkahwin dengan Zaileen. Jadi inilah padahnya. Kini, dirinya kena terima keadaan yang dia bukan lagi perempuan watak utama dalam hidup Harris. Sedikit semi sedikit kewujudannya semakin kecil dalam hati lelaki itu.
'Dan mungkin satu hari nanti aku tak ada pun dalam hati Harris.' Bisik Humaira. Dia sudah bayangkan keadaan nasib dirinya apabila bayi Harris dan Zaileen lahir nanti.
Humaira memejam matanya. Air mata yang tumpah terus diseka. Jauh dia mengelamun. Penatlah asyik bersedih sejak beberapa hari ini. Dia memandang semula pada wajahnya melalui cermin. Bibirnya dipaksa tersenyum.
'Have a good day, Maira. You just enjoy yourself for now.' Humaira menghela nafas panjang.
.
"Good morning." Harris muncul dengan ceria di dapur.
Humaira hanya mendiamkan diri. Dia sibukkan dirinya dengan memasukkan makanan yang dimasaknya tadi ke dalam bekas untuk dibawa bekal.
"Jom breakfast. Hmm sedapnya bau bihun goreng Singapore awak." Harris yang datang terus memeluk pinggang Humaira dari belakang.
Ketika itu wajah Humaira mula bertukar. Hatinya berdebar tetapi bukan lagi berdebar dengan Harris. Dia hanya mahu keluar dari pelukan itu. Tangan Humaira pantas mengangkat bihun yang dihidang di dalam mangkuk. Dia terus keluar daei pelukan Harris lalu ke meja. Harris hanya memerhatikan Humaira melakukan kerja dapur. Tiada sepatah kata keluar dari bibir isterinya itu.
"Are you good?"
"Yup." Balas Humaira tanpa melihat wajah Harris.
"Sure?"
"Ya. Kenapa awak ni?" Humaira berkerut hairan.
"Awak nampak macam penat je? Awak tak cukup tidur ke?"
Humaira hanya menggeleng. Namun, pandangan Harris berubah apabila Humaira menyiapkan beg bekalan.
"Aik awak bawak bekal?"
"Aah. Awak makan la dengan Zaileen. Zaileen tak turun lagi ke? Awak panggil lah dia." Nada Humaira hanya mendatar.
"Kenapa tak breakfast kat rumah?"
Bencinya soalan ini. Susah nak jawab sebab jawapan jujurnya akan menyakitkan hati. Dia tidak mahu bersama Harris dan Zaileen dari awal pagi. Tak faham ke?
"Saya nak sampai office awal sikit. Ada benda nak kena buat." Balas Humaira acuh tidak acuh sambil tangannya mengemas beg yang hendak dibawa ke tempat kerja.
"I see. Hmm okay then. Drive safe."
"Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Humaira cuba mengukir senyuman. Tapi pahitnya rasa hendak memaksa dirinya tersenyum di depan Harris. Dia terus melangkah ke pintu.
"Sayang." Harris memanggil.
Humaira yang dengar sengaja membiarkan Harris. Harris yang tidak mengalah terus menarik lengan Humaira.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...