Malam itu, Humaira termenung di tepi balkoni sambil mengambil angin malam. Sementara Harris pula sedang mandi selepas mereka pulang dari makan malam bersama Airin dan kawan-kawan yang lain. Humaira dari tadi terasa tenang mendengar bunyi ombak malam ini. Hilang seketika rasa sebak di dalam dadanya.
Sejujurnya hari ini Humaira terasa rendah diri apabila berjumpa kawan-kawan universiti di majlis perkahwinan Firzanah. Ramai dari mereka yang baru berkahwin selepas tamat pengajian sudah pun dikurniakan cahaya mata pertama atau sedang mengandung. Harris juga terjumpa kawan fakultinya dulu yang turut hadir di majlis itu. Kawannya juga baru menimang cahaya mata. Ketika inilah perempuan sepertinya diuji supaya bersabar apabila melihat kebahagiaan orang lain. Kadang dia menyalahkan dirinya semula kerana terlalu sensitif.
Ya lah, dia dan Harris sudah hampir empat tahun berkahwin. Berkahwin pun dengan hati tidak redha. Banyak perkara mereka telah tempuhi. Kini, diuji pula dengan masih tidak mendapat rezeki zuriat. Bila orang tanya berapa lama berkahwin, pasti mereka hairan empat tahun dan belum mendapat zuriat. Padahal dia dan Harris mula hidup seperti suami isteri sebenar hanya setahun lebih.
'Agaknya kalau aku terima Harris dari awal perkahwinan, mungkin aku dah dapat baby sekarang ni?' Hatinya mula terdetik.
'Mana la tahu kan. Sebab aku benci Harris dulu, Allah uji aku sekarang ni supaya aku kesal dengan kesilapan aku dulu.' Matanya mula berair. Hatinya mula sebak.
Pantas tangannya mengelap air mata yang menitis. Setiap kali memikirkan hal ini, pasti berakhir dengan air mata. Dia menarik nafas dalam supaya hatinya bertenang.
"Termenung fikir apa tu?" Tiba-tiba Harris muncul.
Dia terus memeluk Humaira dari belakang.
"Eh awak dah habis mandi?"
"Saya dah keluar bilik air pakai baju semua pun awak tak perasan? Jauh betul awak termenung."
"Mana ada. Saya ralit tengok ombak tu."
"Ooh. Sejuknya malam-malam kat sini." Semakin erat pelukan Harris pada tubuh Humaira.
"Sayang." Humaira memanggil perlahan.
"Hmm?"
"Awak rasa something tak bila jumpa kawan awak tadi, tengok dia ada baby?"
Harris terkedu mendengar soalan Humaira. Dia terus meneka mungkin hal biasa itu yang Humaira fikirkan dari tadi.
"Rasa something? Maksud awak?"
"Alaa awak ni buat-buat tak faham pulak."
Harris tersenyum.
"Tak rasa apa-apa pun. Eh tak, saya rasa seronok sebab tengok dia kena dukung anak dia, gilir-gilir dengan wife dia nak makan. Saya pulak sedap sedap makan tak payah dukung sesiapa." Selamba Harris membalas.
Humaira mendongak wajahnya memandang Harris. Dia berkerut kerana jawapan Harris tidak seperti apa dia mahukan dan hanya menyakitkan hati. Harris tergelak kecil.
"Betul la. Saya tak rasa apa-apa pun. Okay, awak rasa apa pulak?" Harris pula menyoal.
"Saya rasa....seronok tengok diorang." Spontan Humaira membalas.
Harris menghela nafas panjang. Nampaknya malam ini Humaira berada dalam keadaan sensitif. Keadaan sepi seketika. Hanya bunyi ombak yang memenuhi kesunyian."
"Sayang." Humaira memegang tangan Harris di pinggangnya.
"Ya, Aysha Humaira sayang?" Harris sempat mengucup kepala Humaira.
"Saya mintak maaf tau atas dosa saya pada awak selama ni. Termasuklah masa sebelum kita berkahwin."
Harris menggigit bibirnya. Matanya mula panas. Hatinya tersentuh dengan kata-kata Humaira. Sejak hal zuriat menjadi kepentingan Humaira, kata maaf tak lekang dari bibirnya. Humaira sering mengatakan ini ujian untuknya kerana berdosa dengan Harris dulu. Dia tidak habis menyalahkan dirinya sendiri kerana mungkin ini kesilapannya dulu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...