Humaira memerhatikan setiap gerak geri saudara maranya yang sedang sibuk melakukan kerja di rumah itu. Mak Lang dan Mak Tam yang berhampiran dengannya sedang membuat persiapan terakhir menyediakan door gift untuk tetamu nanti.
"Maira, pergi la tidur. Apa la pengantin ni tidur lambat. Hilang seri nanti!" Mak Lang membebel pada Humaira menyuruhnya masuk tidur.
Humaira tersentak dari lamunannya. Dia tersenyum nipis mendengar suara Mak Lang.
"Takpe, Maira tolong siapkan kemas bahagian ni je. Nanti Maira naik." Balas Humaira.
"Ishh kamu ni. Pergi tidur awal. Biar kitorang yang buat. Ramai lagi boleh tolong." Mak Lang masih berkeras.
"Betul tu Maira. Awak tu bakal pengantin. Kalau tidur lambat takut esok nanti nampak letih je." Mak Tam menambah.
Akhirnya Humaira mengalah. Dia mengangguk sambil tersenyum pada mereka.
"Terima kasih Mak Lang, Mak Tam." Humaira tersenyum.
Ketika menaiki tangga, Humaira sempat memandang sekilas rumah ini. Rumah peranginan yang ditempah ayah untuk seisi keluarga dan majlisnya. Dia dapat melihat saudara-mara dan beberapa staf semuanya sibuk membuat persiapan akhir sebelum majlis pernikahannya dengan Harris esok. Rumah peranginan itu kini tersergam indah dan penuh dengan hiasan sempena majlis mereka.
Fikiran Humaira dari tadi melayang memikirkan dirinya yang masih tidak bangun dari mimpi ngeri ini. Semua ini masih mimpi baginya. Ibu dan ayah masih mahu meneruskan keputusan mereka untuk mengahwinkan dirinya dengan Harris. Tambah lagi dengan keadaan hubungannya dengan Harris yang masih renggang sejak kejadian tempoh hari dan Harris sendiri masih menyepikan diri. Persiapan majlis pula yang hanya dilakukan selepas cuti semesternya bermula. Semua ini membuatkan hidup Humaira huru hara. Dia sangat penat.
Pintu bilik Humaira dibuka. Dia membuka lampu bilik itu dan melihat bilik yang dijadikan bilik pengantin untuknya. Semuanya serba serbi cantik kerana dihias dengan bunga dan lampu hiasan. Katil juga telah siap dipasang dengan cadar yang cantik. Namun, tidak sedikit pun Humaira teruja menjadi bakal pegantin.
Humaira hanya mengeluh dan mula menghampiri katil. Dia sempat memandang jam di dinding.
11.30 malam.
Kurang dari 12 jam lagi dia akan melangsungkan pernikahannya dengan Harris. Hatinya berdebar tetapi bukan seperti bakal pengantin yang lain yang berdebar menantikan hari bahagia mereka. Rasa tidak tenang ini hingga membuatkan dia terfikir untuk melakukan kerja gila.
'Patut ke aku lari malam ni?'
Bibirnya digigit sekuat hati. Otaknya bercelaru memikirkan apa yang patut dia lakukan untuk mengelak dari berkahwin dengan Harris.
"No, Maira. Kau jangan malukan ibu ayah lagi." Humaira berkata sendiri.
Humaira menghela nafas berat. Cukuplah dia membuatkan ibu dan ayah malu kerana kesnya dengan Harris. Takkan dia hendak malukan mereka lagi dengan melarikan diri esok.
Tangan Humaira terus mencapai phone di sebelah katil. Hanya nama Harris yang dia mahu cari ketika saat genting ini. Dia membuka chat dengan Harris. Mesej-mesejnya sebelum ini hanya di-blue tick.
Sejak Harris tidak menghiraukan Humaira pada hari terakhirnya di universiti tempoh hari, dia sudah tidak mahu mengganggu Harris. Dia fikir mungkin Harris sudah membencinya dan akan menarik semula keputusan yang dibuatnya di dalam board meeting. Humaira ternanti-nanti pihak keluarga Harris akan membatalkan perkahwinan ini. Tetapi semua itu hanya jangkaan yang salah kerana ibubapa mereka berdua masih tetap meneruskan rancangan mereka seperti yang diputuskan.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...