Humaira hanya memandang Maya di depannya. Harris mengajak mereka berbincang di sebuah kafe selepas bertembung tadi. Tidak lama kemudian, Harris meninggalkan mereka seketika untuk memberi ruang mereka berbincang berdua. Harris tahu Humaira tidak mahu dia berada di situ.
"Saya mintak ampun sangat, Humaira." Wajah Maya sudah dibanjiri air mata. Dari tadi Maya tak berhenti mengalirkan air mata menceritakan sendiri kesalahannya dulu pada mereka berdua.
Sejak berjumpa dengan Harris tahun lepas, dia masih tidak mempunyai kekuatan untuk ke universiti mencari Humaira. Dan dia sendiri tahu hatinya tidak aman kerana perkara itu. Dia malu. Dia takut.
"Saya cuma nak kemaafan dari awak. Demi Allah saya menyesal dengan semua perbuatan saya. Saya tak tenang Humaira."
Humaira menarik nafas dalam. Dari tadi dia hanya mendiamkan diri dan melihat perempuan ini membazirkan air mata di depannya.
"Jadi kenapa awak tak jumpa saya dari dulu? Sebelum awak grad maksudnya awak ada setahun untuk awak jelaskan pada saya. Tapi awak yang pilih untuk hidup tidak tenteram dengan dosa yang awak buat." Humaira mula bersuara dengan wajah dinginnya.
"Sebab saya penakut. Saya malu nak berdepan dengan awak."
"Jadi awak pilih untuk biarkan saya dan Harris malu dengan beribu manusia kat universiti tu?"
Humaira mendengus sinis. Matanya dilarikan ke tempat lain. Hatinya masih panas melihat wajah Maya.
"Saya tak pernah kenal awak, Maya. Tak pernah tahu pun kewujudan awak. Jadi saya tak tahu kalau saya pernah berselisih dengan awak, terserempak dengan awak dulu. Tapi, anggap je la takdir Tuhan untuk saya tak tahu pasal awak dulu. Sebab Tuhan nak jaga maruah awak."
Maya mengangkat wajahnya dan memandang Humaira. Dia cuba memahami maksud perempuan itu.
"Kalau dulu saya tahu apa yang awak buat ni, mungkin saya tak biarkan awak hidup tenang. Mungkin saya dah hamburkan kemarahan saya pada awak dan saya sendiri tak tahu apa yang saya boleh buat masa tu. Jadi, awak anggap Tuhan yang selamatkan awak." Nada Humaira tenang tetapi dingin.
"Tapi jujur hidup saya tak tenang sejak dari hari pertama kes tu kecoh." Kata Maya.
"Memang awak tak patut hidup tenang." Pantas Humaira memotong.
"Sebab awak sendiri tahu macam mana hidup saya dan Harris masa tu. Adil ke apa awak buat pada diri saya yang awak sendiri tak kenal? Saya tak perlu cerita apa yang saya perlu hadap sejak kes tu berlaku. Tapi awak tahu tak betapa bencinya saya pada Harris sejak malam tu. Padahal saya tak pernah kenal dia. He tried to act cool and calm all the time, and I hated that. Tapi saya baru tahu, dia pun terseksa sebab kes tu. Dia cuba telan semua benda sebab dia tahu niat awak buat fitnah tu. Dia tak nak saya tahu benda ni sepatutnya fitnah untuk dia tapi saya yang terkena tempias. What worse, you kept quiet. Awak terus tutup apa yang benar."
Semakin kuat tangisan Maya dilepaskan. Hatinya benar-benar rasa bersalah pada Humaira dan Harris.
"One greedy and evil act, you ruined two people's life. What an achievement." Pedas Humaira meluahkan rasa kesalnya.
"Saya menyesal sangat-sangat, Humaira. Saya mintak maaf." Terhenjut-henjut bahu Maya cuba memohon maaf entah kali ke berapa.
Humaira merenung lama Maya di depannya. Matanya memandang wajah perempuan itu yang sudah dibasahi air mata. Tipulah hatinya tidak runtun. Humaira tahu Maya benar-benar menyesal dengan perbuatannya. Dia menghela nafas panjang.
"Look, Maya. Kita sama-sama perempuan. Saya faham perasaan awak yang sanggup lakukan apa saja untuk lelaki yang awak suka, tapi apa awak dah buat tu satu kesilapan besar. Soal itu, saya tak nak cakap banyak. Saya percaya awak dah muhasabah benda ni selama beberapa tahun benda ni dah berlaku. Dan mungkin Tuhan nak awak hidup tenang lepas ni. Sebab tu dia pertemukan kita kat sini."
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...