Hampir seminggu ini Humaira tidak dapat merasakan ketenangan. Fikirannya masih terngiang permintaan Zaileen. Dia masih ingat wajah Zaileen yang dibanjiri air mata merayu padanya untuk membantu dirinya. Bantu untuk tunaikan impiannya untuk berkahwin dengan Harris, lelaki yang kini suami yang dia cintai.
Sejujurnya hati Humaira kalah dengan Zaileen. Hatinya hancur mendengar berita Zaileen menderita penyakit barah otak. Masa untuk Zaileen melihat dunia ini tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Jadi dia mahu merasa apa yang dia mahukan sementara dia masih bernafas, termasuklah membina masjid impiannya bersama Harris yang dia harapkan sejak dari bangku sekolah.
Mulanya Humaira mengatakan tidak pada Zaileen sebulah suara. Dia rasa mustahil untuk seorang perempuan yang sakit mahu menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dalam keadaan begitu. Tetapi air mata dan rayuan Zaileen benar-benar membuatkan hati perempuan Humaira terusik. Rasa bersalah memenuhi dirinya.
Zaileen tak henti menelefon Humaira. Tetapi Humaira berkeras tidak mahu melayan. Hingga satu hari Zaileen berani menelefon tempat kerjanya, Humaira terpaksa menjawab panggilan. Dia tekad memberi amaran terahir pada Zaileen. Tetapi dia pula yang kalah. Suara tangisan Zaileen, suara terdesak Zaileen membuatkan dia tersedar sesuatu.
'Harris dulu milik Zaileen.'
Hampir setiap malam Humaira bangun untuk mendirikan solat. Hanya pada Allah dia memohon petunjuk. Perkara ini bukanlah satu perkara yang remeh. Hingga satu masa, dia mula mengimbas semula sejak hari pertama dia bertemu Harris. Betapa berkuasanya Allah mampu menyusun takdir yang dirasakan mustahil. Hati Humaira mula yakin dengan sesuatu.
'Ya, aku memang dah ambik tempat Zaileen. Walaupun semua yang berlaku atas takdir Allah, aku kena ingat segala perkara asal yang berlaku dulu."
'Tak, bukan sebab aku tak sayang Harris. Tapi aku perlu beri peluang pada Zaileen. Sebab apa yang berlaku antara aku dengan Harrislah, Zaileen tak dapat capai impian dia.'
Humaira merenung Harris yang leka melakukan kerjanya di meja. Hatinya dari tadi berdebar. Degupan jantungnya sudah tidak menentu. Tangannya mula terasa sejuk. Bukan mudah hendak menyampaikan permintaan gila ni.
"Sayang." Humaira memanggil lembut.
Harris terus memusingkan kerusi dan berpaling pada Humaira.
"Awak busy?"
Harris tersenyum. Dia mula rasa bersalah. Hari ini hari cuti tetapi dia sibuk pula mengisi masa dengan melakukan kerja.
"Nope." Balas Harris.
Harris terus berpaling semula ke arah komputernya. Jarinya laju menekan sesuatu untuk mematikan komputer. Dia terus bangun dan menuju ke arah Humaira. Dia mengambil tempat di sebelah Humaira.
"Kenapa awak stop buat kerja?" Humaira hairan Harris datang kepadanya. Risau dia menganggu Harris.
"Sebab awak nak saya kan?" Harris tersenyum senget.
"Eeii perasan. Saya tanya je." Humaira membuat muka.
Harris hanya ketawa kecil. Dia terus menghadiahkan sebuah kucupan di atas ubun Humaira. Hatinya sayang, terlalu sayang pada isterinya ini.
Semakin laju jantung Humaira berdegup. Dia dapat rasakan Harris sangat menyayanginya. Hatinya mula berbelah bahagi. Dia mula merasa tamak, tidak dapat bayangkan ciuman Harris perlu dibahagi. Dia mahu Harris hanya untuk dia seorang.
"Sayang, saya ada lukisan baru. Cantik tak saya design ni?"
Tangan Harris mula membuka ipad di atas meja kopi. Dia sengaja hendak menunjuk hasil lukisannya. Sejak di universiti lagi, dia suka meluangkan masa melakar gambar bangunan. Dan kini dia mula membuat lukisan di dalam ipadnya sendiri.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...