2

7K 248 4
                                    

Humaira terjengket-jengket melihat keadaan di hadapan. Dia sedang beratur di kedai fotokopi berhampiran perpustakaan universiti. Ramai pelajar lain turut berpusu ke sini kerana masing-masing ada urusan. Tetapi kebanyakannya kerana hendak menyelesaikan assignment yang perlu dihantar.

Ada yang sedang menggunakan komputer, ada sedang menggunakan printer, ada yang sibuk menyusun kertas dan ramai yang menunggu giliran untuk photostate dan binding.

'Ishh lamanya. Nasib baik aku nak tinggal binding je. Tapi lama betul nak tunggu.'

Humaira mengeluh. Dia memerhati setiap seorang dari mereka yang sedang berurusan di dalam. Hingga akhirnya matanya tertancap pada seorang lelaki yang hampir setiap hari dia mendengar cerita tentangnya.

'Eh Harris?'

Dia sedang menyusun kertas yang baru selesai dicetak. Humaira sempat melihat sekeliling. Dia dapat lihat ramai pelajar terutamanya pelajar perempuan mencuri-curi pandang lelaki itu dan ada yang saling berbisik. Barangkali teruja terlihat lelaki itu.

'Patut la budak-budak perempuan depan ni asyik terngintai-ngintai. Apalah yang hebat sangat aura dia ni? Ni kalau Firzanah ada, mesti dah terbaring cair atas lantai.' Humaira tersenyum senget. Geli hati mengingatkan perangai Firzanah.

Humaira mula bermain phone untuk menghilangkan rasa bosan. Namun dia mula resah selepas hampir setengah jam berdiri menanti gilirannya. Dia mula melihat jam.

'Sempat ke nak submit before 5 ni? Patut ke aku pergi kedai dekat fakulti?'

Humaira khuatir jika dia tidak sempat menghantar tugasannya sebelum pejabat pensyarahnya ditutup. Namun, dia tekad untuk menunggu gilirannya kerana risau lebih ramai pelajar berada di kedai fotokopi fakulti.

Selepas 10 minit, gilirannya tiba. Pantas dia memberi kertas yang siap disusun kepada staf kedai itu. Tidak sampai 5 minit assignment itu siap dikepil dan dimasukkan ke dalam bakul bahagian untuk diambil. Humaira pantas membayar dan tangannya terus mencapai assignment itu masuk ke dalam beg.

Tanpa membuang masa kaki Humaira terus melangkah laju keluar dari kedai itu dan menuju ke Fakulti Sains Sosial. Dia melihat jam di tangan dan ada masa 15 minit lagi untuk dia ke pejabat pensyarahnya. Saat ini, hanya pelajar yang suka buat kerja last minutes akan tahu perasaan ini. Tercungap-cungap dia mencari nafas kerana terpaksa berlari anak untuk menjimatkan masa.

Tidak lama selepas itu kelihatan bangunan Fakulti Sains Sosial di depan pandangan mata dan sudah mampu membuatkan Humaira tersenyum. Dia melepaskan nafas lega. Nasib baik pejabat pensyarahnya hanya di tingkat 1.

Sebelah tangan Humaira dimasukkan ke dalam beg untuk mencapai assignment tadi. Sengaja hendak memeriksa buat kali terakhir sambil laju melangkah meneruskan perjalanan ke fakultinya. Saat matanya memandang assignment itu, langkahnya terus terhenti.

Serta merta riak wajah Humaira berubah. Perasan penat melangkah laju tadi tiba-tiba hilang. Namun, kakinya mula lemah melihat muka hadapan assignment itu. Rasa panik mula memenuhi dirinya.

"Ni siapa punya pulak ni?!!" Jerit Humaira seorang diri di situ.

Rasa ralat dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Ya lah, selepas penat dia berlari dan sudah menghampiri fakulti tiba-tiba rupanya dia membawa assignment milik orang lain! Rasa kecewa dengan diri sendiri membuak dalam hatinya.

"Kejap!" Suara garau muncul dari belakang.

Humaira terus menoleh ke belakang ke arah suara itu. Wajah Humaira berubah melihat empunya suara itu. Dia tergamam. Terus dia tunduk semula melihat muka surat hadapan tadi.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now