Firzanah yang baru pulang ke rumah terus terbaring di atas katil. Seharian ini dia keluar bersama keluarganya. Dia hanya mahu mandi dan terus tidur sahaja malam ini. Dia lihat jam baru menunjukkan 9.30 malam. Masih awal tetapi entah kenapa dirinya terlalu penat hari ini. Walaupun penat, hatinya seronok dapat meluangkan masa bersama keluarganya ketika cuti panjang begini.
Ting!
Dia terdengar bunyi mesej masuk ketika dia melangkah ke bilik air. Ikutkan hatinya dia mahu baca selepas mandi saja, tetapi apabila terlihat nama Akeef di skrin dia membatalkan niatnya.
"Akeef? Aikk dia nak apa?" Hairan Firzanah mendapat mesej dari Akeef.
Selalunya mereka bermesej jika ada urusan berkaitan Harris dan Humaira. Tetapi cuti semester begini rasanya tiada apa yang perlu dibuat untuk mereka. Tambah lagi mereka sedang tinggal bersama.
Jarinya terus menekan skrin dan membuka mesej dari Akeef.
Akeef: Assalam. Fir, kau ada dengar cerita pasal Harris dengan Humaira?
Firzanah berkerut hairan. Ada apa-apa yang dia perlu tahu ke?
Firzanah: Tak ada. Kenapa? Harris ada cakap apa-apa ke?
Lama dia tunggu. Kemudian Akeef membalas.
Akeef: Ooh. Tak ada apa-apa. Saja aku tanya. Mana tahu Humaira ada cerita apa-apa atau tanya apa-apa pasal Harris.
Wajah Firzanah berubah hairan. Ingat apalah yang penting tadi. Dia mula terasa kekok memikirkan apa yang patut dia balas.
Firzanah: Haha. Diorang okay la tu. Maira tak ada cerita apa-apa pun.
Akeef: Betul jugak. Pandai-pandai la diorang dah duduk sekali.
"Errr...okay so now what should I reply?" Firzanah menggigit bibirnya. Keadaan semakin kekok. Jarinya mula menaip semula.
Firzanah: Itulah. Lagipun kau kan dah nak grad. Lepas ni kalau Harris nak tanya pasal Maira mesti dia tanya aku atau roommates aku. Kau tak payah risau dah pasal diorang. Kau kira dah grad sekali dengan masalah Harris dengan Maira ni. Hahaha.
Mata Akeef merenung mesej dari Firzanah. Bibirnya diketap. Itulah perkara yang paling dia kesal tempoh hari ketika hari-hari terakhirnya di universiti. Selepas sudah beberapa kali dia berjumpa Firzanah dalam tempoh ini, hatinya mula akui dia selesa bersama gadis itu. Namun, hanya kerana tiada alasan kukuh untuk dia berjumpa Firzanah, dia tidak mampu menyuarakan isi hatinya. Hubungannya dengan Firzanah hanya sekadar kerana Harris dan Humaira. Dan akhirnya dia meninggalkan universiti tanpa berjumpa Firzanah.
'Aku ni memang pengecut.' Akeef berbisik dalam hati. Dia mengeluh sambil meraup wajahnya.
Firzanah pula memandang skrin dan menunggu lama jawapan dari Akeef.
"Aku salah cakap ke?" Dia mula hairan. Dia baca semula mesej yang dihantar tadi.
"Tak ada salah cakap pun. Mungkin sebab tak ada apa yang boleh dia reply kot." Firzanah mencebik. Jarinya menaip semula.
Ting!
Laju tangan Akeef mencapai telefon dan membuka mesej Firzanah.
Firzanah: Mesti best kan dah nak grad. Kau dah start mintak kerja ke?
Bibirnya mula tersenyum. Akhirnya, ada juga hal lain yang mereka boleh bualkan. Entah kenapa hatinya membuak rasa gembira kerana Firzanah sendiri yang mula bersikap terbuka dengannya. Come on Akeef, jangan lambat ambil tindakan kali ini!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
"Sadaqallah ul 'azim." Humaira mencium al-Qurannya dan diletakkan di atas rak. Dia melipat semula sejadah yang telah digunakan solat Subuh tadi.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...