Harris berjalan laju ke arah reban ayam. Humaira pula masih terpinga-pinga. Kak Linda dan Hannani turut datang menghampiri mereka.
"Kenapa ni?" Kak Linda menyoal.
"Maira...." Humaira teragak-agak membalas. Dia mula cuak melihat Harris yang datang menuju ke arahnya.
"Amni, okay tak?" Harris terus menyoal Amni dengan wajah risau melihat keadaan Amni.
Humaira terkedu melihat wajah Harris. Amni pula hanya mendiamkan diri. Tangannya masih menutup matanya.
"Amni, cuba tepikan tangan tu. Akak nak tengok." Kak Linda cuba memujuk Amni.
Amni perlahan mengalihkan tangannya. Matanya sudah mula merah. Harris pula terasa kesal kerana tindakan Humaira tadi. Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu.
"Eh, kenapa tangan Amni luka pulak ni?" Harris menyoal dengan terkejut. Mereka terlihat luka panjang di tangan Amni. Mungkin kerana dicakar ayam tadi.
Humaira hanya masih mendiamkan diri. Dia tidak sangka tindakan spontannya tadi hingga mencederakan Amni. Rasa bersalah membuak dalam dirinya saat ini.
"Dah dah. Jom basuh mata dulu." Kak Linda menarik tangan Amni ke arah paip yang berhampiran. Dia tidak mahu keadaan menjadi tegang.
Pandangan Humaira hanya pada Amni yang berlalu. Harris pula memandang Humaira lama. Dia tidak sangka Humaira akan bertindak seperti kebudak-budakan. Humaira sekilas terpandang mata Harris dan dia tahu Harris seperti mahu memarahinya.
"Maira, saya faham la awak tak suka kat tempat macam ni. Tapi jangan la marah Amni tu sampai macam tu. Dia sengaja je nak main-main dengan awak." Kata Harris dengan penuh rasa kesal.
"Saya tak sengaja lah. Saya terkejut tadi." Humaira mempertahankan diri. Jujurnya dia tidak sangka reaksi Harris sebegitu apabila melihat keadaan Amni.
"Tapi tak payah la sampai nak baling makanan ayam tu kat Amni. Awak pun tadi gelak je tengok dia macam tu." Harris mula dingin.
Humaira terdiam mendengar kata-kata Harris. Hatinya terasa perit. Saat ini dia malu kerana Harris berkata begitu di depan mereka. Dia kesal Harris tidak memahami tindakannya yang tidak sengaja tadi. Padahal dia sendiri baru nak enjoy di tempat begini, tetapi Harris membuat anggapan sendiri.
Humaira hanya mendiamkan diri. Malas mahu melawan Harris di depan orang lain.
"Tak apa, sikit je luka ni. Nanti akak bagi plaster. Lepas ni ambik dengan akak kat rumah." Kak Linda cuba meredakan keadaan. Dia sendiri faham tindakan Humaira yang tidak sengaja tadi.
Namun, Amni yang terdengar perbualan mereka mula mengukir senyuman di hujung bibirnya. Tidak sangka Harris akan menyebelahinya. Dia terus menoleh.
"Tak apa lah. Amni okay je. Dah bersih dah mata Amni. Sikit lagi hilanglah merah ni." Amni tersenyum sambil berjalan menghampiri mereka.
"Betul ke okay ni?" Harris menyoal risau.
"Betul Amni okay." Balas Amni sambil tersengih.
Hannani yang dari tadi perhatikan mereka, mulanya turut risau melihat Amni. Tetapi melihat senyuman manja Amni terus rasa meluat dalam hati.
"Hmmm okay lah. Dah nak Maghrib pun. Jom kita balik." Kak Linda mengajak mereka semua pulang. Keadaan pun dah jadi tidak seronok.
Setiba di rumah nenek, seperti yang dijanjikan Amni singgah di rumah mereka untuk mengambil plaster dari Kak Linda. Kak Linda tolong meletakkan plaster di luka Humaira.
"Terima kasih Kak Linda."
"Sama-sama. Kalau sakit lagi bagitahu akak." Kak Linda terus berjalan masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...