Wajah Maya berubah takut melihat Harris berada di depan matanya. Kesalahannya dua tahun lepas membuatkan dia tidak mampu berdepan dengan lelaki itu, lelaki yang pernah dia menaruh hati. Dia terus menoleh hendak melarikan diri.
"Maya, kejap!"
Namun Maya tidak mengendahkan Harris dan terus melangkah.
"Maya, sampai bila kau nak larikan diri?" Soalan Harris membuat langkah Maya terhenti.
"Please, sekejap je." Harris memujuk dan berharap Maya tidak melarikan diri darinya seperti dulu.
Harris mengajak Maya untuk berbincang di luar dewan. Keadaan kelihatan tegang antara mereka. Namun, Harris tidak mahu membuatkan Maya ketakutan dan lari dari masalah lagi.
"Maya, let me get straight to the point. Kenapa kau nak lari dari aku?"
"Sebab....sebab tak ada sebab untuk aku jumpa kau." Balas Maya takut-takut.
"Kita kan kenal. Aku pergi baru 2 tahun kot, aku cam lagi lah muka kau."
Wajah Maya masih kelihatan resah.
"Kalau kau lari, kau tahu kan apa maksudnya tu?" Harris mula menekan.
"Tak Harris. Aku...." kata-kata Maya mati.
"Aku tak pernah tuduh kau, Maya. Tapi aku jumpa banyak bukti yang kaulah orang yang buat report pasal aku dan Humaira malam tu. Kau yang sebarkan gambar kitorang dalam Common Room malam tu." Nada Harris mula kedengaran dingin tetapi masih tenang.
Jari Maya bermain sesama sendiri. Tubuhnya mula terasa sejuk mendengar kata-kata Harris. Hatinya resah berdepan dengan Harris. Rasa kesal dengan perbuatan itu tidak pernah hilang dari hidupnya. Hingga ke hari ini dia menyesal kerana menyebarkan fitnah antara Harris dan Humaira pada dua tahun lalu.
"Aku sendiri nak tanya kau pasal benda ni. Tapi kau menghilang macam tu je. Training karate pun kau tak datang. Aku cari kau kat fakulti pun tak jumpa. Aku mesej kau tak reply. Kawan kau kata kau ada je lagi. Apa kau buat tu maksudnya kau lari dari aku dan kalau kau lari apa maksudnya?"
Maya tertunduk sambil menggigit bibirnya. Semua kerana dendamnya pada Harris, dia mahu jatuhkan hidup lelaki yang menolak cintanya. Tangannya sendiri yang mengambil gambar Harris dan Humaira pada malam itu.
Malam peristiwa hitam itu, selepas tamat kelas tutorialnya, Maya sengaja memerhatikan Harris dari tingkap kelas di tingkat atas. Perkara itu sudah biasa padanya. Tetapi kerana dirinya mula obses pada Harris, dia sengaja hendak merakam Harris yang sedang tidur dan boleh dilihat melalui tingkap kelas itu. Namun, semua ini satu kebetulan apabila elektrik di Blok A terputus seketika. Dan ketika itulah munculnya Humaira yang memudahkan kerjanya.
Tanpa berfikir panjang, Maya rasakan inilah masanya untuk dia membalas dendam pada Harris. Dia hanya mahu Harris berpisah dengan Zaileen. Namun, perkara di luar jangkaan yang berlaku. Dia tidak menyangka kes ini menjadi terlalu besar. Malah, menyebabkan mereka berdua dinikahkan. Itu bukan dalam rancangannya. Dan Maya sendiri hidup dalam ketakutan sepanjang kes Humaira dan Harris dibicarakan.
Sejujurnya Maya lega apabila Harris sudah ke Australia. Sekurang-kurangnya Harris tidak akan berjumpa dengannya sebagai dalang yang menyebarkan fitnah itu. Namun, kadang kala apabila bertembung dengan Humaira, hatinya mula tidak tenang. Rasa bersalah membuak dalam hatinya.
"Harris..." Bergetar suara Maya.
"Aku mintak maaf. Aku mintak maaf sangat Harris." Air mula bertakung di tubir matanya. Tiada lagi jalan untuk dia menyorok dari kesalahannya.
"Jadi sekarang kau mengaku kau yang buat report pasal aku dengan Humaira dan sebarkan gambar tu?" Soal Harris dengan wajah serius.
Maya mengangguk perlahan. Air matanya mula mengalir. Dirinya amat malu saat ini.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...