27

4.5K 170 11
                                    

Riuh suasana di dapur luar di belakang rumah. Mereka asyik berbual rancak sambil menyediakan bahan untuk memasak malam ini. Masing-masing teruja sudah lama tidak berjumpa. Ketika sampai tadi, mereka tidak habis menyakat Humaira dan Harris seperti pengantin baru. Mama hanya tersenyum memandang Humaira. Andailah mereka tahu punca utama mereka berdua bernikah.

"Kampung Maira kat mana? Atuk dengan nenek ada lagi?" Nenek menyoal. Dia sudah selesa memanggil Maira. Dari tadi dia tersenyum gembira berada di sebelah Humaira.

"Emm Maira tak ada kampung. Belah ibu memang dah lama atuk nenek dah tak ada. Belah ayah ada lagi tapi dekat Rawang. Tak ada suasana kampung macam kat sini." Balas Humaira sambil membantu memotong sayur.

"Ooh memang dari bandar la Maira ni. Habis sebelum ni pernah merasa masuk kampung macam kat sini?" Mak Long pula menyoal. Masing-masing mahu berkenalan dengan Humaira.

"Pernah dua kali. Itupun ikut program universiti tak sampai sehari." Humaira tersengih.

"Tak apa. Kali ni boleh merasa duduk kampung macam mana. Syok tau kampung kitorang ni. Macam macam ada." Mak Long mempromosikan kampung mereka sambil ketawa.

"Nanti boleh la jalan-jalan kat kampung ni. Kampung sini kecik je tapi meriah." Miza, anak Mak Long membalas. Miza lebih kurang usia Hannani.

Humaira tersenyum memandang mereka. Masing-masing ada saja perkara mahu bercakap dengannya. Riuh tetapi entah kenapa hatinya tenang. Mungkin lega semua orang menerima baik kehadirannya. Tiada pun yang bersangka buruk dengannya seperti apa yang dia risaukan selama ini.

Sedang mereka berbual, Humaira terlihat Harris sedang berjalan menghampiri dapur belakang ini. Matanya beralih pada Amni, perempuan yang dari tadi tidak lekang dengan Harris. Dia perhatikan Amni. Wajahnya comel, senyumannya manis dan bertubuh genit. Rambutnya diikat sanggul kemas siap bergetah rambut merah jambu.

"Datang dah budak ni." Terdengar suara Kak Linda berbisik. Nadanya seperti sinis. Humaira terkedu lalu terus mengalihkan pandangannya pada Kak Linda. Kak Linda hanya tersengih kerana malu Humaira mendengar rungutannya.

Tapi disebabkan rasa ingin tahu, Humaira terus mendekatkan dirinya pada Kak Linda.

"Siapa tu, Kak Linda?" Bisik Humaira. Tidak mahu didengari oleh orang lain.

"Tu Amni. Dia ni dua pupu kitorang. Tapi sebab rumah dia kat sebelah ni jadi rapatlah sikit dengan family papa ni."

"Oooh. Patutlah." Humaira mengangguk.

"Patutlah apa? Nampak rapat dengan abang Harris?" Tiba-tiba entah dari mana Hannani muncul mencelah perbualan mereka.

"Dia tu dari kecik macam tu Kak Maira. Asyik mengendeng nak mengada dengan abang Harris. Padahal Nani pun tak macam tu dengan abang Harris." Sambung Hannani.

Kak Linda tergelak kecil. Dia dan Hannani pernah beberapa kali bercakap tentang hal ini jika pulang ke kempung papa. Mereka sendiri rasa Amni terlalu menunjukkan rasa sukanya pada Harris. Ingatkan ketika kecil saja. Namun, hingga ke remaja Amni suka menarik perhatian Harris walaupun dia tahu Harris sudah berpunya. Tetapi Kak Linda malaslah nak buka cerita pula. Humaira sendiri baru kali pertama berjumpa dengan Amni.

"Berapa umur Amni tu?" Soal Humaira.

"Tua setahun je dari Nani. 19 tahun."

"Ooh." Humaira mengangguk. Patutlah comel. Masih muda remaja. Dan usia begini pasti masih terpaut hati pada Harris yang berupa paras elok ini.

Kak Linda perasan wajah Humaira seperti memikirkan sesuatu. Cepat-cepat dia menyambung.

"Tapi Maira tak payahlah risau. Harris tu tak layan pun Amni tu. Amni tu je syok sendiri dekat Harris. Harris layan pun sebab tak nak nampak sombong. Dia pun anggap Amni tu adik-adik je."

HUMAIRAWhere stories live. Discover now