70

8.6K 247 88
                                    

Jam hampir 12 tengah malam.

Suasana di kampung ini sudah sunyi dan gelap gelita. Hanya beberapa tiang lampu jalan yang menyuluh cahaya bersama bintang di langit.

Harris yang memandu dari Johor Bharu akhirnya tiba di kampung itu. Ikutkan malasnya tadi dia hanya mahu gerak dari rumah kawannya awal pagi esok dan terus ke tempat kerja. Tapi kerana Mak Long sudah bertanya beberapa kali, dia gigih juga pulang malam ini. Dia pun risau. Tidak pernah pula Mak Long telefon banyak kali. Bila ditanya kenapa, Mak Long hanya berpesan supaya berhati-hati pulang.

Apabila kereta Harris memasuki perkarangan rumah kampung papa, matanya terus tertancap pada sebuah kereta selain kereta Pak Long.

"Eh ada orang datang ke?" Harris berkata perlahan.

Matanya berkerut. Takkanlah datang ziarah sampai lewat malam. Namun, melihat kereta itu bersama nombor plat yang sangat dikenali itu, brek kereta terus ditekan kerana terkejut.

"Maira?"

Jantung Harris terus berdegup laju. Tubuhnya mula terasa sejuk. Dia tidak pernah menyangka Humaira akan berada di sini.

Harris terus meletakkan keretanya di depan rumah. Dengan hati yang berdebar dia mengeluarkan begnya. Pelbagai perkara berkecamuk dalam fikirannya.

"Assalamualaikum." Harris memberi salam apabila masuk ke dalam rumah. Matanya terus memandang sekeliling mencari tuan kereta tadi.

"Waalaikumsalam, Harris." Mak Long yang memang berada di ruang tamu terus mendekati Harris. Dia menarik lembut tangan Harris.

Pak Long juga turut muncul ke depan. Bibir Harris terkunci melihat reaksi wajah mereka. Seolah mereka faham perasaan mereka antara satu sama lain.

"Maira ada kat atas. Dia tunggu Harris dari tadi." Kata Mak Long lembut.

"Memang betul Maira kat sini? Maira sampai sini bila? Dia seorang je ke?" Banyak soalan keluar dari bibir Harris.

"Petang tadi, Harris. Dia ingat Harris ada kat sini. Maira balik sini sorang je." Balas Pak Long.

"Maira tak kasi kami bagitahu Harris dia balik sini. Risau Harris pecut la tu. Sebab tu Mak Long call banyak kali tanya Harris kat mana." Jelas Mak Long pula.

"Hmm okay. Harris naik sekarang. Terima kasih Mak Long, Pak Long." Kata Harris.

Mak Long sempat memegang semula lengan Harris membuatkan langkahnya terhenti.

"Harris, bincang elok-elok ya. Mak Long harap Harris dengan Maira berlapang hati untuk selesaikan masalah korang berdua." Pesan Mak Long dengan nada sangat lembut.

"InshaaAllah, Mak Long."

"Dah, Harris. Pergi naik jumpa Maira. Rehat terus, esok pun nak kerja." Kata Pak Long.

Harris terus mengangkat begnya naik ke atas. Di depan pintu bilik, dia terhenti seketika. Dia lihat cahaya lampu di dalam masih menyala. Tidak sabar dia berjumpa dengan Humaira dan pada masa yang sama dia terlalu berdebar. Bagaimana jika Humaira masih mahu masa atau Humaira tetap mahukan penceraian selepas berbulan mereka berjauhan?

'Ya Allah. Aku betul-betul mengharapkan pertolongan Engkau. Lembutkanlah hati isteri aku supaya dia mahu teruskan perkahwinan kami. Amin. Rabbi yassir walau tua'ssir.'

Saat pintu bilik dibuka, mata Harris terus terlihat sekujur tubuh yang merengkot di hujung katil. Jelas Humaira sedang terlelap menantikan seseorang. Ketika itu jantung Harris semakin berdegup laju. Tidak sangka malam ini dia dapat bertemu dengan Humaira walaupun ralat dia pulang lewat malam ini.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now