18

5.1K 236 19
                                    

Tok! Tok! Tok!

Terdengar suara salam seseorang dari luar pintu bilik.

Firzanah yang sedang berada berhampiran pintu terus membuka.

"Waalaikumsalam. Ya?"

"Aysha Humaira bilik ni ke?"

"Aah."

"Dia ada tak?"

"Maira, ada orang nak jumpa kau!" Firzanah memanggil.

Humaira yang sedang terbaring terus bangun dari katil sambil kepalanya mengintai siapa di luar. 

"Ya, ada apa?" Humaira menyoal pelajar yang tidak dikenalinya itu.

"Ada orang nak jumpa awak kat lobi. Dia nak hantar barang."

"Hantar barang? Aik barang bukan diorang hantar ke office hostel ke?"

"Bukan barang parcel. Barang macam...emm macam hadiah. Awak pergi la turun, dia tengah tunggu betul-betul dekat signboard hostel." Pelajar itu tidak tahu berterus-terang.

"Hadiah?! Wuuu." Firzanah mula kecoh. Humaira pula haira..

"Okay. Thank you tau."

Sebaik pelajar itu beredar, Humaira terus ke loker menyarung abaya dan selendang.

"Siapa tu?" Airin menyoal.

"Tak kenal. Dia kata ada orang nak hantar barang."

"Ohh."

Humaira terus turun ke lobi dan mencari orang yang dia sendiri tidak kenal itu. Di situ dia melihat ada beberapa orang pelawat dan pelajar di lobi. Dia terus menuju ke arah papan tanda hostel seperti diberitahu pelajar tadi. Langkahnya terhenti seketika melihat seorang lelaki yang sedang memegang dua belon helium yang terapung di udara.

'Jap, dia ni ke?' Humaira mula ragu-ragu. Dia tidak kenal lelaki ini. Melihat belon-belon itu buatkan dia mula berasa segan kerana pelajar-pelajar berdekatan ada yang memandang.

'Siapa pulak buat suprise ni? Ibu ke? Ke mama? Tapi betul ke dia ni yang nak jumpa aku? Kalau salah, dia kata perasan pulak nanti. Ah lantak lah. Cuba je lah tanya.'

Humaira terus melangkah semula menuju ke arah lelaki itu.

"Emm encik."

Lelaki yang sedang leka bermain phone sambil tersandar di kereta terus tersentak.

"Haa ya? Aysha Humaira ke?"

"Ya saya."

"Ooh okay. Ni ada suprise delivery untuk awak."

"Untuk saya?" Humaira terkejut.

"Ya cik. Cik jangan nervous. Ni memang ada orang pesan untuk kita buat delivery ni. Nah, cik ambik ni." Lelaki itu menghulurkan belon tadi pada Humaira.

Tangan Humaira terus mengambil belon tersebut. Dia mendongak melihat belon-belon itu. Satu bertulis Happy Birthday Maira! dan satu belon lagi bertulis Please Be Safe.

"Okay kejap ada lagi." Lelaki itu membuka pintu kereta dan mengeluarkan sejambak bunga yang berwarna putih.

Riak wajah Humaira jelas terkedu. Matanya bersinar. Cantiknya! Warna kegemaran dia pula. Dia terus mencapai bunga tersebut.

"And last sekali...."

"Haa ada lagi?"

"Haha ada cik. Okay ni dia." Lelaki itu menghulurkan sebuah beg kertas. Sambil mencapai beg tersebut mata Humaira terus mengintai ke dalam beg itu. Dia lihat ada sebuah kotak putih yang tidak tahu apa di dalamnya.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now