Malam itu, Harris melangkah laju menuju ke wad di mana Humaira berada. Bagai nak tercabut jantungnya apabila Airin menelefonnya tadi. Airin memberitahunya yang dia telah memberitahu perkara sebenar seperti yang mereka janji. Mereka janji hanya akan menjelaskan hal itu apabila Humaira bersedia mahu mengetahui siapa yang melanggarnya.
Jantung Harris berdegup laju sepanjang perjalanannya ke sini. Setapak demi setapak diambil penuh debar. Hatinya tidak henti berdoa. Dia hanya mahu keadaan hubungannya dengan Humaira semakin baik. Kemalangan ini bukanlah kemahuannya. Tetapi dia harus kuat untuk berdepan dengan Humaira.
"Airin." Harris memanggil apabila terlihat Airin sedang mengalirkan air mata di luar bilik Humaira.
"I'm sorry, Harris. Aku dah pujuk Maira. Tapi..." tidak mampu Airin berkata.
Harris memandang sekeliling. Beberapa orang jururawat di kaunter turut memandangnya. Mungkin mereka sudah tahu apa yang sedang berlaku.
"Tak apa, Airin. Kau dah buat apa yang patut. Memang Maira akan tahu jugak pasal benda ni." Harris membalas.
"Ibu dengan ayah Maira kat dalam. Diorang pun tengah pujuk Maira." Kata Airin.
Harris terkedu. Nampaknya ibubapa mentuanya akan turut melihatnya berdepan dengan Humaira. Dia gagahkan hatinya. Dia perlu juga berhadapan dengan mereka selepas apa yang telah berlaku.
Tok! Tok! Tok!
"Assalamualaikum." Suara lemah Harris memberi salam.
"Waalaikum....waalaikumsalam." Ayah terkedu seketika untuk membalas. Ibu dan ayah tergamam melihat Harris muncul di depan mereka.
Mereka hanya memandang Harris dengan wajah sayu. Ibu pula sudah penuh dengan air mata. Harris sudah berjumpa dengan mereka selepas kemalangan ini berlaku. Habis air matanya meminta ampun pada mereka atas apa yang berlaku pada Humaira dulu.
Rasa kecewa dengan Harris masih belum pudar setelah Humaira menceritakan apa yang berlaku hingga menyebabkan dia melarikan diri. Apabila terima berita kemalangan itu tempoh hari, hati mereka bertambah remuk. Ayah pun mengamuk memarahi Harris ketika itu. Tetapi akhirnya mereka redha kerana tahu kemalangan ini bukanlah satu hal yang sengaja Harris lakukan.
Mata Harris beralih pada perempuan yang dia nantikan kepulangannya setiap hari. Tetapi pandangan perempuan ini padanya sudah tidak lagi sama. Wajahnya merah dibasahi air mata. Matanya yang sudah bengkak sedang merenung tajam dirinya yang tercegat di pintu.
"Maira." Harris memanggil lembut.
"Kau buat apa kat sini?" Humaira menyoal dulu. Nadanya bergetar kerana menahan marah.
Sejak Airin memberitahunya tadi tentang perkara sebenar yang berlaku, hatinya hancur. Rasa benci pada Harris membuak-buak. Hatinya bagai dirasuk syaitan mula merasakan Harris sengaja melanggar dirinya tempoh hari. Patutlah tiada siapa langsung yang sebut tentang hal ini sebelum ini.
"Maira." Ayah menegur supaya menjaga katanya.
"Saya memang datang nak jumpa awak." Balas Harris. Wajahnya jelas terdesak.
"Aku tak nak jumpa kau." Terus Humaira membalas dengan nada jelas dingin. Dia menjeling tajam pada Harris.
"Maira. Tolong jangan macam ni." Ayah mula bertegas.
"Selama ni Harris datang tengok Maira setiap hari tau. Tanya macam-macam dekat doktor dengan nurse. Tapi dia tak jumpa Maira sebab tahu nanti Maira akan marah, akan emosi macam ni. Dia tak nak ganggu proses penyembuhan Maira daripada kemalangan tu. Dia sabar je tengok Maira dari jauh tunggu Maira sembuh sikit." Ayah menjelaskan hal sebenar.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...