26

4.5K 183 8
                                    

Humaira terus keluar berlari apabila pintu lif dibuka. Dia terus berhenti di depan pintu rumahnya. Naik turun dadanya tercungap-cungap mencari nafas. Sungguh saat ini dia berdebar. Matanya sempat tertancap pada dua pasang kasut milik mama dan papa di luar pintu. Tak dapat dia menjangka keadaan di dalam rumah. Apabila Harris tidak lagi mengangkat panggilan tadi, dia sudah tidak sedap hati.

'Rabbi yassir wala tu'assir...'

Pintu rumah mereka perlahan dibuka Humaira. Dia melangkah menuju ke dalam rumah dengan penuh debaran.

"Assalamualaikum." Humaira memberi salam.

Tiga pasang mata sedia memandangnya. Dia dapat menghidu keadaan sudah menjadi tegang. Wajah papa kelihatan dingin sedang berdiri di bahagian sliding door. Mama pula jelas dengan wajah kesal namun dia cuba tersenyum.

"Waalaikumsalam." Mama membalas.

Tetapi antara mereka bertiga, Humaira lebih risau apabila melihat wajah Harris. Harris sempat memandang Humaira sekilas kemudian dia tertunduk semula. Wajahnya penuh rasa bersalah dan kekesalan. Humaira perasan mata Harris merah seolah menahan kesedihan.

"Mama, papa. Bila sampai?" Berdebar Humaira menyoal. Dia melangkah menghampiri mereka untuk bersalaman.

"Baru je. Ooh, mama dengan papa nak solat Zuhur dulu. Lama pulak berbual dengan Harris ni." Mama cuba menyorok. Sedangkan keadaan sangat kekok ketika ini.

Harris terus bangun dan membawa mereka ke bilik tidurnya. Humaira sempat memberi isyarat mata pada Harris tetapi dia hanya menggeleng perlahan.

"Mama dengan papa solat lah dalam bilik ni." Harris berkata dengan nada bersahaja.

"Mama, Maira ambikkan telekung kejap eh."

Humaira laju mengambil sepasang telekung dari almari dan pergi semula ke bilik Harris. Mata Humaira terbeliak kerana terlihat bilik Harris masih lengkap dengan barang-barangnya. Dia sendiri keliru apa yang telah berlaku. Dia hanya mendiamkan diri. Saat pintu bilik itu telah ditutup, dia terus menarik Harris ke ruang tamu.

"What happened?" Humaira menyoal dengan wajah risau.

Harris mengeluh panjang.

"It's over. Sorry saya memang tak sempat nak pindah barang saya."

"What? Betul ke?" Humaira masih tidak percaya.

"Yup. Mama papa dah ada depan pintu. Diorang nak solat tadi and obviously I will provide that room for them instead of the small room. Saya ingat boleh cover la bilik tu just for my work station. But, mama's instinct wins everytime."

"Lepas tu? Tadi awak dengan diorang kat sini kenapa nampak tegang je?"

"Hmm they just....they just gave me some advice." Harris hanya tersenyum nipis.

Riak wajah Humaira serta merta berubah. Baru hanya dua bulan dia tinggal bersama dengan Harris tetapi dia tahu wajah Harris sedang menyorok sesuatu. Dia tahu Harris sedang berasa sedih dan kesal. Entah kenapa dia sebak melihat Harris masih cuba tersenyum.

"Awak tipu. Mama dengan papa marah awak eh?"

"Mana ada. You just don't have to worry." Harris tersenyum lalu cuba melarikan anak matanya.

"Harris. Awak okay ke tak? Saya tahu keadaan tak okay masa saya balik tadi." Humaira tidak mahu Harris menghadapi hal ini seorang diri.

"Saya okay. I'm really fine. Dah la. Saya nak keluar sekejap tau. Nak cari some foods untuk mama dengan papa." Harris cepat-cepat mengubah topik.

"Harris..." Humaira memanggil. Sebenarnya dia sendiri risau hendak berhadapan dengan mama dan papa seorang diri.

"I'll come back as soon as possible." Harris membalas dengan memandang mata Humaira.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now