Pagi ini tibalah hari untuk Harris pulang ke Australia selepas tamat cuti semesternya. Suasana mula bertukar sebak di tepi pintu masuk ke bahagian perlepasan KLIA2. Harris mula bersalaman dengan adik beradiknya diikuti dengan papa. Papa memeluk erat tubuh anak lelakinya itu. Ditepuk perlahan belakang tubuh anaknya. Selepas pelukan dileraikan, Harris bersalaman dan memeluk mama sekuat hatinya. Dicium pipi dan dahi mama dengan penuh kasih.
"Doakan Harris ya, ma. One year more to go."
"Mama sentiasa doakan anak mama. InshaaAllah semoga Harris pulang ke sini semula dengan selamat."
"Thank you, mama. Thank you sebab banyak tolong Harris." Bisik Harris di telinga mama.
"Selagi mama hidup, selagi tu mama akan tolong semua anak-anak mama." Suara mama bergetar kerana sebak. Air mata bertakung dilap segera.
Seusai mereka melepaskan pelukan, Harris menghampiri Humaira yang dari tadi tercegat memerhatikan mereka. Pandangan mama, papa, Kak Linda, Abang Hadi dan Hannani tertumpu ke arah mereka berdua. Sengaja mahu lihat adegan mereka.
Pandangan Harris dan Humaira bertaut lama. Jantung masing-masing berdegup laju.Sebenarnya sejak kejadian pada malam dua hari lalu, keadaan agak kekok antara Harris dan Humaira. Humaira sendiri masih tidak banyak bercakap. Mungkin masih dalam keadaan terkejut dan cuba untuk menerima.
Tidak sangka tiga bulan yang pada mulanya disangkakan seperti tiga tahun ini sudah berlalu. Tiga bulan mereka harungi pelbagai perkara manis dan pahit yang membuatkan mereka semakin kenal sesama sendiri. Kini, masa untuk mereka menatap wajah sesama sendiri di depan mata telah berakhir.
Harris menghulurkan tangannya. Humaira terus menyambut salamnya dan mencium lembut tangan Harris. Jujur hatinya berdebar melihat lelaki ini akan pergi. Kali ini lelaki ini tidak pergi dengan berdiam diri seperti dulu. Namun, hati Humaira dipenuhi rasa sebak yang membuak. Terasa tiga bulan ini berlalu tanpa usahanya untuk mengenali Harris dan belajar untuk menerima Harris sebagai suami. Itu yang dia kesalkan.
Bibirnya Harris mengukir senyuman melihat wajah Humaira. Wajah yang akan dia rindu nanti. Ingin sekali dia sentuh wajah itu. Ingin sekali dia memeluk tubuh itu. Tetapi keadaan hubungan mereka tidak membenarkan dia melakukan sebegitu. Akhirnya tangannya diangkat dan menyentuh lembut kepala Humaira.
"Take care." Hanya dua patah yang keluar dari bibirnya.
Humaira terkedu. Itu kata-kata yang sama ketika kali terakhir Harris melihatnya dua tahun lalu. Hati Humaira semakin berdebar. Rasa sebak semakin membuak melihat senyuman lelaki itu. Tetapi tiada kata yang mampu dia keluarkan saat ini. Dia tahu air mata pun akan turut mengalir nanti. Tidak pernah dia sangka rasa sedih hadir dalam dirinya apabila hari ini tiba.
'Relax sikit, Maira. Jangan la nangis depan family Harris ni. Nanti jumpa lagi kan.' Humaira menggigit bibirnya sekuat hati menahan air mata daripada tumpah. Egonya masih meninggi.
Namun, kata hatinya itu buatkan dia tersentap sendiri. Bagaimana dirinya pasti Harris akan pulang bertemu dengannya lagi? Bagaimana jika ini kali terakhir? Bagaimana jika Harris buat keputusan untuk sepikan diri sekali lagi? Bagaimana jika nanti Harris akan berubah hati dan putus asa dengan segala usaha untuk membuka hatinya dan memilih untuk berpisah dengannya?
Humaira menelan air liurnya yang terasa pahit. Dia takut dengan bayangannya sendiri. Saat Harris hendak menoleh, Humaira segera menahannya.
"Harris."
"Hmm?" Harris terus memandang tepat wajah Humaira. Dia menanti kata-kata yang akan mengubati hatinya.
"Awak pun jaga diri kat sana." Perit untuk Humaira keluarkan kata dari mulutnya.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...