51

4.4K 172 59
                                    

Tengah hari itu, Harris merenung lama skrin telefonnya. Jarinya bergerak-gerak mengetuk meja.

Dua tiga hari ini dia masih teringatkan Iqram yang 'terjumpa' Humaira. Hatinya masih risau jika lelaki itu sengaja mendekati Humaira. Risau jika nanti Humaira berubah hati. Tambah lagi kini dia sudah punya dua isteri. Terlalu jauh Harris fikir hingga risaukan jika Humaira mahu meninggalkannya.

'Betul ke Maira tak pernah contact Iqram?' Hatinya ragu-ragu.

Tetapi apabila diingatkan perihal Iqram menolong Humaira ketika tayarnya pecah tempoh hari, Humaira sendiri mengakui dia tidak berhubung langsung dengan Iqram.

Harris menyandarkan tubuhnya. Wajahnya diraup perlahan. Serabut memikirkan hal ini. Namun, dia menepis fikiran negatif itu. Di sudut hatinya dia tetap bersyukur sekurang-kurangnya Iqram, orang yang dikenali Humaira bertindak jujur tolong menemankan Humaira pada malam itu. Tak dapat bayangkan jika ada perkara buruk menimpa Humaira. Nauzubillah.

Akhirnya Harris tekad menghubungi Iqram. Dia rasa dia buat apa yang patut. Nombor Iqram yang disimpannya dulu didail.

"Hello assalamulaikum." Suara Iqram muncul. Nadanya jelas sedang mengawal rasa terkejut.

"Waalaikumsalam. Aku ni, Harris."

"Ya Harris. Aku ada simpan nombor ni. Kenapa call?" Iqram menyoal sopan.

"Sorry. Aku kacau ke?" Harris melihat jam di pejabatnya. Dia sendiri sedang lunch break ketika ini.

"Tak kacau lah. Tengah break. Kenapa ya?"

"Aku....ehemm....aku nak cakap terima kasih sebab temankan Maira haritu."

Iqram terkedu. Lah tu je?

"Terima kasih sebab jujur temankan dia."

Iqram berkerut. Jujur? Apa maksud Harris?

"Tak ada hal la. Tak sengaja je jumpa malam tu. Aku tengok Maira sorang-sorang tu yang aku teman. Risau pulak."

Rahang Harris menegang. Terbit rasa cemburu apabila ada lelaki mengatakan dia risaukan isterinya. Dulu tolong tukarkan tayar. Lepas itu tolong temankan. Kedua-dua keadaan itu ketika Humaira sepatutnya memerlukan dirinya sebagai suami. Tapi salah dia sebab gagal hadirkan diri.

Harris membetulkan duduknya. Rasa geram tapi tak mahu ditunjukkan ego lelakinya.

"Terima kasih la risaukan Maira. Tapi Iqram, aku harap sampai situ je lah."

"Maksud kau?"

"Aku bukan apa, jujur aku tak selesa bila Maira jumpa kau. Aku tahu hubungan korang dulu. Aku tak salahkan kau sebab korang berjumpa secara tak sengaja. Tapi aku harap sampai situ je lah. Kau faham kan?" Harris berterus terang. Dia cuba menjaga nadanya supaya tenang.

"Excuse me?" Iqram tergelak sinis. Dia mengetap bibirnya. Sampai ke situ Harris berfikir.

"Sorry if my words hurt you." Kata Harris.

"Aku faham sangat, bro. Kau suami, jadi aku faham pesanan kau ni. Tapi kau jangan risau. Bukan kau je, Maira sendiri pun tak selesa dengan aku. Cuma aku ni tolong sebagai kawan je."

"Itu yang aku cuba sampaikan. Aku tak nak benda tu jadi lebih dari kawan." Tiba-tiba Harris bertegas.

Iqram terdiam. Air liur ditelan kesat.

"Baik, aku faham. Sorry kalau rasa aku ni merisaukan. Tapi aku harap kau pun tak salah faham dengan aku. Aku tak kacau isteri orang lah. Don't worry." Iqram membalas selamba.

"Good then. Sorry again kalau aku ada salah cakap."

"Tak apa aku tak ambik hati."

"Okay itu je aku nak cakap. Bye."

HUMAIRAWhere stories live. Discover now