16

5.1K 213 22
                                    

Mereka sebilik Humaira merenung tepat pada wajah Humaira. Wajah Humaira masih pucat sejak mendengar jawapan Akeef tadi. Dia sendiri sedang cuba menghadam apa yang telah berlaku pad hubungannya dengan Harris.

"Saya nak setel beberapa benda."

"Awak ada kerja ke? Student Archi masa cuti pun ada kerja ke?"

"Tak lah. Bukan ada assignment. Ada la a few things kerja haritu tak setel. And saya ada training."

'Harris tipu aku.' Humaira teringat perbualannya dengan Harris ketika di rumah keluarga Harris. Hatinya kesal Harris tanpa rasa bersalah menipu dirinya yang sudah bergelar isteri.

'Harris tinggalkan aku? Kenapa aku kena rasa sedih? Adakah sebab aku dah jadi isteri dia walaupun aku tak cintakan dia?'

Ada rasa sedih, kadang rasa marah. Ada saat yang Humaira terasa hanya hendak ketawa kerana merasakan semua ini hanya jenaka. Nak gila sudahnya.

"Maira, takkan kau nak diam je?" Firzanah akhirnya bersuara kerana sejak dari tadi Humaira mengunci mulut.

Airin hanya mendiamkan diri. Hatinya diselubungi rasa bersalah. Dulu Iqram Shah, sekarang Harris pula buat hal tinggalkan Humaira. Tambah pula baru semalam dia melihat kawannya itu berazam ingin membaiki hubungannya dengan Harris.

"Maira, you need to ask your parents about this. Eii kalau betul la Harris tinggalkan kau, I'm sorry to say this Maira, Harris is a trash." Eleena melepaskan marahnya.

Airin pantas menyentuh lengan Eleena sebagai isyarat untuk tidak menambah luka di hati Humaira. Eleena hanya mendengus geram.

"Fir, apa lagi Akeef tu cakap?" Airin menyoal. Dia sendiri baru pulang dari kelas dan terus menyaksikan keadaan tegang ini.

"Dia cakap dia tak tahu Harris tak bagitahu Humaira pasal benda ni. Benda ni dah lama. Result program scholarship yang Harris dapat tu dari semester lepas. Maksudnya Harris tahu dia akan ke Aussie sebelum dia decide nak kahwin dengan Humaira. Kawan-kawan dia memang tahu dia tak ada sem ni. Kalau student lain dapat tahu yang Humaira tak tahu, memang kecoh ni wei!" Firzanah membalas.

"Akeef tu boleh percaya tak?" Eleena tiba-tiba menyoal. Dia takut jika Akeef yang menyebarkan cerita.

"Aku dah warning dia tadi jangan bagitahu sesiapa. Muka Akeef tu boleh percaya la sebab dia pun terkejut Maira tak tahu pasal ni. Dia pun macam kesian je kat Maira tadi."

"Dia ada contact Harris ke?" Airin pula menyoal.

"Tak ada. Harris cuma kata dia akan Whatsapp tapi masih tak ada khabar. Dia cuma DM Harris kat Instagram je itupun tiga empat hari baru Harris reply." Firzanah menjawab.

Humaira masih mendiamkan diri memandang ke luar tingkap bilik mereka. Fikirannya masih menerawang. Dia sangkakan semester ini tiada masalah lain yang akan berlaku. Dia sangkakan kali ini dia dapat senyum semula dan membina hidup baru. Tetapi saat ini dia sedar rasa perit ini yang akan menemaninya dan dia sendiri tidak tahu sampai bila.

Tiba-tiba kepalanya terasa berat. Tangannya menyentuh dada yang naik turun mencari nafas. Hatinya benar-benar sesak. Dia tertanya-tanya mengapa Tuhan mengujinya hingga begini. Kini dia sendiri tidak faham takdir untuknya.

"Maira, kalau kau tak larat, tak payah la pergi kelas petang ni." Airin yang mula risau melihat keadaan Humaira terus menyentuh bahu kawannya itu.

Firzanah hanya mengeluh risau. Dia sendiri saksikan Humaira bergelumang air mata selepas meninggalkan dia dan Akeef tadi. Dia tidak percaya Harris sanggup meninggalkan Humaira. Apatah lagi diri Humaira sendiri yang telah ditinggalkan.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now