Jam menghampiri 12.30 tengah malam. Humaira berhati-hati membuka pintu bilik. Namun langkahnya terhenti apabila Harris masih sedang bermain dengan telefonnya di atas katil.
"Awak tak tidur lagi?" Tegur Humaira.
Harris terus menoleh. Berbaur perasaan hatinya melihat Humaira.
"Kenapa awak naik lambat sangat?"
Humaira hanya tersenyum nipis. Dia melangkah perlahan lalu duduk di atas katil.
"Saya ingat awak dah tidur. Sorry, tadi saya setelkan sikit lagi untuk esok." Balas Humaira.
"No. You don't have to be sorry."
Harris terus bergerak dan meletakkan kepalanya di atas riba Humaira. Hatinya saat ini berdebar menantikan majlis pernikahannya dengan Zaileen esok. Perasaan berdebar ini tidak sama dengan perasaannya ketika hendak bernikah dengan Humaira dulu. Jujur hatinya tidak tenang dan mahu saja dia larikan diri. Sekuat hati dia merangkul kedua paha Humaira. Bercelaru perasaannya saat ini memikirkan majlis esok.
Tangan Humaira terus beralih ke atas kepala Harris. Diusap lembut rambut suaminya. Dia faham perasaan Harris. Dia sendiri tidak dapat mengungkap perasaan dalam hatinya. Cuma dia hanya mahu kelihatan tenang. Supaya Harris tahu dia benar-benar ikhlas dengan Zaileen.
Perempuan mana saja yang sepenuh hati gembira dan tenang apabila melihat suaminya akan bernikah dengan perempuan lain. Termasuklah isteri yang diri sendiri mahukan hidup bermadu. Tetapi dalam hati isteri itu, hanya Tuhan yang tahu. Di sudut hati kecil Humaira, dia teramat risau. Risau memikirkan adakah mampu dia hidup tanpa Harris di sisinya, adakah suatu hari nanti Harris akan berubah hati dan adakah dia benar-benar yakin dia reda dengan keputusan ini? Namun, kini dalam fikirannya hanya satu. Dia mahu Zaileen gembira buat kali terakhir di hujung masanya di dunia ini.
Mereka berdua hanya menyepi. Tangan Humaira masih membelai Harris di atas ribanya. Masing-masing menikmati masa berdua di dalam cahaya suram. Hati masing-masing berdebar menantikan hari esok. Esok segalanya akan berubah.
"Sayang." Humaira mula bersuara.
"Hmm?"
"Saya harap bila awak dah bernikah dengan Zaileen nanti, awak jadilah seorang suami untuk dia. Bukan sekadar hendak menunaikan janji awak."
Harris terkedu. Semakin kuat pelukan pada Humaira. Dia pedih mendengar kata-kata Humaira.
"Awak bahagiakan dia di saat-saat dia hidup. Tunaikan segala janji awak pada dia dulu. Jalankan tanggungjawab awak. Bagi peluang untuk Zaileen merasa kasih dan sayang awak sebagai seorang suami. Boleh kan?"
Harris menoleh wajahnya dan mendongak memerhatikan Humaira. Dia merenung lama wajah itu. Mengapa Humaira begitu tenang berkata begini? Mengapa Humaira rela melihat Zaileen akan berkongsi suaminya?
"Hmmm tengoklah." Balas Harris acuh tidak acuh.
"Saya harap awak ikhlaskan hati awak. Bukan kahwin dengan Zaileen sebab saya je, tapi sebab awak nak bahagiakan dia sebagai isteri. Kesian kat Zaileen. Kita tak tahu apa yang dia tanggung selama ni dia tengok awak kahwin dengan saya. Kalau awak rasa susah nak sayang pada dia, awak cuma fikir nak layan dia baik-baik sementara dia hidup kat dunia ni. Itu je yang dia nak."
Harris menghela nafas panjang mendengar pesanan Humaira. Itu jugalah pesanan yang sering keluar dari bibir Humaira beberapa hari ini.
"You won't hate me right, baby?" Harris menyoal.
"Why would I? Saya yang mintak izin awak kahwin dengan Zaileen kan?" Balas Humaira sambil tersenyum.
"I can't imagine what's going to happen tomorrow. Dulu saya cuak sangat nak kahwin dengan awak. Tapi saya tak sabar. Tak sabar nak selesai nikah, nak ikat awak dengan saya. Nak tunjuk kat awak yang awak tu saya punya. Haha. Tapi kali ni.....saya cuak. Tapi saya rasa nak lari. Saya rasa tak seronok."
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...