Jam menunjukkan hampir 10 pagi. Harris hanya memandang pintu bilik utama dari meja makan. Dari tadi dia menanti Humaira keluar dari bilik itu.
"Tidur lagi ke?" Harris mula berprasangka buruk. Nak sangat kahwin sekali dapat perempuan bangun lambat.
Harris hanya mendengus lalu bangun menuju ke depan pintu bilik Humaira.
Tok! Tok! Tok!
Tiada jawapan.
Tok! Tok! Tok!
"Humaira." Harris cuba memanggil.
"Hmm?" Tak lama kemudian wajah Humaira muncul di depan mata. Harris terkedu seketika.
"Awak dah breakfast?"
'Mesti la belum. Aku makan biskut Chipsmore 3 keping je tau. Aku lapar gila tapi rumah ni tak ada apa tahu tak?!! Dari semalam kau tolong belikan makanan. Malu la aku nak mintak kau belikan lagi.' Humaira membebel tetapi semuanya hanya dalam hati.
"Belum." Hanya itu yang keluar.
"Saya ada belikan nasi lemak. Pergi la makan, ada atas meja tu." Lembut Harris memberitahu.
Mata Humaira mula bersinar.
'What? Nasi lemak. Ya Allah sedapnya!' Humaira menjerit dalam hati. Dia cuba mengawal wajahnya supaya tidak terlalu teruja.
"Okay. Thank you." Dia mengangguk perlahan.
Humaira terus ke dapur untuk mencuci tangan. Dia lihat Harris turut berada di situ sedang membancuh air.
"Emm...awak dah makan ke?" Humaira teragak-agak menyoal.
"Dah. Saya ingat awak tidur lagi. Saya tak nak kacau."
Humaira membuat muka. Suka hati je cakap aku tidur lagi. Harris melihat Humaira atas bawah. Dia memerhatikan Humaira dengan short pants merah jambu paras paha dan baggy tshirt berwarna putih. Rambutnya diikat sanggul tinggi. Nampaklah Humaira bukan seperti bangun tidur walapun pakaiannya seperti terlalu selesa berada di rumah. Namun, renungan Harris terhenti apabila dia tersedar Humaira memandangnya.
"Anything?" Humaira menyoal dingin. Dia perasan Harris memerhatikannya.
"Err...nak saya buatkan air?" Harris cepat-cepat melarikan pandangan.
"If you will, thank you." Humaira membalas lalu beredar dari dapur.
Harris menghela nafas lega. Risau Humaira fikir bukan-bukan melihat dia memerhatikan Humaira tadi.
Harris duduk di depan Humaira di meja makan lalu menghulurkan secawan air. Humaira hanya memandang skrin phone. Sebenarnya dia cuba mengelak keadaan kekok antara mereka. Dari semalam lagi sejak ibu dan ayah balik mereka tidak banyak bercakap. Salah dia juga kerana hanya berkurung di dalam bilik. Dia masih terasa hati dengan segala perbuatan Harris. Setakat ini masing-masing masih tidak membuka mulut tentang apa yang telah berlaku antara mereka. Dan sebenarnya Humaira masih menunggu Harris sendiri yang menjelaskan semua itu.
"Humaira, hari ni awak ada nak buat apa-apa?"
Humaira memandang Harris lalu menggeleng.
"Tak ada. Kenapa?"
"Kita...pergi beli barang dapur rumah ni nak?" Harris memberi cadangan. Dia sendiri rasa rumah ini terlalu kosong. Takkan setiap hari nak bungkus. Memang terasalah duit mengalir seperti air.
Semakin perlahan Humaira mengunyah kerana memikirkan sesuatu. Nampaknya dia kini tinggal bersama Harris, jadi dia perlu membeli barang keperluan bersama Harris. Oh lupa dia suami aku.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...