"Puan ada apa-apa nak tanya tak sebelum kita habiskan sesi hari ni?" Soal Humaira pada pesakit wanita 40an di depannya.
"Tak ada." Pesakit itu menggeleng dengan senyuman.
"Okay kalau macam tu, setakat tu je lah harini. Nanti tinggal sesi terakhir bulan depan. Macam saya kata tadi, bila dah habis nanti kita akan buat assessement ke atas puan untuk tentukan puan perlu lagi tak jalani kaunseling ni. Okay, itu saja, puan. Terima kasih."
"Terima kasih, Puan Humaira."
"Sama-sama. Hati-hati balik ya."
Humaira tersenyum sambil melihat pesakit itu keluar dari biliknya. Seronok rasa hatinya apabila setiap pesakit yang menjalani kaunseling dengannya semakin baik dan stabil.
Tiba-tiba, mata Humaira beralih pada telefon yang berbunyi di atas meja.
"Hello sayang. Assalamulaikum." Humaira menjawab panggilan dari Harris.
"Waalaikumsalam. Sayang busy ke?"
"Tak. Baru habis jumpa patient. Tengah tunggu next patient."
"Ooh ya ke. Okay saya tak nak cakap lama tapi nak bagitahu sayang yang petang ni saya bawak Zaileen keluar tau. Zaileen dari semalam mintak bawakkan dia keluar.
"Eh bila awak nak bawak Zaileen? Awak dah balik dari Seremban ke?" Soal Zaileen. Dia tahu Harris akan pulang ke rumah hari ini setelah tiga hari outstation ke Seremban.
"Petang ni dalam pukul 4 saya sampai kot. Tak tahu la Zaileen kata dia tak tahan pening kepala lepas tu asyik mual bila duduk dalam rumah. Nak keluar."
"Laaa kenapa Zaileen tak cakap kat saya. Boleh saya yang bawak dia masa awak tak ada. Kesian awak penat baru balik dari Seremban."
"Hmm tak apalah. Dia tak nak susahkan awak la tu."
"Ke baby dalam perut nak berkepit dengan daddy dia?" Humaira mengusik.
"Tak tahu lah. Perempuan mengandung memang nak melekat dengan suami je ke?" Harris hanya tergelak kecil.
"Mana saya tahu, saya tak pernah mengandung." Selamba Humaira membalas.
Harris terdiam. Dia tiada niat apa-apa berkata begitu pada Humaira.
"Alaaa awak sabar je la layan Zaileen tu. Ni masa pregnant je dia nak mintak awak layan dia. Nanti dia dah bersalin nanti, dia kena layan baby pulak. Awak pun kena fokus kat baby jugak."
"Hmm." Harris tiada kata lagi. Hatinya seperti sebak dengan kata-kata Humaira. Humaira sangat memahami dirinya.
"Emmm sayang. Sayang nanti dinner dengan Zaileen kat luar ke?"
"Tak kot. Saya tak ada la nak bawak dia keluar lama-lama. Saya tak larat lah."
"So dinner kat rumah eh?" Suara Humaira bertukar teruja.
"Yes. Nak dinner dengan awak."
"Okay! Awak nak makan apa? Saya masak."
"Anything will do."
"Alright. Nanti apa-apa saya text awak tau."
"Okay, sayang. Bye."
"Bye."
Humaira menutup skrin. Rindunya pada suami tiga hari tidak berjumpa. Hatinya berdebar tidak sabar menanti malam ini. Namun, lama-kelamaan senyuman di bibir Humaira mati.
"Harris lupa ke?"
Dia akui semakin lama semakin kurang masanya bersama Harris. Mungkin Zaileen memerlukan Harris kerana keadaanya yang hamil. Kini, ada hari ketika Harris sepatutnya tidur bersamanya, dia terpaksa beralah kerana Zaileen mahukan Harris. Humaira mengakui dia sendiri mahukan Harris beri perhatian kepada Zaileen. Kerana Zaileen yang sedang sakit dan kini mengalami alahan hamil. Cuma hingga satu masa, dia terdetik jika Harris masih berlaku adil padanya.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...