9

4.5K 240 8
                                    

Humaira menghabiskan masa petangnya seorang diri di perpustakaan universiti. Sejak kejadian buruk dengan Harris berlaku, belum pernah lagi dia menjejakkan kakinya di Blok A apatah lagi Common Room di blok itu. Setiap kali dia melintasi Blok A hatinya hanya mahu mengharapkan masa dapat berputar semula.

Humaira sedang sibuk mengepilkan kertas salinan jurnal sebagai rujukannya untuk membuat tugasan. Telinganya disumbatkan earphone untuk mendengar lagu.

Dia hanya fokus membuat kerjanya sendiri. Jika matanya melihat sekeliling dia tahu masih ada beberapa pasang mata yang memandangnya senyap-senyap. Dia sudah lali dengan pandangan pelajar lain padanya.

Tiba-tiba kerusi di depannya ditarik. Matanya terus memandang siapa yang selamba duduk di depannya tanpa dijemput. Dia mula rasa menyampah melihat wajah itu tetapi sudah malas memberi amaran yang sama.

Minggu lepas pun sekali lagi dia terserempak dengan Harris di kafe. Tetapi paling memalukan kerana Harris hendak membayarkan makanannya di kaunter. Harris berbuat begitu hanya kerana dia melihat Humaira tercari-cari beg dompetnya di dalam beg. Segera Humaira menolak apatah lagi ramai pelajar lain berada di kafe ketika itu dan ramai yang melihat mereka. Dia hanya menolak sekali dan terus meninggalkan Harris di sebelahnya. Dia tidak mahu pelajar lain terus mereka cerita tentang mereka.

"Kenapa awak duduk sini?" Soal Humaira sambil menjeling Harris di depannya.

"Saja." Balas Harris pendek membuatkan Humaira lebih geram.

Dia tahu Harris bukanlah orang yang sering ke perpustakaan. Firzanah sendiri menceritakan hal itu. Pelajar 'famous' seperti Harris memang akan jarang dijumpai di tempat terbuka sebegini selain kerana ada discussion dengan ahli kumpulan untuk tugasan.

"Banyak lagi meja lain yang kosong. Pergi la duduk tempat lain." Balas Humaira tegas. Dia terus sambung menyusun kertas-kertas itu.

"Kenapa saya kena ikut cakap awak?"

Humaira tergamam mendengar soalan Harris. Ini kali pertama dia mendengar Harris membalas begitu. Humaira memandang sekelilingnya. Seperti yang dia sudah jangka pelajar-pelajar lain ada yang curi memandang mereka.

"Awak tengok student lain. Nampak tak diorang tengok-tengok kita. Tak malu ke?" Humaira mula rimas.

"Tak." Harris menjawab sambil mencebik.

Humaira tergamam sekali lagi.

"Nak malu kenapa? Satu universiti ni dah tahu pasal kita. Ada yang tahu cerita sebenar dan ada yang dengar cerita salah. Tapi kita tak boleh ubah pandangan diorang kat kita kan? So?" Harris menyambung.

Humaira terdiam mendengar jawapan Harris. Dia akui ada benarnya pendapat Harris.

"Plus, semua orang dah tahu kita kena kahwin. We made history in this university. Student lain yang bercouple sibuk dating tu belum tentu nak kahwin. Tapi kita yang memang nak kahwin ni, bila saya nak tegur awak pun salah ke?" Harris menyambung lagi dengan wajah selamba.

Jantung Humaira terus berdegup pantas apabila mendengar jawapan Harris. Rasa gugup kerana ini kali pertama Harris berani bercakap dengannya tentang keputusan antara ibubapa mereka itu. Muncul rasa geram kerana perkara itu tidak akan berlaku. Jadi kenapa lelaki ini perlu bergurau hal itu dengan yakin? Erghh!

"Excuse me." Humaira mengangkat sebelah keningnya.

"What?" Harris memandang Humaira berpura-pura tidak memahami maksud Humaira.

"Jangan cakap macam tu boleh tak? Awak suka ke parents kita buat keputusan macam tu dalam board meeting?"

"Entahlah. Saya ikut je lah."

HUMAIRAWhere stories live. Discover now