Hujung minggu itu Harris dan Humaira ke taman rekreasi. Humaira sudah biasa mengikuti rutin Harris yang mahu berjoging dan bersenam di hujung minggu. Pada mulanya dia malas tapi dia tahu Harris sukakan aktiviti sebegini. Jadi ikut sajalah Humaira dengan kehendak suami.
Sedang mereka memanaskan badan, Harris memandang Humaira sekilas.
"Maira, hari ni saya nak awak ikut saya joging lima round."
"Haa?! Tak nak lah." Humaira terkejut.
Biasanya Humaira hanya akan berjoging tiga pusingan di taman itu. Selebihnya dia hanya bersiar-siar dan berehat di taman sambil membiarkan Harris 'menikmati' waktu riadahnya.
"Alaaa another 2.5km je."
"2.5km je?! Takpelah awak joging lah sorang. Saya rela jalan 2.5km pergi kedai mamak depan tu."
Harris tergelak kecil.
"Alaaa jom la. Bila awak nak naikkan distance awak?" Harris memujuk lembut.
"Nanti saya tak larat macam mana?"
"Tak larat kita stop lah."
'Halah malasnya cakap dengan orang sukan ni.' Bisik Humaira dalam hati sambil merenung Harris.
"Okay tapi apa saya akan dapat kalau saya complete lima round?"
Harris berkerut sambil tersenyum senget. Ada saja idea di kepala Humaira supaya dia mendapat keuntungan.
"Dapat kesihatan yang baik lah."
"Uwekk! Clichenya jawapan." Selamba Humaira membuat muka menyampah.
Harris terus melepaskan ketawanya. Memang tak lah Humaira termakan kata-kata begitu.
"Okay. Lepas ni kita pergi breakfast sedap-sedap." Harris cuba memancing dengan makanan.
"Tapi kita memang pergi breakfast setiap kali lepas joging. Jangan nak umpan saya dengan breakfast eh. Awak yang paling lapar sekali lepas awak exercise." Humaira mengecilkan matanya merenung Harris.
Harris tersenyum senget.
"Okay awak nak apa?"
Lama Humaira berfikir. Dia hanya memandang wajah Harris sambil tersenyum.
"Tak ada apa. Asalkan awak teman saya sampai habis lima round."
"Itu je?" Soal Harris dengan wajah hairan.
"Itu je. And nanti saya nak order makanan banyak-banyak. Roti telur, roti bom, roti tisu, roti cheese...."
"Ya lah. Ya lah. Ikut awak lah. Janji awak jangan suruh saya habiskan kalau awak tak larat makan semua tu eh." Pantas Harris memotong.
"Heee okay!"
Selepas hampir sejam mereka berlari, Humaira sudah terlalu penat ketika mereka di pusingan keempat trek larian di taman itu. Langkahnya semakin perlahan dan dia mula membiarkan Harris berlari ke depan. Tetapi memang tidaklah Harris hendak 'melepaskan' Humaira untuk berehat. Tidak sampai seminit Harris sudah berpatah balik.
"Penat sangat dah ke?" Harris menyoal.
"Hmmm." Balas Humaira dengan termengah-mengah.
"Okay take a deep breath and we'll continue in slower pace. Kalau awak stop lagi awak akan penat nak sambung."
"Hmm." Pendek jawapan Humaira yang hanya bersetuju.
"Awak okay tak ni?" Harris tergelak kecil melihat wajah Humaira yang sudah merah.
Humaira terus merenung tajam wajah Harris. Laju tangannya menumbuk lengan Harris. Dia menyampah diketawakan begitu. Semakin bertambah melihat Harris ketawa besar. Mentang-mentang dulu dia 'Best Athlete' di universiti. Haih kenapalah student Best Athlete kategori perempuan dulu tu yang kahwin dengan lelaki ni? Kan padan sama-sama fit.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...