Setahun kemudian...
Pagi itu, Harris bersiap-siap hendak keluar. Sejak dia bekerja, hujung minggu begini pun dipanggil jika ada projek sedang dijalankan. Dia menoleh sekilas apabila melihat Humaira yang baru keluar dari bilik air. Dia perasan Humaira seperti sedang mengelamun. Apabila melihat Harris di depannya baru Humaira tersedar.
"Awak dah siap? Saya buatkan breakfast kejap eh."
"Okay thank you." Harris tersenyum.
"Nasi goreng okay tak?"
"Anything will nice." Harris hanya bersetuju.
Humaira hanya tersenyum nipis lalu terus keluar menuju ke dapur. Melihat Humaira sudah menuruni tangga, Harris melangkah perlahan masuk ke bilik air. Dia terus membuka tong sampah yang tersedia di dalam bilik air. Riak wajahnya berubah lalu mengeluh panjang.
Dia sudah jangka ini sebabnya apabila membaca air muka Humaira tadi. Pregnancy test kit di dalam tong sampah itu jelas menunjukkan hanya satu garisan. Harris tahu Humaira hampa melihat keputusan itu.
Sejak kebelakangan ini Harris tahu Humaira hanya sorok-sorok membuat ujian ini. Dia tidak mahu Harris hampa melihat keputusan ujian ini. Tetapi Harris sangat memahami perasaan Humaira. Dia sendiri tidak pernah kecewa atau menyalahkan Humaira. Tidak pernah sama sekali. Baginya, ini semua ketentuan Allah yang Maha Merancang. Namun, dia tidak mahu Humaira menanggung rasa ini berseorangan.
Ketika di dapur, Humaira pula sibuk memasak untuk sarapan. Tetapi fikirannya tidak habis memikirkan rezekinya untuk mendapatkan zuriat masih belum tiba. Sudah setahun lebih dia dan Harris berusaha. Tetapi kenapa masih bukan dia dipilih olehNya?
Betullah apa orang lain cerita. Kita selalu bayangkan jalan hidup ini indah. Lepas kahwin, dapat anak. Itulah jalan cerita yang biasa kita didedahkan. Tetapi sebenarnya tidak. Bukan semua orang dapat melalui jalan itu dengan mudah. Ada yang kurang sebulan sudah disahkan mengandung, ada yang berbelas tahun masih menunggu. Ada yang terima berita ketika dia belum bersedia, ada yang sudah bertahun bersedia tetapi masih belum tiba masanya.
Humaira tahu semua itu rezeki dari Allah. Dia sudah biasa bangun malam mengalirkan air mata dan meminta pada Dia. Cuma kadang kala Humaira rasa mungkin ini kifarah dia terlalu marah dengan takdir yang menemukan dia dan Harris dulu. Ya, mungkin ini kerana kesilapannya dulu yang tidak menerima Harris sebagai suami dan tidak menghormati lelaki itu.
Tetapi Harris pula sebaliknya. Dia tidak pernah mahu Humaira berfikir hingga begitu. Harris sering menasihatinya supaya berfikiran positif. Hati Humaira yakin akan tiba masa untuk dia dan Harris merasa semua ini. Dia cuba tidak terlalu fikirkan tentang hal zuriat. Dia cuba sibukkan dirinya dengan hal lain.
Namun, ada masanya terutamanya apabila sudah tiba masa pada bulan itu, hatinya bertambah sensitif dan emosi. Dia mula menyalahkan dirinya apabila keputusan ujian mengandung itu masih sama. Tipulah dia tidak marah dengan ketentuan Tuhan. Dia marah, dia kecewa. Tetapi lekas dia bertaubat kerana tahu itu hanya merendahkan iman.
'Tak apa, Maira. Baru setahun.' Itulah kata yang tidak henti dia katakan pada diri sendiri.
Ya lah, penantiannya tidak lama seperti orang lain. Dia tahu di luar sana ramai lagi wanita yang bertahun-tahun berperang dengan emosi dan diri sendiri kerana masalah ini. Masalah untuk mendapatkan zuriat. Di tempat kerjanya sendiri, sudah beberapa kali dia berdepan dengan pesakit yang memerlukan kaunseling kerana masalah tidak dapat mengandung. Apabila terjadi pada dirinya, kenapa susah sangat nak makan nasihat sendiri?
'Atau mungkin Allah nak bagi masa aku berdua dengan Harris dulu?' Bisik hati kecil Humaira.
Chup!!
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...