Beberapa bulan kemudian...
Humaira memandang jam dinding ruang pejabat itu. Bibirnya tersenyum dan tangannya mula mengemas barang di meja tempat duduknya. Jantungnya dari tadi berdegup kencang. Hari ini hari istimewa buatnya. Hari yang ditunggu-tunggu selama setahun akhirnya tiba.
"Nisa, saya balik dulu tau."
Nisa rakan sekerja di sebelah hanya mengangguk dan tersenyum. Kemudian matanya dialih pada skrin komputer semula.
Humaira berjalan keluar dari pejabat dan menegur dua orang pembantu jururawat di kaunter.
"Kak Mawar, Kak Bel. Maira balik dulu ya."
"Uuu laju hari ni." Kak Bel berseloroh.
"Ya la. Pasal hari ni special sebab abang nak balik. Betul tak, Maira? Tengok tu bibir tersengih happy je dari tadi."
Humaira tergelak kecil mendengar gurauan mereka berdua. Mereka merupakan pembantu jururawat di unit Psikologi di Pusat Rehabilitasi Ar-Rayyan. Tempat di mana Humaira kini bekerja sebagai pegawai psikologi. Dia berada di dalam tempoh percubaan sebagai pegawai psikologi. Jadi, di sini, Kak Mawar dan Kak Bel lah yang sering menceriakan hari-harinya selain Nisa. Dan kerana mereka seperti seusia ibunya, mereka melayan Humaira seperti anak sendiri.
"Mestilah happy. Okay saya gerak dulu ya." Humaira membalas.
"Okay bye bye." Kak Mawar dan Kak Bel melambai gembira.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Malam itu di KLIA, Humaira bersama keluarga Harris menunggu kepulangan Harris dari Australia buat kali terakhir. Ibu dan ayah turut datang untuk menyambut menantu mereka itu.
"Tu abang Harris dah keluar!" Kata Hannani dengan teruja.
Mereka yang sibuk berbual dari tadi semua berpaling ke arah Harris yang muncul di pintu ketibaan. Mama dan papa terus tersenyum lebar melihat anak lelaki mereka selamat tiba di sini.
"Alhamdulillah." Mama berkata perlahan.
"Welcome back to Malaysia, abang Harris!" Hannani terus memeluk Harris.
Harris tersenyum melihat seisi keluarganya hadir menanti kepulangannya malam ini. Dia terus bersalam setiap dan memeluk setiap dari mereka.
"Qalisha! Dah makin besar baby girl Pak Ngah ni." Jerit Harris teruja sambil mengangkat Qalisha yang meluru datang ke arahnya. Dia memeluk Qalisha sekuat hatinya dan mencium pipi anak saudaranya itu berkali-kali.
Dan akhir sekali, langkah Harris terhenti di depan perempuan yang paling dia rindu selama setahun ini. Namun, tiada senyuman di wajah Harris apabila memandang Humaira. Humaira pula berdebar dapat melihat Harris di depannya. Terasa kekok pula selepas setahun hanya berjumpa di skrin.
"Yang ni siapa?" Harris menyoal dengan wajah hairan.
Senyuman di bibir Humaira terus mati. Bibirnya bergetar hendak berkata tetapi tiada kata yang mampu keluar. Terlalu terkejut dengan soalan Harris. Ibubapa mereka juga tergamam.
"Aik baru setahun dah lupa ke rupa isteri Harris?" Mama cepat-cepat membalas dengan gurauan. Padahal dalam hati risau juga mendengar soalan Harris.
"Isteri Harris?" Harris menyoal lagi.
Harris hanya merenung lama wajah Humaira. Humaira melarikan anak matanya pada ibu dan ayah. Dia seperti terkaku hendak melakukan apa-apa.
"Awak ni nak buat lawak ke?" Humaira teragak-agak menyoal.
"Tak..." Harris menggeleng sambil berkerut. Dia terus menurunkan Qalisha dari dukungannya.
Riak wajah mereka semua mula berubah kerana melihat wajah Harris seperti serius. Takkanlah Harris hilang ingatan.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...